Wednesday, August 2, 2017

Buat panduan masa depan....reno no.7

Dah lebih seminggu renovation dirumah lama berjalan. Ketung ketang tukang bertukang. Berdebu bagai Kuantan,Pahang Darul Bauksait. Dari depan sampai belakang lintang pukang.

terkenang dulu dulu...kusyen kecil,curtain ,alas meja semua hasil jari ku..
Mampukah aku lagi buat begitu
Sarung kusyen tu meminta yang baru.
Tudung tingkap pun mau....
Semua bermula bila kepala tingtong memikirkan apa kesudahnya rumah kami yang ditinggal begitu. Sekali sekala saja balik mengunjunginya.  Nah apa jadinya

heeeee.... 

Cikli bawa balik semua harta karun dari pejabat dia longgok disitu. Apa yang tak ada..Mesin buruk,fail buruk . Depan belakang bersusun.
Air hujan merembes masuk . Bumbung dah kusam dan bocor.
Paip air dah reput.
Bahagian belakang rumah entah anaconda pn bertapa sama.
depan rumah dah jadi stor cikli 

Ini tak boleh jadi. Fikir hati. Rumah ni bukan dapat free.Selama bekerja setiap bulan gaji dipotong untuk melunaskan hutang. Belum lagi segala bayaran hasil pintu dan tanah yang perlu. Takkan nak biar dia reput begitu.
bilik air dah jadi begini...

kasi buang semua ya...

So... bermulalah episod kami mereno rumah...
Mula2 cari tukang. Dapat ihsan adik cikli yang berurusan dengan mereka sebelum ni. Dia kata ok.

Nego harga. .. dapatlah harga dalam range yang tak terjegil biji mata. Cikli buat surat . Tulis tangan aja..Perjanjian kata dia.
Dan bila duit advance diberi...rumah pun mula dibaiki.
Bilik air dapur tukar semua. Dari siling,jamban tinggong jadi duduk,kolah air di buang,pintu baru ditempat baru. 90 persen baru.
Siling dapur juga tukar.
Bumbung yang bocor juga diminta baiki.
Dan beberapa pembaikan kecil yang lain.

Beberapa hari reno berjalan...harga diminta dinaikkan. Tak balik modal katanya...adoi. Maka bertambah harga di persetujui.

Rasanya bukan rumah saja ...pendawaian,paip air,lantai juga minta perhatian.
Anggaran utk tukar lantai terrazo ke tile pun dah sampai  4k.
Jumlah semua mau 2 figure juga.
Masuk mengecat,membuang semak samun... hadoi . Poning wei.

facelift jamban 


siling dapur dalam pembaikan....habuk2 berterbangan..
at 2.7k ..utk siling saja..



Pintu belakang pun ...

dia yang ditinggalkan sekian lama...
lantai terrazo yang ingin ditilekan
Tapi ongkosnya mana nak di ikhtiarkan..
 Sometimes its hard being a knowing woman...
Boleh tak buat donno semua...

Bumbung bocor..biarkan
Rumah mereput biarkan
Hasil pintu biarkan...

Tentu wajah tak kerepot cepat....haha.


Tuesday, August 1, 2017

Kesian dia...


Pagi pagi lagi hujan dah turun. Sejuk menyelbungi RBL. Tepatlah ramalan jab. Metrologi yg meramalkan hujan dikawasan utara. Dengarnya Taiwan juga sdg hadapi ribut apa tah namanya. Dan tempiasnya kita juga terasa..

Heboh juga ya bila TPM kita mempersoalkan keturunan tun M. Waaaau..ingat anak 2 sekolah saja yang suka buat joke fasal ususl asal seseorang. Masih ku ingat seseorang yang mengata aku ....jawi pekan katanya. Namun tak sedar pula dia pun tak jauh dari rupa datang dengan kapal dari tongsan..haha .Kisah anak anak bergaduh dah jadi ucapan berapi pak pak menteri.

Kesian dia dikutuk . Londeh melondeh asal usul bagai perang . Kita yang tengok pun boleh jadi berang.
Hoooih...sudah sudahlah buat kenyataan gampang!
Kami nak dengar apa wawasan utk negara jadi gemilang
Kami nak tengok negara bebas hutang piutang
Kami nak rasa tenang,senang.
Bukan setiap hari buka tv,baca news,buka fb...maki hamun yg dikumandang.
Sudah. Sudahlah...

Kesian dia...Ninasandaq ku lihat dengan mata yang sayu. Semua anak anak dia mati satu persatu. Mula mula Tam besar yang kaku. Terbujur sekujur tubuhnya masa aku pulang dari KL. Entah kenapa dia jadi macam tu. Tapi yang akan ku kenang adalah renungan matanya kali terakhir aku mendukungnya. Sayu seperti mengatakan sesuatu.
Lepas itu ,si Tam kecil yang menyusu jatuh sakit. Dia pergi . Dan semalam si kelabu yang ku panggil Bu juga sudah tiada. Yang tinggal hanya dia..Ninasandaq.
Sedih nampak dia


Kesian dia..setiap kali dia mendapat makanan,dia menggonggong makanan itu ke halaman depan. Sayu suaranya memanggil manggil anak2 yang tiada. Diraciknya makanan kecil kecil untuk anaknya makan. Dia menunggu di situ. Makanan tidak disentuhnya. Sedihnya tengok dia begitu.

Nina..mana Baby? Dia macam mengerti. Mengiau dia memanggil manggil
Dah...anak dah tak adalah Nina..aku bersuara..

Kesian dia.
Baru saja meriah dia dengan anak 2 dan suami suami.


sekarang yang ini telah pergi
Kedua duanya telah tiada lagi..

Monday, July 31, 2017

Cenge salah tak cenge salah... anak buah.


Entahlah labu n labi..
Cenge salah tak cenge salah.

Itu bisik hati cikson bila menatap dan membaca kes yg sedang dan tgh hot la ni. Kes dalam alam pendidikan..
Kisah tu macam ni... psssst ni bukan gossip tau. Ni betul betul.

Anak buah ada fb. Admin pun ada.
Anak buah respon pada satu keratan akbar ttg persaraan awal...
Dan nak jadi cerita lagi si ketua ni tunjuk ,photostat dan laminatelah status tu kat tempat for all to see. And paling rock..tuan kepada tuan pi endorsed siap dengan tandatangan dan cap mohor.

All havoc let looselah lepas suami kepada anak buah ni upkan cerita ni dalam fb.Disambut dengan penuh tekun oleh pages yg lain. Hangat juga comment comment yang dihamburkan netizen. Siap nama ,jawatan tempat kejadian...

Maka terfikirlah cikson.
Isssh kalaulah masa aku jadi GB dulu ada fb,insta,blog blog ni mau kot aku pun kena. Sbbnya aku pun cenge juga..
Ini kata sorang anak buah ku... Cikgu cenge..hehe.
cili padi ni cenge wooo pedasnya.
Entahlah.. dalam setengah keadaan kita sebagai ketua perlu tegas. Kalau no kata no. Jangan no didepan yes dibelakang. No bagi A ,Yes bagi B. Make it clear kita tak mau ada puak puak..But sometimesssss....

Seorang ketua pentadbiran tak boleh tidak ada rasa empathy. Dan bila nak lakukan kerja biarlah lakukan bersama sama. Jangan asyik mengarah saja. Sebab kita pengarah..boleh kita arah sesuka hati. Dan bila anak buah menyoal ,kita terus jadi marah tak terhingga.
Teringat akan kisah seseorang yang tergesa gesa balik ke tempat kerja dia hanya kerana arahan turun dari langit...
Orang di kementerian yg keluar arahan atau dateline sesuatu ops tu kenalah perihatin masa dan keadaan anak buah . Masa nak isi kenaikan pangkat for example..Ambil kiralah sama masa tu time cuti sekolah ka apa. Kesian mereka yang dah ada dibenua mana,mungkin tak sempat nak sediakan document2 yg dikehendaki dan peluang utk naik DG pun berlalu pergi... Nayakan..

Itulah... bila kita ada kuasa jangan pula rasa kita paling hebat. Buat keputusan biar rasional. Menjawab biar berlapik walau dalam hati rasa macam nak bertempik. Kalau personal matter tak perlu publickan. One to one,eye to eye lebih berkesan. Puji dulu baru hentam.

Rasanya... One Minute Mother punya cara boleh juga diguna bila nak betulkan suasana tempat kerja...

Thats all folks. Good morning.




Sunday, July 30, 2017

The One minute Mother...ibu seminit


Post semalam cikson upkan tentang buku yang cikson beli di Sentral KL. Sekerat baca dalam tren yang diselang seli dengan kriuk kriak bunyi bunyi tren sendiri. Gelak ketawa,sembang rambang penumpang diseat hadapan membantutkan pemahaman. Buku ditutup dan mata beralih melayan pemandangan. Mujur kali ni dapat window seat. Selalu juga dapat seat yang tanpa tingkap...

One Minute Mothet? Apa dia?

Bayangkan ini..
Anak buat salah. Tak kiralah salah apa.Tapi selalunya berkelahi,tak buat homework, kotorkan rumah .Semua tu biasa. Yang luar biasa adalah bagaimana ibu2 membetulkan kesalahan mereka.

Biasa tengok ibu yang terjerit jerit maki hamun anak anak . Habis semua dicarut. Didoakan yg tak baik baik.Keluar habis segala keturunan tok nenek. Suara mengalahkan petir dan bebelan berlangsung secara langsung 25 jam...

Biasa tengok juga ibu  yang buat tak nampak salah anak. Kenapa? Sebabnya takut anak anak tak sayang. Anak2 kecik hati. Anak2 tak mau jadi BFF...Jadi salah anak ditolak bawah karpet yg dibeli dari Karpet Prima...haha.

Dan dari buku the One minute Mother,dapat ilmu marah atau reprimand anak anak begini..Cubalah

Contoh 1.
Anak anak bergaduh.

Bawa anak ke satu sudut rumah yang tiada siapa2. Hanya kita saja. Berdua.
Boleh sebut begini.
Adik bergaduh dengan abang tadi. Itu salah. Sangat salah ( nyatakan salahnya)
Mama marah ni. Sangat sangat marah ( nyatakan perasaan kita)

Undur selangkah kebelakang. Diam sesaat. Biar dia serap apa yang kita kata.

Letak tangan dibahu dia. Rangkul dia
Mama tahu adik baik. Adik boleh jadi baik dengan tak gaduh dengan abang. Promise.
Mama sayang adik. Abang pun sayang adik .

Thats all. FINISHED. No bebel bebel.

Bila bercakap tengok dia on eye level. ..

Contoh 2
Anak bawa balik repot kad ada 2A,3B ,1 D
Di satu sudut.
Mata eye level.

Adik dapat 2A,3B. Syabas. ( Nyatakan kelebihan dia)
Mama sunggoh seronok adik dapat result ni. Seronok sangat .( nyatakan perasaan kita)

Pause 1 saat.

Letak tangan dibahu dia. Or Pegang tangan dia.
Mama tahu adik berusaha utk dapat keputusan yang baik. Tapi mama tahu adik boleh buat lebih baik lagi.

See... masa ni highlight kejayaan dia. Boleh bandingkan keputusan dia dengan keputusan dia yg lalu. Kalau ada improvement sikit pun nyatakan. Bangga dengan improvement dia.

Thats all. FINISHED. No bebel bebel ya.

Bab dia dapat D... cuba cari sebab dan apa yang boleh dilakukan utk dia lebih berjaya. Bincang masa lain.

Semua ni ambil masa 1 MINIT. Jangan lebih lebih.

Thats all folks perkongsian ilmu hari ni...Semoga bermanafaat pada kita.Walau ilmu datang dari mana .

Have a happy weekend folks. Love dari utara.