Monday, July 31, 2017

Cenge salah tak cenge salah... anak buah.


Entahlah labu n labi..
Cenge salah tak cenge salah.

Itu bisik hati cikson bila menatap dan membaca kes yg sedang dan tgh hot la ni. Kes dalam alam pendidikan..
Kisah tu macam ni... psssst ni bukan gossip tau. Ni betul betul.

Anak buah ada fb. Admin pun ada.
Anak buah respon pada satu keratan akbar ttg persaraan awal...
Dan nak jadi cerita lagi si ketua ni tunjuk ,photostat dan laminatelah status tu kat tempat for all to see. And paling rock..tuan kepada tuan pi endorsed siap dengan tandatangan dan cap mohor.

All havoc let looselah lepas suami kepada anak buah ni upkan cerita ni dalam fb.Disambut dengan penuh tekun oleh pages yg lain. Hangat juga comment comment yang dihamburkan netizen. Siap nama ,jawatan tempat kejadian...

Maka terfikirlah cikson.
Isssh kalaulah masa aku jadi GB dulu ada fb,insta,blog blog ni mau kot aku pun kena. Sbbnya aku pun cenge juga..
Ini kata sorang anak buah ku... Cikgu cenge..hehe.
cili padi ni cenge wooo pedasnya.
Entahlah.. dalam setengah keadaan kita sebagai ketua perlu tegas. Kalau no kata no. Jangan no didepan yes dibelakang. No bagi A ,Yes bagi B. Make it clear kita tak mau ada puak puak..But sometimesssss....

Seorang ketua pentadbiran tak boleh tidak ada rasa empathy. Dan bila nak lakukan kerja biarlah lakukan bersama sama. Jangan asyik mengarah saja. Sebab kita pengarah..boleh kita arah sesuka hati. Dan bila anak buah menyoal ,kita terus jadi marah tak terhingga.
Teringat akan kisah seseorang yang tergesa gesa balik ke tempat kerja dia hanya kerana arahan turun dari langit...
Orang di kementerian yg keluar arahan atau dateline sesuatu ops tu kenalah perihatin masa dan keadaan anak buah . Masa nak isi kenaikan pangkat for example..Ambil kiralah sama masa tu time cuti sekolah ka apa. Kesian mereka yang dah ada dibenua mana,mungkin tak sempat nak sediakan document2 yg dikehendaki dan peluang utk naik DG pun berlalu pergi... Nayakan..

Itulah... bila kita ada kuasa jangan pula rasa kita paling hebat. Buat keputusan biar rasional. Menjawab biar berlapik walau dalam hati rasa macam nak bertempik. Kalau personal matter tak perlu publickan. One to one,eye to eye lebih berkesan. Puji dulu baru hentam.

Rasanya... One Minute Mother punya cara boleh juga diguna bila nak betulkan suasana tempat kerja...

Thats all folks. Good morning.




2 comments:

  1. Waktu punya kuasa, kita selalu jadi lupa. Bila hilang kuasa, orang pula lupa pada kita... Lumrah dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kakcik. Lupa ok lagi...yg takut tu depa tgk kita depa lari. Meluat nak tgk muka kita lagi sbb mimpi 2 ngeri yg kita beri masa berkuasa tak ingat diri.

      Delete