Wednesday, November 16, 2016

JADAM...suami isteri


Mengikuti kuliah malam tadi.

Bila kita telah hidup bertahun tahun lamanya sebagai suami isteri,
Walau cinta telah pergi kerana perbuatan yg tak dapat dimaafi
Pupuklah rasa kasihan dihati
Kasihan lihat anak anak yg nanti hilang kasih dua insan yg mereka sangat dambai. Usah dibaja rasa benci.

Aku jarang ketinggalan menonton ceramah aka kuliah Ustaz Kazim Elias di Astro. Walau ada kontroversi,ceramah dia ramai yang menggemari. Selalu topik topik yang dikupas ada kesan dekat hati.

Dan malam tadi...
Aku tak pasti apa tajuk nya. Tak penting sangatkan. Yang penting isi.
Seorang makcik ni,ikut cerita UKE memohon jalan penyelesaian. Dia menanggung hampir semua hal ehwal rumahtangga kerana suami tidak berdaya dan bermaya.
Tau apa jawabya UKE?
Minta nusyuz ...eh aku rasa kaget dengarnya. Selalunya ustaz2 akan menasihati si isteri dengan berbanyak banyaklah sabaaaar. Dosa dan pahala . Surga dan neraka.
Kata UKE bawa hal itu ke mahkamah biar disana bicaranya....

Well...for me ..entahlah.
Tapi kalau suami makcik tu sakit,bankrupt,hutang keliling pinggang,kalau dia baik bagai rambulan,bertahanlah. Redholah kerana itu ketentuan Tuhan. Lebih2 lagi kalau ada anak2. Lain lah kalau sebaliknya.

Juga UKE menimbulkan cerita tentang mereka yang tidak punya anak walau dah lama berumahtangga. Dah puas berubat ,tapi apa nak buat. Eh ...malaslah nak ulas.

Terasa jadam air liur yang ditelan.
Melihat banyak rumahtangga berantakan,kahwin dibuat permainan.
Terngiang ngiang bait bait kata sipelakon.
Dia suka dia mai,dia tak suka dia belah....Langit Cinta.

Well...thats all folks.Coret rasa makcik yg setengah abad lebih usia.






Tuesday, November 15, 2016

Kesian dia...

Hai people, its Tuesday,right?
Its time for Nina writes..

Hmmmm..lets see

Bakul ni cikli punya..utk baju busuk dia


Pagi pagi lagi aku cemas tengok mamason tergopoh gapah.
Siap awal awal terus keluar rumah.

Kita ke Klinik Satu Malaysia sudahlah,kata cikli
Nak ke Remedic entah berapa ratus pula kena kali ni.

Bakul ni pula serbaguna...
Well,semalam cikli mengerang sakan. Sakit badan.
Tidur cikson suami isteri nampak terganggu bila Nina tengok rumah terang benderang.
Ooo..cikli demam rupanya. Petang tadi dalam hujan masih kuat dia membersih laman.
Tu la..bila cikson larang dia buat derk sakan. La ni kan dah demam.Kesian.

Cikson nampak berang. Entah apa dia marahkan.
Dia tak marah Nina juga Tam
Juga bukan pada cikli atau orang
Rupanya dia marah orang dalam TV.
Dalam TV?

Dia lihat orang yg tua tak tua muda tak muda itu.
Siapa?
Eleheh...dia terkenal seluruh Malaysia
JJ ...kalau tak silap namanya.

Lagilah dia marah bila dia buka fb
Dari video yang ditengok si JJ ni dah hilang kewarasannya agaknya.
Kalau anak Nina,mau kena sental berus besi,berus tembaga
Kongjak kat orang perempuan yang lebih tua bukan jantanla...

Entahlah apa nak jadi negaraku Malaysia
Bahaya....bahaya.
Kalau tak dibendung ini semua
Mau huruhara.

Thats all folks in Nina writes. Bye.
3 bakul,3urusan

Ninasandaq

Monday, November 14, 2016

Supermoon...dari tingkap RBL

Sekilas buang pandang
Ke luar rumah yang kelam

SUPERMOON !
Cepat cepat handphone dihalakan ke awan
Celah celah bumbung rumah jiran

Inilah antara gambar supermoon
Untuk tatapan
Hari kemudian.

Dari handphone cokia..
Datangnya sekejap cuma...
Lepas itu dia hilang dilindung awan





Supermoon menjenguk kami
Penghuni bumi pada tarikh ini..


Dari wassap kawan kawan


JADAM

Bohonglah kalau tak terkesan dengan segala apa yang berlaku disekeliling. Lainlah kalau hidup dalam tempurung, ditengah tengah pulau tanpa wayar. No newspaper atau peti yang boleh berkata2.
Jadi lone ranger .

These few days ,the idiot box of the tv blurted out news about the Americas who went to vote. Pung pang ,pung pang,Donald Trump menang itu kenyataan. Bukan ramalan atau khayalan. Jadamlah tembolok mereka yang tak suka pada dia. Rhetoric atau betul betul apa yang dia manifestokan itu akan diikuti dengan debaran.
Dia anti Islam,LGBT,Korupsi dan banyak lagi.
Dia nak jadikan Amerika the Great..tertonton akan kewujudan pekan pekan sunyi dan kosong di bumi Uncle Sam yang menaruh harapan bawah uncle Trump,pekerjaan akan kembali ke Amerika.
Ah...tak tersenarai . Dan apa implikasi atas kita ,we have to wait and see.
Yuna pun dikatakan nak punggah barang balik kampung...betul ke. Maybe,because Trump sees pendatang sebagai satu halangan.

Dan on our shores,banyak jadam yang disogok kepada kita. Terpaksa ditelan walau pahit .
Dan satu2 manusia yg boleh mendatangkan kebeborokan kpd Malaysia adalah pemimpin2 yang ada macam hilang arah tujuan utk memimpin kita bila diri sendiri penuh dengan masaalah yg berbelit belit.

Adik J kena tumbuk semalam....
Berdarah hidung.

Sometimes ,melayari facebook to satisfy our curiousity about others who once came into our life is like swallowing a piece of jadam.

JADAM?
Whats that?

Google kan ada!