Semalam ie kelmarin malam anak anak berkumpul sesama sendiri. Meraikan salah seorang mereka yang baru berhari jadi. Seronok nampak mereka berkumpul begini. Adik, kakak, abang,ipar dan cucu pun ada sekali. Yang tak ada cuma emak dan ayah kerana baru sangat balik bercuti kat PD.
Sehari dua sebelum kelmarin penuh wasaap keluarga dengan saranan dan cadangan dimana mereka nak jamu selera.
Akhirnya Melting Pot,Concorde tempatnya.
Sebenarnya walau tak dapat bersama, cikson sangat gembira tengok mereka berbonding sesama mereka. Happy sangat .
Anak cikson empat semuanya. Tiga perempuan satu lelaki. Merenung kembali jalan liku liku yang dilalui membesarkan mereka ,syukur teramat. Kami bukan dari keluarga yang besar pendapatan. Kaya meliana .Semua kehendak,petik jari dapat disediakan buat mereka.
Mak...kenapa cik tak mak belikan komputer sedangkan yang lain dapat.
Mak.. kenapa yang lain boleh jadi prefect tapi saya tak boleh.
Mak... kenapa yang lain boleh berbf masa sekolah tapi kami mak jege macam nak terbeliak biji mata.
Haha... mengenang komplain komplain yang anak2 suakan dimuka buat cikson garu kepala. Jenuh juga nak cari jawapannya...
Kadang2 dalam kegigihan kita membentuk anak2 kita juga terlupa, acuan yang kita gunakan berbeza beza.
Umur, keupayaan fizikal,mental dan kewangan menyekat kita bertindak macam memasak kek yang sama acuannya,apinya dan ramuannya.
Pengalaman juga mempengaruhi kita .
Apa apa pun rasa nya sudah terbaik kami dapat sediakan buat mereka.
Lets chuck away all the not so nice episodes in our lives and embrace only the goodness that life has to offer.
Semoga bonding antara mereka sentiasa semarak dan mewangi selagi hayat dibadan. Usah bercakaran dan berdendam antara adik beradik . Tak seronok I say...
Di panjat kan doa,dari bonda Semoga kekal berbahagia berkeluarga anakanda berdua Bersama cucu cucu yg tercinta.. amin. |
3 girls,a boy ,a menantu and a cucu Sayang kamu. |
Along and angah Kecil2 dudlu ,selalu bertelagah Tapi sekarang nampak macam tak boleh berpisah. Alhamdulilah. |
Just the 2 of us. |
Posting ini ku tulis beberapa hari lalu.
Nak post ke tak,nak post ke tak aku tanya diri berulang kali
Takut pula lain ku tulis lain pula orang lain punya persepsi.
Last2 aku buat resolusi
Niat yang baik baik....lain2 usah peduli.
Bye.
alamak...my time will come!
ReplyDeleteBetul uncle,
DeleteDulu tak pernah tergambar yg anak anak akan jauh dari kita. Mereka dgn dunia dan kehidupan mereka dan kita masih ditempat sama.