Thursday, October 18, 2018

DIY ...jom melempiangggg


Bila selera makan kelaut, maka fikiran jadi serabut.
Nak makan nasi, tak lalu
Nak makan bihun,dah jemu
Lalu,apa mau mu!

Pisang lunyai dikeluarkan. Itu saja yang ada .
Hitam dah kulitnya,namun isinya masih elok... Pisang usah dipetiaiskan kalau tidak mau jadi begini.

Lenyek pisang, tambah tepung,gula garam,telor.
Bancuh elok elok konsistensinya. Tak mau lembik or keras sangat. Just sedang sedang saja.
Kalau ada nyoq kukoq lagi best.

Panas kuali
Lapik daun pisang
Cedokkan ramuan keatas daun pisang.
Masaklah sampai ada nampak garing sedikit..

Ha itulah makan malam kami satu malam bila selera meragam
Cukuplah,asal perut dapat diisikan,
daun pisang dari kebun tokwan
lempeng pisang dari dapoq cikson.
Actually teringin nak makan KFC
Bila tak ada servis delivery kesini, lempeng pun boleh jadiii.
Asal tak kebuluran malam tadi.. hihi.

Monday, October 15, 2018

Bapa ayam


Riuh rendah suaranya.
Memanglah bapa ayam se ekor ni, suara dia mmg kuat pagi pagi lagi.

Tu dok koook koook oooook.

Hari tu,aku tergerak nak tengok apa sebabnya dia dok asyik berbunyi.
Rupanya ibu ayam yg masih muda nak bertelor rupanya.
Sekali nampak dia panjat bumbung iriz,lantas aku bertempik menghalau.
Lepas itu dia panjat meja pula sambil berbunyi .
Yang, ni tempat sesuai utk you berteloq. Macam tu lah kot dia mengajak makwenya naik.

Banyak hari juga lepas tu dia tak kelihatan.
Dan satu hari dia datang berseekoran...hehe berseorangan.
Nampak dia memagut sesuatu. Mungkin makanan whiskies kucing kucing.
Eh..napa dia tak telan saja. Aku hairan pula dia tak makan tetapi seakan menggonggong makanan itu dengan paruhnya.
Dia ku lihat ke belakang rumah.
Riuh suaranya...kok kok kok ...lembut saja.
Macam memanggil seseorang eh seseokr lain utk makan.
Macam dia berkata.
You ,I ada bawa makanan ni. Makanlah.

Seekor ayam betina ibu dia hampiri.
Kok kok kok dia berbunyi
Hehe... sang ibu ayam buat tidak peduli
Terus  kembang kepaknya macam memarahi
Si bapa ayam yg cuba hampiri.

Eh... jangan dekat kami.
Pi lah kat bini muda you.
Biar I dgn anak anak sendiri!!!!.

Ha haha tertawa aku lihat  sibapa ayam itu
Teringat kisah kisah yg terjadi pada manusia seperti mu.
Ada anak bini, dok cari lain lagi
Lepas tu......
sambunglah sendiri..
bapa ayam 

Saturday, October 13, 2018

Apa beritanya ....


Whats in the the news this week ,folks?
Hmm, lets see.

1. PRK PD
2. Oktoberfest
3. Cradle Fund CEO
4. Perlis
5. Palu
6. Michael.

Today 13 October,PD folks will cast their votes once again. As u all know, nobody dies . This morning, I notice on fb, a call to not go out and cast votes. As a form of protest . CCWM is so keen on this. Macam2.
Well...apa pun kita tgk lah keputusannya nanti.

Oktoberfest? Ap tu?
Ni lah festival minum minum yam seng. Ramai yg membantah. Akan diadakan di Mid Valley katanya.
Pengalaman singkat di Edinburgh dulu, masih terbayang. Sana weekend mmg ramailah matsaleh mabuk. Ada yg terbongkang dalam longkang. Ganggu orang naik bas dan macam kerenah lagi.
kalau todi pula, masa kecil kecil dulu mmg selalulah tgk orang hoyong hayang .

Apa ada di Perlis ya?
Penengkapan 7 ke 8 orang foreigners dan empatan berkaitan ekstremism . Mereka berkampung di Bukit Jernih dan ramai yang mengikuti kelas kelas agama mereka. Katanya salah satu ajaran mereka adalah pengharaman memakai seluar. Lelaki dan perempuan.

Palu masih jadi perhatian.
Tengok sengsara mereka rasa tak tertanggung.Kampung bergulung dalam lumpur dan 5000 orang masih belum diketahui selamat atau tidaknya mereka.

Taufan Michael pula mengamuk di US. Lihat pada  kemusnahan yg terjadi , ngeri.

Bursa Saham pun jatuh dgn teruk.

Apalagi ya?
Oh ya, scammer sekarang pun ligat bukan main. Pengguna CIMB clicks dan Maybank to you pun terkena. Beberapa hari lalu, ada saudara yg kena. Bukan main berlagak jadi polis. Siap nak mai rumah dengan waran tangkap dan seal rumah . Nak selesai kena bagi 2500.

Thats all folks.
Berhati hati ya semua.

Friday, October 12, 2018

Click,click,click....

Been watching CNN these last few days.Click 511 and there it is.
Breaking News was on Typhoon Michael which left  trails of destruction across a wide range of US. This morning footage of the trail was shown. Literally it was utter carnage. Homes wrecked with walls and roofs torn apart.Trees and electric lines bungled up and twisted.
After seeing Palu, this is another incident that would be remembered long to come.

Another was the disappearance of the journalist ... Kashoggi . Feared murdered after his entry into the consulate . This could be a starting point for Trump to act upon Saudi Arabia.

Waah.. minat benar cikson dgn apa yg jadi di sana. Cikli noted. Macamlah ada nenek moyang sanak saudara kat situ.

Tidaklah ada sesiapa pun kat sana. Tapi sama manusia ni kena ambik tau juga apa perkembangan yg terjadi dimuka bumi.
Sejak dulu lagi cikson memang minat perkara perkara dan subjek universal begini. Kalau bab politik,hal  ehwal semasa pun suka juga ikut beritanya. So if I could recall, kalau ada perbincangan bab2 begini,laju cikson ikut sama. Hiburan pun boleh lah juga.
Once a colleague passed a remark.
You ni serba tau la..

Oh ya berita penangkapan ahli kumpulan berkaitan ekstremis di Perlis juga menarik perhatian. Rasanya beberapa kali bersua mereka di Giant semasa membeli groceries, ingat mereka student universiti sini. Dok berkata sendiri.
Ramai no orang timur tengah kat Perlis. Rupanya ada institusi mereka sendiri disini.
Siapa ya orang kenamaan yg berkaiatan. Dok tunggu apa perkembangan seterusnya.

Dulu cebisan kertas pembalut,surat khabar lusuh jadi bahan bacaan.Dulu tu zaman masa cikson membesar. Sekarang remote control tv jadi bahan dapat berita. Juga laptop dan telefon berintenet.
Just click, the world news is there for you.

Click click click... thats what you have to do.
For now Qurannow, Jalannow, 511,863 are some of the clicks that I click.

How about you?
Bye.