Friday, September 28, 2018

musim bertanding dan bertandang


Kecoh . Besok hari penamaan calon PRK PD.
Ura ura 5 calon dikatakan akan beradu tenaga dan upaya memenangi kerusi yg sengaja dikosongkan oleh penyandangnya.
Antara PRK PRK selepas PRU14, inilah satu satunya most talked about PRK setakat ini.
Dan sebagai rakyat ,kita interested dgn build up to this PRK. Including me..

What if the outcome is not what it is meant to be?
Akan bertukarkah atmospera politik terkini?
What will be,will be....

Semalam,hari keluar rumah ku.
Awal pagi bawa cikli ke Klinik Satu Malaysia di Seriab utk rawatan. Kecil hati juga bila memikirkan lepas ini,klinik yg selalu memberi khidmat pada kami akan ditutup for good. Dan apa pula akan terjadi. Terbayang berasak asak di klinik kesihatan . Tunggu berjam jam hanya utk panadol. Rasanya usahlah diganggu khidmat yg telah memberi manafaat utk orang2 kecil macam kami. Nak ke swasta sudah diluar kemampuan kerana sekali pergi dah 30plus.
Untuk makluman KIM ni selalunya dikunjungi oleh mereka yg hari hari kena pergi dapat rawatan cuci luka dan sebagainya.
Next Monday... it will be another story.

Lepas KIM,ke daerah no 7 kami pergi. Jengok dia sekejap. Lepas angin ribut tu belum kami ke sana, Mujur tak ada apa apa. Syukur,selamat dia.

Lepas makan,ke Giant pula. Bertagak nak ke sana kerana dah agak dah. Kalau tak habis 4 keping not 50 bukan shopping namanya. Tu kira berpekin dah sangat dan hanya bertahan utk beberapa hari saja.


Next is melawat ahli keluarga yg baru kembali dari menunaikan ibadah haji. Sekali melawat cicit ke 4 dalam keluarga tok saad. Comel macam ibunya.

Coming home,after resting , time for cookwithchon. Termasak nasi ayam utk mkn malam. But... dinner kat restoran..
Balik dari melawat rumah yg kami kunjungi siang tadi, MIL belanja makan. Sawaddi kami ke sana.
Baik hati tuan punya. Minuman on the house katanya. Syukur Alhamdulillah.

Harini cikson nak cuti masuk dapur. Nasi ayam semalam dah menunggu utk dimakan...haha.

Tengok ni apa cikson dapat masa berkunjung ke rumah adik..


sedappp.



Thursday, September 27, 2018

over a cuppa of koffee

My early morning rituals so far...

Have the water dispenser on and made myself a cup of nescafe .
Sipping the mild drink...yes,I prefer my drink to be mild not steaming hot, I got to see the early morning sun rising over the tin roof of my neighbour's abandoned house. Occasionally I caught sight of the lonely bird resting herself on the roof. But today,it was not to be seen.

Yesterday,over tv, snippets of our former FLOM at SPRM was shown over and over. I got to see a newscaster reading the text about the matter. Its ROSMAH not DSR. Yes its rosmah rosmah rosmah without all those dato or sri . I chuckled. Kan dulu ada orang kena marah sebab sebut Rosmah saja.
And its only after 12 hours or so she got to go home. Whew....masak digrill . Mau garing. Teringat masa orang orang tu mai tanya soalan kat cikson. Geruuun.

Bapa ayam yang kalut tu masih kalut. Kalut dia cari tempat utk wife dia bertelor. Se malam,riuh rendah suara dia . Tergelak tgk gelagat dia. Ingat pakcik jual burger saja yg kalut atau doktor kulit kat Aloq Staq saja kalut. Bapa ayam pun ada kalut...

Watching YB yg pernah duduk di tempat tinggi dibawa ke mahkamah dgn tangan bergari,made me think. Lebih tenang aku begini. Rumah kecil,pencen ciput dah memadai utk kelangsungan hidup sendiri. Kalau berjimat cermat, tak kejar glamer dan puji,hidup lebih senang hati.Tapi,itulah... bila hidup berkongsi,masaalah orang jadi masaalah sendiri. Lalu,bagaimana mengatasi? Jawabku... buat TULI!

Banyak betul isu isu semasa sekarang ini yg tak secara langsung melibatkan diri kita...
Jangan kata,kita tak apa2 bila hutang negara ditangga yg memeningkan kepala.
Jangan kata,isu Amerika China,kita tak kena padahnya. Trade War antara mereka,silap2 kita pula kena pikul akibatnya. Harap2 its for the better not a disaster.

Oh well...banyak sebenarnya melintas fikiranku over a cup of  nescafe.
A mug of tea for cikli

Roti kering ni dah memadai buat ku setiap pagi
Munchy crackers tanpa gula yg aku minati
Kena dua keping dan secawan nescafe,,sudah memadai .

Bye.... beringat2 masa berbelanja. Masa ada bukan utk kita buat apa saja. Beli apa2 tak ingat dunia. Sebab ... bila sudah pupus belanja,kita meminta2.. tak suka tak suka. A reminder for me.

Wednesday, September 26, 2018

unggas itu mcm aku


Add caption


Dalam kelamkabut hari nak hujan,mata aku terpandang ke awan.
Nun, di kejauhan susuk tubuh kecil kelihatan.
Selalunya hanya diatas bumbung hingapnya dia
Kadang kadang berteman tapi selalunya tanpa siapa siapa.

She's a loner
Aku rasa aku pun macam dia...suka menyendiri
Rasa tak kuat utk menghadapi kerenah manusia yg tak bertepi.

end.




Tuesday, September 25, 2018

RBL in the morning...


Riuh rendah dengar bunyi dan suara dari porch.
Tudung tingkap ku selak,dan ini yang aku ternampak
Nak menangis ke dak
Atau tergelak terbahak bahak...

Ehhh kenapa pulak
Si ekor nan sekor dok bertenggek
Di sisi iriz ku kelabu

Oh baru ku tahu
Yang ayam jantan ni sibuk cari hospital bersalin buat isteri
Baik betul kan...susah oh nak cari

Nah... nampak dia sekejap ke sini sekejap ke sana
Cari  tempat selesa utk makwenya bertelor belum berjumpa

RBL pagi pagi memang meriah
Dengan kucing2 dan ayam ayam yg datang menyinggah
Hanya manusia saja yg payah......


Nindia gambar yg sempat cikson tangkap
Tengok aksi dia macam perenang kebangsaan dok bersedia nak terjun kolam...


Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption