Wednesday, November 16, 2016
JADAM...suami isteri
Mengikuti kuliah malam tadi.
Bila kita telah hidup bertahun tahun lamanya sebagai suami isteri,
Walau cinta telah pergi kerana perbuatan yg tak dapat dimaafi
Pupuklah rasa kasihan dihati
Kasihan lihat anak anak yg nanti hilang kasih dua insan yg mereka sangat dambai. Usah dibaja rasa benci.
Aku jarang ketinggalan menonton ceramah aka kuliah Ustaz Kazim Elias di Astro. Walau ada kontroversi,ceramah dia ramai yang menggemari. Selalu topik topik yang dikupas ada kesan dekat hati.
Dan malam tadi...
Aku tak pasti apa tajuk nya. Tak penting sangatkan. Yang penting isi.
Seorang makcik ni,ikut cerita UKE memohon jalan penyelesaian. Dia menanggung hampir semua hal ehwal rumahtangga kerana suami tidak berdaya dan bermaya.
Tau apa jawabya UKE?
Minta nusyuz ...eh aku rasa kaget dengarnya. Selalunya ustaz2 akan menasihati si isteri dengan berbanyak banyaklah sabaaaar. Dosa dan pahala . Surga dan neraka.
Kata UKE bawa hal itu ke mahkamah biar disana bicaranya....
Well...for me ..entahlah.
Tapi kalau suami makcik tu sakit,bankrupt,hutang keliling pinggang,kalau dia baik bagai rambulan,bertahanlah. Redholah kerana itu ketentuan Tuhan. Lebih2 lagi kalau ada anak2. Lain lah kalau sebaliknya.
Juga UKE menimbulkan cerita tentang mereka yang tidak punya anak walau dah lama berumahtangga. Dah puas berubat ,tapi apa nak buat. Eh ...malaslah nak ulas.
Terasa jadam air liur yang ditelan.
Melihat banyak rumahtangga berantakan,kahwin dibuat permainan.
Terngiang ngiang bait bait kata sipelakon.
Dia suka dia mai,dia tak suka dia belah....Langit Cinta.
Well...thats all folks.Coret rasa makcik yg setengah abad lebih usia.
Labels:
as I see it
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment