Wednesday, September 21, 2016

Nak beli tiket ETS...mai nak habaq mai

Hari ni ciklin buat keputusan membeli tiket balik negeri.
Mula mula tengok flight tickets. Mula mula murah saja untuk berdua. Dalam dua ratus saja. Tapi sehari demi sehari harga mendaki bukit. Mau sakit...Tambah duit taxi..mau mati..hihi.
Naik bas rasa lenguh baru sampai. Dah sampai badan longlai.
Kita naik ETS sajalah...si ibu beri cadangan. Nak beli awal awal kena tengok appointment.
Last last Hari Jumaat jadi pilihan.
Maka bermulalah episod menempah tiket bermula.
Mula mula on line...tapi timbul keraguan sebab printer off line pula.
Talipon KTMB 1300 88 5862 ...dah tiada dalam perkhidmatan kata suara belah sana.

Cari nombor talipon KTMB 03 22671200 ...malangnya urusniaga separuh jalan.
Dan malang lagi nombor KTM Arau...04 9861225...berdering tapi tiada penunggunya.Membisu.

ets...gambar googled.

So last sekali gamble ke Arau sendiri kerana tidak berjumpa panduan waktu operasi kaunter tiket walau digoogle segala.
Nasib baik...waktu operasi rupanya jam 6 pagi ( kalau tak salah) hingga 8 malam ( pasti) utk beli tiket ETS ya. Tiket bas tak tau na.
Dan untuk komuter jam 10.00 depa berhenti.
Dan kalau tak salah juga depa rehat jam 1.00 hingga 2.00. Nanti cikson check kembali.

Syukur tiket ETS Platinum dapat diperolehi...
Tapi cikli kena tinggal kali ini...

Satu lagi ,kalau beli on line,dan tak ada printer...ok saja. Sebab boleh tunjuk e mail .So dont worry.

Itu saja cikson nak share kali ni. Loghat juga nak dapat tiket ets ni.. Bila google tak jumpa informasi.

Cantik buat mu buruk buat ku....

gambar googled
Beauty is in the eyes of the beholder.
Yaaap ....I agree.
Mungkin membiarkan pokok dan tumbuhan menjalar didinding cantik. Pada mata kita.
Tapi....pada mata orang lain buruk kekdahnya.
Apalagi kalau meliar tumbuhnya saja.

No.7...apa kabar mu
Dah lama aku tak kesana
Menjenguk mu
Sibuk betul tak menentu
Hingga kau pun aku tak tahu
Sakit demam mu...


Entah entah kau pun dah jadi macam ini....
Diselubungi misteri.....

Tuesday, September 20, 2016

Selagi berdaya...

Jam 12 iriz coklat karat ku selamat ku park di parking lot HSB.
Jenuh menapak ke Klinik Pakar tiga beranak yang masing masing punya sakit tersendiri.
Ambil nombor giliran ditingkat 1 dan seterusnya naik ke tingkat2. By the way, lift2 ada perbezaan. Ada bermula dengan G tetapi ada bermula dengan 1. Itu yang buat kita kadang2 ragu2. Nak tekan punat mana satu.
Di tingkat 2,urusan berjumpa doktor dan menerima rawatan bermula jam 2 lebih.
Alhamdulilah...doktor pakar yang merawat memberi thumbs up kpd rawatan yang diterima semalam. Maknanya ubat yang diberi serasi dengan sakit yang dirawat.

Lepas mkn tengahhari dikantin HSB,kami beredar pulang. Sedap tau pasembur yang dijual disitu. Kelmarin pasembur hari ni pun pasembur.
Menyelusuri jalan Jitra Kangar kadang2 buat aku buntu. Dengan traffic lights yang sejengkal satu. Pemanduan jadi terganggu. Sikit2 traffic lights.Kadang2 terfikir tempat yang tak perlu traffic lights pun ada. Lagi satu ,sedang laju kita memandu tiba2 lane bertukar sebelah kiri. Sbb kanan utk orang u.turn.

Sampai dirumah hampir jam lima. Letih tak terkata. Rehat sebentar tapi sampai terlena.
Eh...nak makan apa ya malam nanti.
Nak keluar semula is out of question. Mujur anak saudara cikli dapat selamatkan.
Maka berdelivery lah kami dengan spaghetti karbonara dan chicken chop dari Cafe Beautique adik cikli.Puas hati..

Khamis nanti HSB akan kami lawati sekali lagi. Semoga sembuhlah anakanda sepenuhnya .Tiada apa2 komplikasi.
Dan selepas dapat clean slate dari doktor bolehlah kembali bertugas . Nun jauh dari rumah.Entah bila tahun dapat pindah....

Tersenyum aku mendengar kata2 teman bicara semasa sama2 di bangku hospital.
Mujur emak kuat....
Selagi terdaya...



Monday, September 19, 2016

Nak lawa jadi lawak...

Dulu dulu ,tak timbul semua benda ni.
Dulu dulu,kalau nak kurus kena exercise. Tak dengaq pun orang pi buat tummy tuck ka apa atau apa sunction entah..Yang tahu orang belit bengkung bagai nak rak sbb nak dapat pinggang macam saloma.
Dulu dulu juga, kalau rabun, orang pakai spek. Tak dengaq orang pakai contact lens . Yang ada pun kalau heroine film nak berlakun jadi  mat saleh.

Semua orang nak lawa. Sapa tak maukan. Badan ramping,mata bundar,tak dak kereput sana sini.
Maka bercambahlah macam macam ciptaan. Macam2 supplement.Ubat ni bagi cekang. Supplement ni bagi tak tua. Muda semedang. Kulit mulus bak pipih dilayang.Kita memandang tergila bayang.

Tapi semua tu kena pengorbanan. Kena korban wang ringgit dah tentu. Tapi ada lagi pengorbanan yang lebih teruk. KESIHATAN!
Ada orang lagi pi buat muka,pi tarik hidung,lagi scary.
Ada orang lagi dok tempek segala macam lotion nak bagi pipi gebu,last last colerong celoreng habis muka. Derita.

Eh... awat makcik dok beletiaq lepas maghrib ni..
Ada la....

Hari ni makcik nak story apa yang dilalui
Pagi pagi seawal 7 pagi cikson memandu iriz membawa anakanda tercinta utk appointment dgn dr. Sun di KMC.Setelah diperiksa , dia dirujuk ke Hosp Sultanah Bahiyah. Panjang lebar surat sokongan darinya kpd brothers di HSB.Dan dihujung envelope tertulis URGENT.

Bergegas cikson ke sana. Atas sifat urgent,maka rawatan yang diberi cepat dan tangkas. Di refer kepada doktor2 pakar yang efisyen dan ramah. Hampir 12 jam dari mula hingga waktu sampai balik rumah. Penat hap hap....tapi puas hati atas experience di HSB harini. Lama menunggu  tidak terasa .
Besok akan ke sana lagi. Untuk rawatan lanjut.Dan doa dipanjatkan semoga urusan besok dipermudahkan.Dan ubat yang diberi hari ini berkesan.Doakan kami ya.

Bye... terlalu letih nak tulis panjang panjang.