Wednesday, October 26, 2016

Selamat Ulang Tahun Kelahiran,buat dia yg tersayang..


26 haribulan Oktober ...tarikh kelahiran
Disambut dengan penuh kesyukuran
Membesar dengan penuh perhatian
Emak,abah dan adik beradik kesayangan.

Paen,Wen


There's quite a long wish list from mommy to you dear




Nina juga wishes you...Selamat Hari Lahir abang
Remember this:
You are not alone


When it rains,it pours...

Sedih . Terkaku.
Itu rasa bila lihat kebakaran HSA semalam.
Macam baru saja aku masuk ke wad ICU tetapi dihospital lain.
Suasana dalam bilik itu menerjah kembali .
Mesin mesin dan wayar wayar yang memainkan peranan untuk menyelamatkan pesakit yang berjuang untuk kelangsungan kehidupan berselirat.
Doktor dan staf yang tidak henti henti merawati pesakit.
Di luar bilik,kaum kerabat sedia berkampung . Tidur dikoridor dalam sejuk malam. Tanpa kemudahan hanya dibentang tikar atau pelapik saja.
Keadaan sunggoh tight lebih lebih lagi buat family yang ada salah seorang daripada mereka sedang berjuang nyawa,
Keadaan itu tak akan lupus dari ingatan. Selagi hayat dikandung badan.

Semalam 6 nyawa terkorban bila berlaku kebakaran di wad itu.
Banyak spekulasi viral disosial media tentang punca kejadiaan malang itu.
Tapi,biarlah punca berkuasa yang mencari puncanya. Jangan percaya bulat bulat saja.

Tapi rupanya bukan trajedi kebakaran HSA saja yang menimpa bumi Johor semalam.
Rupanya ada beberapa kejadian tidak diingini terjadi.
Banjir kilat buat sesetengah tempat di genangi air termasuk klinik yang ada mangsa HSA ditempatkan.
Letupan gas distesen minyak mengorbankan nyawa juga menghiasi berita.
Tentang ribut disebuah kawasan
Dan malamnya ,tersebar berita sebuah sekolah pula disambar api kerana petir.Tapi ini katanya hanya kabar angin pula.

Ujian buat semua...
When it rains it pours.
Dan pagi ini,talipon cikson pula hilang nyawa. Tak ada respons walau cuba diberi talian nyawa..chargekan dia .
Adoi...nak minta duit la pula.
Tapi teringat cikten nak pass kan handphone dia . .....betulkan cikten.
Selamat ongkos hamba..

Tuesday, October 25, 2016

Kisah anak beranak 2

Where's baby?
Cikson tanya dia yang sedang berbaring di lantai.
Dia pandang muka cikson sambil buat muka bingai.( Well if  you have yet to know ,please check Urban Dictionary..maana word ini )


boleh dia buat muka bingai..


bawah sofa tertinjau tinjau

Hmm...where's he? Seakan itu soalan balik dia kepada tuannya.
Lantas dia bangun,meninjau ninjau
Purrrrrgh,purrrrrr,purrrrrrg...lembut saja dia mengiau.

Disini tiada


ruang tamu tema kelabu dari dulu.


Disini juga

bawah tudung ini pun tiada si Tam

Bawah tudung meja ini pun tak ada.
Mana anak bertuah itu pergi agaknya.

sini pun tiada
Di mana dia?
Melilau lilau dia mencari si Tam.
Sini dia rupanya?

Syukur tak terkira
Tam tak hilang la..
Begitu juga dengan anak anaknya yang lain.
Bila cikson tanya dia...mana Baby
Itulah yang di lakukan bila mencari
Her baby....macam memahami vocab baby.

Tam duduk kat sini ya
Tak payah merayau ke mana mana
Risau mama
Mana tahu ada van putih dok intai intai kita
NAYA!



Amboi rajin pula mamason dok post ttg nina pagi pagi ni ya..
Eh... tak ada kerja ka?

Kisah anak beranak


muka kesian
     Setiap pagi,tanpa kecuali,kedua anak beranak ini setia menunggu. Depan pintu mereka berdua .Tanpa suara. Namun bila cikson lalu saja,jelas teruja wajah mereka. Seolah berkata:
hai,cikson
     Good morning makcik, how are you?
Pintu dibuka,seronoknya mereka. Masuk ke rumah tanpa dipelawa.
   What for breakfast ,mamason?

Lapaq pula..kalau ada ikan goreng,tentu gempaq ya.

   Well, today,ikan goreng tak ada
Bihun goreng mau kah?
bihun goreng pedas


Selesai makan,mereka bersantai
Setelah puas kejar mengejar
Keluar rumah lagi best...

Bila petang,cikli bergarden
Tekun dua beranak ini menolong
Cikli ke hilir,mereka ke hilir
Cikli ke hulu,mereka ke hulu.
Rajin sangatlah tu..kata si kelabu

Cikli berkebun

Gigih nak tolong konon..