Friday, August 12, 2016

Kasih Ibu

Aku sebenarnya berat mulut. Lebih suka berdiam diri dari menonjol diri. Tapi kalau kena dengan lagu,aku tak lagi pemalu. Boleh saja berbual dengan laju...hehe.

Something that we talked at HSB while waiting for treatment still lingers in my mind. My exchange of opinion with a Chinese lady by my side.It was while talking to her that we heard the loud DIAM!

Dia sepuloh tahun lebih berumur dariku. Tapi bila dibandingkan kami berdua.....hmm cikson pasti nampak lebih tua...haha.
I excercise pagi pagi. Pi jogging dekat taman. Yoga pun saya buat. Makan kena pantang.Jawabnya bila aku mencungkil rahsia kemudaan dia.
We talked and talked and then the topic changed to the children we have.
Sekarang tak boleh harap lagi dengan anak2. Depa pun ada their own lives.
Depa pun banyak commitments. Mana mau bayar macam macam lo.
And then we discussed our roles as mothers when the children once in a while came back .

Sebelum depa balik,kita siap bilik.
Lepas depa balik,kita cuci bilik.
Masak apa yang depa suka.

So mak Cina ke,Melayu ke sama saja. Untuk anak anak mak mak tak sikit pun rasa apa apa buat semua.

Yesterday at Hospital lama Alor Setar,kawan bersembang ku berbangsa Melayu. Aku banyak mengiyakan dari bercerita.Juga cerita tentang anak anak. Tentang sakit suami.

Belum lagi aku jumpa member yg berbicara tentang hal dunia,tentang politik tanah air kita.

Dan dapat ku rumuskan....dalam hati,dalam nadi ibu ibu,anak anak nombor satu.




Thursday, August 11, 2016

All in a day....

Just watched the controversial preacher Dr. Zakir Naik on astro . The core of his speech is: Adakah Islam agama yang membenarkan keganasan.? Jawapannya tentulah tidak tetapi rumusan yg dibuat agak eye opening. 9-11,Babri Mosque,Bombay Massacre tidak akan berlaku kalau bukan kerana orang politik...
Hmm...terfikir sejenak ...senario tanah air sekarang usahlah jadi begitu. Kerana tamak haloba politik rakyat biasa biasa jadi mangsa.

This morning,as early as 7,drove cikli to the old General Hospital in Alor Setar,a distance of roughly 45 kilometres. The road is quite clear as I inched the iriz along the usually crowded stretch of road.
By 8++ ,parked the vehicle and made our way to Block F. Opening the door of the ward,scores of eyes were on us. And cikli received his change of uniform just then.

As all seats were taken,I had to make myself confortable by leaning against the wall.
From 8 to 12 , it was a waiting game.
Eventually after a glitch,cikli was ushered into the ACC Operation room.
Finished the procedure by 2 and it was raining torrentially with lightnings and thunder. So scary.

Stop over at the surau for dzohor and dashed for the car when the rain was still falling.
Lunch was at a place where we had never stopped before. Hm..quite palatable.

Continued our journey in the heavy rain and to make matter worse,I was not familiar with the wipers.
Aduhai...sebentar berhenti sebentar berjalan. Awat tak kelamkabut dalam hujan yg mencurah curah itu. Cikli yg dok sebelah penumpang pun tak dapat menolong.
Hanya selepas beberapa kali pusing itu ini baru tau macamana wiper tu berfungsi. Adoi...gelihati.

Semasa menunggu,cikson berbual dengan rakan sebelah. Satu yang terkesan dari perbualan itu....
Ingat cikson sorang saja yg kena lalui macam tu. Rupanya ada geng ...Lepas pencen sakit datang satu satu hingga tak kenal dah tempat lain nak tuju. Hospital dan klinik saja tempat bertamu.

Dinner was mee kari,laksam bought at the restaurant where we stopped for lunch. On top of that,the leftover cucur udang homemade. Jadilah.

All in all....jadilah apa yang dilalui hari ni. Syukur. Alhamdulilah.




Perlu cari semangat untuk hadapi yg akan datang.
14 dan 15 cikli kena masuk wad di Hospital Sultanah Bahiyah pula.
Adakah kali ini aku kena hadapi sorang sorang lagi......

Wednesday, August 10, 2016

bila tiba masanya....

Channel Astro sedang menayangkan Sangam.....
Entah kali ke berapa puloh kalinya ia ditayang.
Malas nak tengok dah tapi telinga melayan lagu lagunya yang merdu2.

Besok 10 hb.
Dan lusa 11 August. Tarikh temujanji cikli di klinik ACC Hospital Lama Alor Setar.
Bermakna ,come 11 at 6.30 in the morning cikson kena drive cikli ke situ. Dalam 7.30 dah boleh sampai dan parking masih banyak.
papan notis yg ditinjau tinjau pesakit..
Miss nombor ....mau menjerit
Terimbau kenangan dilalui bersama cikli masa mendapatkan rawatan mata .
Mula2 berulang alik ke hospital Kangar.
Lepas tu direfer ke klinik mata Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Maka bermulalah episode kami berulang alik ke sana.
Setiap kali pergi tambang teksi menjangkau lebih 100 ringgit. Selalunya antara 120-130.

Alahai...kalau dicatat ,bermacam ragam pengalaman yang terpaksa dilalui.
Ada masa laju saja mulut berbicara dengan pesakit dan ada masa masing2 buntu melayan perasaan.
Hinggalah satu hari kami dikejutkan dengan jerkahan suara...
DIAM..jangan cakap banyak. Pening tau !.
Seorang pesakit mengherdik seorang lagi pesakit yang sibuk bercerita kepada kawan kawannya.
Terdiam kami yang ada. Kasihan pun ada padanya kerana diperlakukan begitu.

Di Hospital Lama kami bertemu dengan pasangan suami isteri. Isteri memimpin tangan suami yang teraba raba. Rupanya isteri dari seberang.
Dalam ramai ramai ,seorang yg lebih berumur dari kami memberi motivasi pada cikson.
Kata katanya rasa sedap didengar.
Dia mengesyorkan cikli berterimakasih pada isteri yang membantunya kerana dia tidak punya isteri utk membantunya lagi.

Bila tiba masanya...ada2 saja sakit datang menjengah kita.
Antara pesakit di situ
Entah apa yg difikirkan itu
Mungkin.....awat lambat sangat giliran aku!



Tuesday, August 9, 2016

the train ride...bila berjalanan

Bila dapat berita tentang keuzuran dia,tiket ETS kami tempa.
To and fro dari Arau ke KL Central sana.
Pergi jam 4 ptg lebih kurang dan balik jam enam pula.....

Di pekan Arau stesen keretapi
Yg bergantung tu buat saja tak reti....
Dah terbiasa naik ETS,kedudukan koc F mesti dihujung kepala. Berpandu kan notis dilantai pun sama juga. So bila keluar lif ,laju ciklicikson menuju hala.Tercungap cungap juga sbb train nak sampai seminit dua saja...Tiba2...

KOC F hujung sana...arah petugas sambil tangan mengarah sama.
Eeeew......jauh tu nak menapak.
Dengan tergopoh gapah ciklicikson bergegas kesana.
Mana nak tarik beg mana nak bertongkat pula. Kesian cikli saya.
Mujur sempat naik koc F yang dah tukar hala.

Maka mulalah perjalanan kami petang itu.
Satu demi satu peristiwa berlaku depan mata.
Ada ibu beranak kecil kena tukar koc sbb itu bukan tempat dia
Ya...la bila koc F berada di tempat koc A ramai yang terpinga pinga.

Lapar pula dalam perjalanan...KOC C kami berjalan. Terhoyong hayang tidak seimbang.
Tapau bihun,popia ,nescafe dan teh tarik bawa balik koc F utk makan.
Mahainya....boleh lawan taraf hotel berbintang.

Train Emas ( Gold) utk warga emas,harga tiket hanya 50 peratus.
Maka ramailah warga emas yang memenuhi train . Terjerembab kakak kpd adik ipar ,juga neighbour dalam koc yang sama.Tapi tak berkesempatan bersembang lama.

Bila train menghampiri Tg. Malim.....terimbau kenangan macam berlaku baru kelmarin.
Masa itu,nak berkenalan ,nak cari pasaran...amboi bukan main.
Tiket dijual bukan pakai nombor tetapi selagi boleh diisi macam sardin.
Satu ketika,punya full train sampai semua tempat ada penumpang. Walau atas seat bilik air!
Juga atas para letak barang. Dan atas lantai pun orang berbaring.

Koc F....yg kami tumpangi.
Jangan ambil koc D kalau tak mahu hidu bau yg 'mewangi'

Dan bila sampai ke destinasi...lubang hidung jadi hitam macam lombong bijih besi.
Dua tahun juga cikson berulang alik naik train dari Tg Malim ke Bukit Mertajam.....namun jodoh tak bertemu kerana rupanya cikli ada di hujung negeri...hihi.Dan dia tak naik ketapi....

Masa balik jam 11.22 kami sampai . Perut pula mula menyeringai.
Singgah restoran pekena nasi sebelum destinasi.
Alhamdulilah...syukur...selamat kami pergi dan kembali...