Thursday, April 13, 2017

Luuup... maka gelaplah dunia seketika adanya.


Dia mengeluarkan udang dan sotong dari fridge.
Masak simple simple cukuplah untuk makan malam nanti.
Sotong dan udang dicuci ...baru dia perasan udang itu berlainan dari biasa. Gemuk dan berkulit keras.

Sedang asyik mencuci ,diluar hujan lebat mencurah diselangi petir dan kilat.
Tiba2.... Luuuup!
Lampu padam!

Lilin dihidupkan. Dia meneruskan pekerjaan kalau tak mau malam nanti cikli kelaparan. Diterangi cahaya lilin, cikson menumis, memasak sambal tumis. Antara nampak dan tidak ,termasaklah sepinggan sambal tumis udang lapan ekor semuanya. Dua untuk cikli dan 2 ekor untuk cikson dan bakinya untuk siang...begitulah kira kiranya.

Teringat pula apa halnya dengan ibu ayah cikli. Siapa keluar beli makanan untuk mereka hujan hujan begini.. 3 ekor sambal anak udang galah ditapau bersama 2 potong telor dadar. Bolehlah lepas untuk makanmalam mereka berdua.

Tapi tu la... masak malam dalam cahaya lilin menerangi. Takut juga kalau kalau masakan tak menjadi..hihi.

Mujur sebelum malam menjadi bertambah gelap pekat,letrik disambung kembali. Hidup pun kembali harmoni.

Petang petang disini hujan turun lebat membasah bumi. Halilintar pun kuat menyakat kami. Minta minta tu tak adalah banjir seperti diibukota Malaysia yang disayangi. Selalu sangat banjir kilat disana sini. Semalam katanya Taman Melati pun kena sekali...

Musim musim begini jangan lupa sedia torchlight dan lilin. Mau dia luuuup! Jenuh kelam. Selamat malam.

Hidup ini jangan sangka sentiasa serupa. Adakala kita tak jangka . Luuup. Gelap seketika.

Harumanis nan satu

Terbaca dalam forum ttg harga buah ini. Setakat 28 - 30 ringgit tu perkara biasa. Tetapi semalam terbaca harganya naik sampai ada yg tergamak menjual dengan harga 50 ringgit sekilo. Gila kata ku siapa yang membeli. Itu kataku yang tak punya duit berguni guni. Mungkin mereka yang punya not not seratus bertimbun,bersusun dalam lemari baju dan lemari lauk, setakat 50 hinggit utk dua tiga mempelam ini tak jadi kudis. Maka kita yang simpanan dok menipis hanya lihat sajalah dalam gambar isinya yang manis. Bayangkan kemanisannya......keharumannya.

pokok mangga nan sebatang itu
Ha semalam cikson jenguk jenguk buah sebiji dipokok nan sebatang dilaman RBL.Dah sebesar genggaman budak bila cikson intai dia disebalik sarung surat khabar yg cikli sarungkan...tapikan..nampak macam tak berapa sihat saja. Agaknya pokok muda mengeluarkan buah mula beginilah kot rasanya. Macam budak budak berkahwin...Hari tu terkejut cikson baca tentang anak murid yang baru berusia 14-15 years berkahwin. Entah apalah wawasan mereka.


Buah nan sebiji itu


 Menjenguk dibelakang rumah, terlihat ayah cikli membalut buah buah harumanisnya yang berjuntai didalam pagar dan diluar pagar. Dah besar elok buah buah itu. Tahun lepas dapatlah merasa sebiji. Nampaknya rezeki tahun ini lebih sedikit.

Pokok mangga belakang rumah
tuannya pun ramah

Talking about harumanis ni... cikson taklah berapa excited atau teruja utk memakannya. Lebih minat buah mempelam biasa biasa yang boleh dibuat cicah . Duduk ramai ramai atas pelantar mengadap sawah ..hu.


Ice cream harumanis
jgn terkena kincing manih

tak semua orang suka yang serupa
manis ,harum tapi mahal tak masuk akal
usah dok teringin kalau poket tak cukup tebal...
 Thats all folks celoteh dari utara.
Harini tak dak DIY ya..
Terlupa pula... semalam satu hari makan bihun tomyam bersantan. Resepi ikut sedap tangan.Bye.

Wednesday, April 12, 2017

Sawah depan rumah



Sawah depan rumah
Entah masih disini megah
Ura ura menerjah
Pembangunan bakal menyinggah

Nanti... tiada lagi warna hijau dan kuning.
Tiada burung burung bersahut sahutan berterbangan
Demi satu pembangunan...

tak perlu alihbahasa