Jam 12 iriz coklat karat ku selamat ku park di parking lot HSB.
Jenuh menapak ke Klinik Pakar tiga beranak yang masing masing punya sakit tersendiri.
Ambil nombor giliran ditingkat 1 dan seterusnya naik ke tingkat2. By the way, lift2 ada perbezaan. Ada bermula dengan G tetapi ada bermula dengan 1. Itu yang buat kita kadang2 ragu2. Nak tekan punat mana satu.
Di tingkat 2,urusan berjumpa doktor dan menerima rawatan bermula jam 2 lebih.
Alhamdulilah...doktor pakar yang merawat memberi thumbs up kpd rawatan yang diterima semalam. Maknanya ubat yang diberi serasi dengan sakit yang dirawat.
Lepas mkn tengahhari dikantin HSB,kami beredar pulang. Sedap tau pasembur yang dijual disitu. Kelmarin pasembur hari ni pun pasembur.
Menyelusuri jalan Jitra Kangar kadang2 buat aku buntu. Dengan traffic lights yang sejengkal satu. Pemanduan jadi terganggu. Sikit2 traffic lights.Kadang2 terfikir tempat yang tak perlu traffic lights pun ada. Lagi satu ,sedang laju kita memandu tiba2 lane bertukar sebelah kiri. Sbb kanan utk orang u.turn.
Sampai dirumah hampir jam lima. Letih tak terkata. Rehat sebentar tapi sampai terlena.
Eh...nak makan apa ya malam nanti.
Nak keluar semula is out of question. Mujur anak saudara cikli dapat selamatkan.
Maka berdelivery lah kami dengan spaghetti karbonara dan chicken chop dari Cafe Beautique adik cikli.Puas hati..
Khamis nanti HSB akan kami lawati sekali lagi. Semoga sembuhlah anakanda sepenuhnya .Tiada apa2 komplikasi.
Dan selepas dapat clean slate dari doktor bolehlah kembali bertugas . Nun jauh dari rumah.Entah bila tahun dapat pindah....
Tersenyum aku mendengar kata2 teman bicara semasa sama2 di bangku hospital.
Mujur emak kuat....
Selagi terdaya...
No comments:
Post a Comment