Wednesday, March 8, 2017

Minda seorang ibu...



Entah apa yang dimenungkan
Atas tunggul kayu dia bermenung
Mungkinkah masaalah tinggi menggunung
Dan atas bahunya terpaksa menanggung



Ninasandaq 


Ibu...
Walau berpakaian atau dipenuhi bulu
Mindanya ,rasanya selalu tepu
Dengan masaalah masaalah yang membelengu.
memikir selalu

Pejamkah matanya setiap malam
Kalau seribu satu masaalah perlu diselesaikan
Segala bill, urusan,yuran minta dibereskan
Tak termasuk kisah anak ,kaum keluarga yang simpang perenang.

Tapi,
Siibu sentiasa beringat dan mengingatkan
Melakukan sesuatu perlu kesederhanaan
Supaya hidup tidak dibelengu kesusahan
Dan hutang piutang yang membelit pinggang.

Ibu,
Walau telah sekian lama pergimu
Tetap dikenang tunjuk ajarmu.

In memory of my late mum on Women's Day today.
Alfatihah buat tt.

Tuesday, March 7, 2017

WW .....Sawah seberang jalan...


Sawah seberang jalan
Bermusim dan beragam warna ikut masa dan ragam tuannya

Hijau
Kuning
Coklat

Ada masa sedap mata memandang
Sawah seberang jalan

Hati juga
Warna bertukar ikut keadaan
Tidak sentiasa hijau menawan
Tidak sentiasa kuning penuh kerahmatan
Juga gersang tanda kepayahan...






Monday, March 6, 2017

All the Happy thoughts... 2


Semalam ie kelmarin malam anak anak berkumpul sesama sendiri. Meraikan salah seorang mereka yang baru berhari jadi. Seronok nampak mereka berkumpul begini. Adik, kakak, abang,ipar dan cucu pun ada sekali. Yang tak ada cuma emak dan ayah kerana baru sangat balik bercuti kat PD.

Sehari dua sebelum kelmarin penuh wasaap keluarga dengan saranan dan cadangan dimana mereka nak jamu selera.
Akhirnya Melting Pot,Concorde tempatnya.

Sebenarnya walau tak dapat bersama, cikson sangat gembira tengok mereka berbonding sesama mereka. Happy sangat .

Anak cikson empat semuanya. Tiga perempuan satu lelaki. Merenung kembali jalan liku liku yang dilalui membesarkan mereka ,syukur teramat. Kami bukan dari keluarga yang besar pendapatan. Kaya meliana .Semua kehendak,petik jari dapat disediakan buat mereka.

Mak...kenapa cik tak mak belikan komputer sedangkan yang lain dapat.
Mak.. kenapa yang lain boleh jadi prefect tapi saya tak boleh.
Mak... kenapa yang lain boleh berbf masa sekolah tapi kami mak jege macam nak terbeliak biji mata.

Haha... mengenang komplain komplain yang anak2 suakan dimuka buat cikson garu kepala. Jenuh juga nak cari jawapannya...
Kadang2 dalam kegigihan kita membentuk anak2 kita juga terlupa, acuan yang kita gunakan berbeza beza.
Umur, keupayaan fizikal,mental dan kewangan menyekat kita bertindak macam memasak kek yang sama acuannya,apinya dan ramuannya.
Pengalaman juga mempengaruhi kita .

Apa apa pun rasa nya sudah terbaik kami dapat sediakan buat mereka.
Lets chuck away all the not so nice episodes in our lives and embrace only the goodness that life has to offer.

Semoga bonding antara mereka sentiasa semarak dan mewangi selagi hayat dibadan. Usah bercakaran dan berdendam antara adik beradik . Tak seronok I say...

Di panjat kan doa,dari bonda
Semoga kekal berbahagia berkeluarga anakanda berdua
Bersama cucu cucu yg tercinta.. amin.

3 girls,a boy ,a menantu and a cucu
Sayang kamu.

Along and angah
Kecil2 dudlu ,selalu bertelagah
Tapi sekarang nampak macam tak boleh berpisah. Alhamdulilah.


Just the 2 of us.

Posting ini ku tulis beberapa hari lalu.
Nak post ke tak,nak post ke tak aku tanya diri berulang kali
Takut pula lain ku tulis lain pula orang lain punya persepsi.

Last2 aku buat resolusi
Niat yang baik baik....lain2 usah peduli.

Bye.

Sunday, March 5, 2017

All the Happy Thoughts....

 
Wishing all my loves
Just be happy
Tabah menghadapi
Ujian dan cobaaan yang merintangi
Just be HAPPY.


my loves
No mum would be more than happy to see the camaraderie among the siblings.Their smiles are mum's happy smiles. My three girls and a cucu.Bilalah agaknya nak bertambah ya.


Our small family

Haha... kalaulah punya nak jumlah begini
Agaknya sekarang penuh satu negeri..
Tengok mereka, rasa happy


May happy be upon you
Semoga hari hari depan penuh dengan goodness and happiness