Saturday, January 21, 2017

Edisi terlebih sejuk...

Entah...samada kita sendiri tak sihat atau memang suhu semalam betul betul sejuk.
Tanpa kipas,on lampu dan selimut gebar toto .Itulah kisah tidur semalam.
Pagi ini tengok cikli masih berbaju sweater yang pakainya adalah masa berkunjung diCameron Highlands dan menghuni bilik sejuk gedi hospital wad kelas 1 dulu.
So... You can deduce sejuk pagi ni tahap bagaimana..
Teringat satu masa bila cuaca diutara sejuknya seakan tundra di eropah sana...hehe adakah?

Sejuk sejuk begini,ingatan melayang ke satu tempat yang pernah dikunjungi
Itulah satu tempat pun...
Edinburgh dihuni semasa musim gugur dan suhu yang paling sejuk adalah -4 degrees.
Mujur tempoh tinggal tak melampaui musim winter,kerana sekembali ke Malaysia, winter tahun itu adalah antara yang terburuk disana. -20 katanya suhu masa tu. 1984-1985.
Macammanalah nak survive kalau suhu -4 degrees pun dah berlaga kepala lutut .

Hari ni cuaca masih suram walau jam dah hampir sembilan.
Kokok kokok ayam bersahut sahutan tanda hari dah siang
Burung burung berkicau kicauan bersahut sahutan dan terbang dengan riang.

Dalam hidup ini, ada kala kita mau sejuk. Tapi ada masa panas yang dicari.
Sejuk sejuk begini kalau di JPL dulu,minyak masak dalam botol jadi beku.
Air telaga yang ditimba rasa macam air batu
Disini,water heater ada untuk digunakan bila perlu.

Eh... apa la yang cikson merapu. Posting ni rasa kaku. Tak ada cerita sebenarnya,I tell u.
In fact apalah ada sebenarnya nak diceritakan....balik2 cerita kucing dan ayam.

Ha ... nindia aksi si Fohim ketawa yang menghiburkan...



Ketawa anak anak kecil innocentkan
Tak ada tersembunyi kata 2 kiasan



Thursday, January 19, 2017

Episod terlebih...

Awal awal lagi kedua suami isteri menuju Alor Setar.
Setelah sekain lama,cikli bawa motokar
Kalau tidak cikson yang jadi drebar
Tapi isterinya sentiasa berdebar debar
Takut cikli tersasar.
Jalan pergi

Langit mendung
Sampai dicarpark hujan pun turun

Hujan turun 
Urusan cepat
Jam 11 dah tamat
Singgah Tesco sat
Eh mana nombor  1093?
Tang mana dia main aci menyorok pula

Barang kering ,barang basah siap dibeli
Juga radio yang ada mengaji

Jam 3 sampai rumah
Jam 5 kedapur masak mee basah
Rencahnya sotong basah seekor
Iulah makanan petang dan juga malam buat dua suami isteri yang setengah umur.

Sometimes... bila tekak rasa nak makan
Penat diletak ketepi walau lutut bergoyang sakan
Mujur tak tersembam



Makan tengah hari kat Tesco foodcourt hari ini

Jalan kembali
Hujan tak berhenti..
Itu secebis kisah kami
Se hari diluar rumah hari ni
Balik rumah... masih bertenaga masak mee...hihi.

Wednesday, January 18, 2017

Rajin terlebih


Seminggu ni cikson rajin terlebih.
Kelmarin,termengah mengah naikkan tirai tingkap kaca RBL seorang diri. Hampir hampir tersembam menyembah bumi.
Hari ni pula, terlebih ramah menyapa anak anak yang sedang menyiapkan kerja pendaiwaian di rumah sebelah.
Dik,boleh tgk aircon makcik. Awat bau kepam entah. Cikson memulakan bicara
Maka terservislah aircon di dinding rumah ciklin,anakanda saya.
Bayaran 60 ringgit makcik bayarkan selepas kerja selesai dengan secawan kopi dan biskut kering makcik sajikan.Sedap pula cicah biskut dgn kopi petang petang.

Langsai mengemas rumah ,ke laman rumah pula perhatian dialihkan.
Wah...dah tak nampak rupa iriz ku.Berdebu sakan.

Dengan air dan sabun ,badan iriz ku sental biar bersih. Besok dia nak berjalan ke hospital Tuanku Bahiyah.
Bonet di buka utk check air radiator pula.
Eh... awat ada sebutir telor diatas compartment enjin kereta
Macamana boleh ayam masuk bertelor didalam bahagian enjin kereta. Bila diamati... bolos rupanya. Bahagian bawah enjin tu berlubang ternganga. Bukan rosak tapi itulah asal dia.

Oh.. rupanya selama ini telor2 yang pecah dilantai garaj kereta tu datangnya dari enjin ya.
Masha Allah... mau dia kemuruk. Naya. Wangilah iriz cikten mengalahkan parfum dari paghis.

Tu lah... kena komplen kat proton ni.. awat buat kereta yg ternganga luas.Silap2 rimau pun boleh masuk kalau tersadai dalam hutan.

Habis mencuci,iriz ,cikson cuci laman pula. Sehingga maghrib baru selesai . Mandi,sembahyang dan masak makan malam.

Rasa2 macam tarzan.
Kereta dan rumah hanya pinjaman. Kenalah beri perhatian. Kalau tidak kesian kat tuan.

Dia pergi akhirnya

Lori tua itu buat cikson sakit mata
 Dah tamat tempoh khidmatnya,kata dia
Buat apa bela,buat apa disimpan juga

Semasa dia bergaya dan bertenaga
Tapi lain pula halnya dengan cikli suaminya
Lori tu masih ada harga
Dijual ada juga pitis yang masuk kat kita.

Maka  berzamanlah lori tua dan tak boleh guna itu bertapa
Dan cikson tarik muka
Rimas dia
Tengok porch kereta
Jadi tempat ayam bertelor dan mengeram pula
Jadi tempat ninsandaq bersembunyi dari luna yg gila
Dan jadi tempat simpan perkakas zam zam ala kazam cikli punya
Dah uzur dia
Jadi tempat cikyam bertelor pula

Hinggalah satu hari
Lori tua dibawa pergi
Lega hati
Kata bini
Kaya sekejap kata suami....

Kesian lori tua itu
Masa masih berkhidmat,dia disayangi
Bila dah tua dia tak dipeduli
Namun nasib masih ada menyebelahi
Ada orang meminang dia dan bawa dia pergi.

Bye..
Saat dia akan dibawa pergi
Lega hati
sekarang kan ciktam cikli boleh duduk di sini..
Dan tidak bolehlah lagi cikson beri panduan ini
Rumah grey yang ada lori bawah porch bila ditanya rumah yang didiami.
Kat orang2 yang buat food delivery...hihi.