Tuesday, August 9, 2016

the train ride...bila berjalanan

Bila dapat berita tentang keuzuran dia,tiket ETS kami tempa.
To and fro dari Arau ke KL Central sana.
Pergi jam 4 ptg lebih kurang dan balik jam enam pula.....

Di pekan Arau stesen keretapi
Yg bergantung tu buat saja tak reti....
Dah terbiasa naik ETS,kedudukan koc F mesti dihujung kepala. Berpandu kan notis dilantai pun sama juga. So bila keluar lif ,laju ciklicikson menuju hala.Tercungap cungap juga sbb train nak sampai seminit dua saja...Tiba2...

KOC F hujung sana...arah petugas sambil tangan mengarah sama.
Eeeew......jauh tu nak menapak.
Dengan tergopoh gapah ciklicikson bergegas kesana.
Mana nak tarik beg mana nak bertongkat pula. Kesian cikli saya.
Mujur sempat naik koc F yang dah tukar hala.

Maka mulalah perjalanan kami petang itu.
Satu demi satu peristiwa berlaku depan mata.
Ada ibu beranak kecil kena tukar koc sbb itu bukan tempat dia
Ya...la bila koc F berada di tempat koc A ramai yang terpinga pinga.

Lapar pula dalam perjalanan...KOC C kami berjalan. Terhoyong hayang tidak seimbang.
Tapau bihun,popia ,nescafe dan teh tarik bawa balik koc F utk makan.
Mahainya....boleh lawan taraf hotel berbintang.

Train Emas ( Gold) utk warga emas,harga tiket hanya 50 peratus.
Maka ramailah warga emas yang memenuhi train . Terjerembab kakak kpd adik ipar ,juga neighbour dalam koc yang sama.Tapi tak berkesempatan bersembang lama.

Bila train menghampiri Tg. Malim.....terimbau kenangan macam berlaku baru kelmarin.
Masa itu,nak berkenalan ,nak cari pasaran...amboi bukan main.
Tiket dijual bukan pakai nombor tetapi selagi boleh diisi macam sardin.
Satu ketika,punya full train sampai semua tempat ada penumpang. Walau atas seat bilik air!
Juga atas para letak barang. Dan atas lantai pun orang berbaring.

Koc F....yg kami tumpangi.
Jangan ambil koc D kalau tak mahu hidu bau yg 'mewangi'

Dan bila sampai ke destinasi...lubang hidung jadi hitam macam lombong bijih besi.
Dua tahun juga cikson berulang alik naik train dari Tg Malim ke Bukit Mertajam.....namun jodoh tak bertemu kerana rupanya cikli ada di hujung negeri...hihi.Dan dia tak naik ketapi....

Masa balik jam 11.22 kami sampai . Perut pula mula menyeringai.
Singgah restoran pekena nasi sebelum destinasi.
Alhamdulilah...syukur...selamat kami pergi dan kembali...


No comments:

Post a Comment