Saturday, May 7, 2016

Food for the stomachs n food for thoughts....

The last few weeks,the appetite for food has gone to the sea.Mine la not cikli. Tengok nasi macam tawaq.Tengok lauk yg berminyak,berlemak rasa payah nak ditelan.I'd go for boiled n steamed food.
mee goreng bodo....

So...selang saghii ,makanan yg cikson masak itulah...kalau tak singgang,pindang atau kukus.
Dan bila anak anak bujang balik,kesian pula nak hidang depa makan lauk lauk tu.So it came back to the square one...gulai yg cikli sangat minati,hingga kuah pun dihirupi...
hanya sambal belacan belaian hati
Hujung minggu lepas ,adik dari Kulim sekeluarga datang bertandang. Awal2 lagi dah pesan makngah jangan masak apa2.Mak ngah as makngah mana rasa senang kalau tetamu jauh datang tak dijamu. Sementelah lagi diberitahu kedatangan dan anak bujang juga ada di rumah.
So...bersilat juga cikson didapur ditolong oleh tetamu yang hadir.Maka dapatlah bertengah hari dengan nasi kuning ,dalca,ayam goreng dan sambal tumis ayam....Yam yam yam kata anak2 saudara.

Hari lahir ,birthday girl bawa suami ke Mona di Komalaut. Makan berdua tapi rasa tak selera.Besok si anak mau ke sana bila sudah ada di Perlis sini. Jadi ke sana lagi suami isteri. Mkn bertiga di tempat baru.Ok juga rasa di situ. Dan bila lagi seorang balik dan nak juga pekena ikan bakar,kami ke sana kali ke tiga.Di tempat sama ,kami bertiga berjamu selera.....itu yg dikatakan rezki rimau. Semalam mak mentua ajak ke sana juga....tapi dah tak berdaya.
Komalaut


Hmm gitu ceritanya. Masa rezeki melimpah ruah,mulut pula rasa tawar....

Thats the stories for the stomach. And a few incidents left me with foods for thoughts....

Sorang sorang kawan rakan dijemput penciptaNya.Dalam seminggu dua ni ,ramai yang cikson kenali meninggal dunia. Tuan guru mengaji anak2 yg juga rakan sekerja cikson ditaman lama meninggal dunia . Lepas tu kawan2 cikli,jiran rumah RBL dan sehari dua dahulu kawan mengajar .
Berita tentang kemalangan helikopter juga memenuhi ruang berita. Kalau dah itu suratan mereka.
Semoga roh roh mereka ditempatkan bersama2 orang orang yang beriman.
Alfatihah.

Kita pula bila dan bagaimana?


Thursday, May 5, 2016

The sounds of RBL .....


Selamat menyambut hari Isra' dan Mikraj
Perlis harini cuti umum...

dari fb
Pagi pagi lagi riuh segerombolan ayam berketuk dan berkokok. Dan juga meninggalkan tompok tompok taik ayam diatas lantai.
Syuuuuuhhhhhhhh.....kata tuan rumah sambil menepuk nepuk dinding dan kaca tingkap.
Se ekor bapa ayam yg masih muda teruna memanjat lori tua cikli yg dah lama hidup segan mati tak mau.

Ambooooih ....bising........syuuuuuuuuuuuuk ,tempik cikson.
kokoknya lantang si anak jantan
Hmmm...ayam2 zaman gadget IT ni dah tak makan saman.Langsung tak takut dia akan ancaman tuan rumah.
Kok kok kooook ...bunyi dia lagi memanggil gundik gundik dia .

Si Nina yang nampak tingkap terbuka lantas bangun dan mencari peluang utk masuk ke rumah.
Eh ,tak boleh masuk. Cikson menegah.
Sombong orang tua ni...mungkin itu kata nina.Kita nak share aircon saja pun tak di benarnya.
cikson benarkan kami masuk ,boleh tak
Si Tam yang kadang kadang menghilang diri ,tiba tiba muncul dari luar pagar RBL?
Mieeeeooooooooooow...dia bersuara garau.
Mamason minta ikan sikit.
Amboi lama dah tak rasa. Asyik asyik depa saja pi makan kat Kuala.
si Tam 

Di belakang rumah,group ayam yang lain pula bagai pesta.
Ada berkokok.Ada berketok.
Ada mengais tanah mencari sisa sisa makanan.
Semalam hujan turun dengan lebatnya,tanah yang keras dah jadi lembut.Senang buat mereka mengais mencari makanan sambil mulut riuh rendah sahut sahutan.
hujan yang turun

memabasah dan membasuh

Eh..sini seronok ya dapat dengar bunyi binatang.Kata anak saudara yang membuat lawatan.
Di bandar apa ya yang dapat di dengar selain hingar bingar kenderaan bertali arus.


Wednesday, May 4, 2016

Wedding bells,wedding bells ....when art thou ring

Hey hey betul ke salah tolak tepi.
Tajuk tu la....bukan lain lain nya,harap maklum. hehe.

Sabtu lepas,cikson ke pasar tani,dichauffer oleh anak lelaki kesayangan kami.
Bila dah ada PA ,apalagi lajulah cikson memberatkan beg shopping dan meringankan dompet sendiri.

Ditengah tengah manusia ,tersua kawan lama.
Apakabar anak anak.? Tanya dia.
Sorang saja baru lep.....cikson bersuara tapi tak sempat dihabiskan.
Eh...itu takpa. Ni anak anak dah habis belajar ka?
Oh tu..... first degree semua dah lama habis.
Mau cikson lajak nak bagitau apa kerja anak2....tapi modesty crept in. Berhenti kat situ.
Syukur....dia menambah kata dan kami pun berpisah.

Sepanjang tahun ni ada beberapa anak saudara bertemu jodoh mereka. Empat semuanya.Dua disebelah cikson dan dua disebelah cikli.
Tahniah buat mereka
Jaga baik baik rumahtangga.
Sabar banyak banyak,itu petua orang tua.

akad nikah


kenduri 2 anak saudara sekali gus

bapa pengantin bersama anak2 saudara



1 May hari tu,anak saudara cikson pula berakad nikah. Nun jauh di Johor sana. Masa bertunang,kami pergi tapi kali ini sakit demam cikli buat kami tak dapat.meraikannya....sedih juga.
Semoga 29 haribulan nanti,jika kesihatan mengizinkan, teringin juga ke KL sana. But that has got to be seen.....

the cousins


Thats all folks....bye,

Ni gambar kahwin anak menakan di Batu Pahat....cilok fb n wassap anak2. hehe.
On further note....cikson dah beli baju nak pi kenuri 29 hb di Bukit Mahkota...moga termakbul hajat kami ke sana.Meraikan majlis di sebelah pengantin lelaki....anak adik cikson.

pasangan pengantin bersama ayah bonda.

Ami n Wani,
Tahniah makngah ucapkan. Semoga berkekalan hingga jannah.May both of u have a happy,blessed married life.
Bye.

Monday, May 2, 2016

MAY

Add caption
 Dah satu hari kita di bulan Mei
April berlalu pergi dan Jum pula menanti

Add caption

Bulan bulan berlalu
Penuh liku liku
Suka bukan kerana tiada duka tetapi kerana berjaya mengharunginya

Add caption
 Good Things Coming Your Way
Itulah harapan kita supaya putus asa bukan kamus kita
Kita jatuh,kita bangun sambil senyum lalu membalut luka dilutut kita.
Add caption
Semoga hidup kita dilimpahi RahmatNya.
Tahniah buat anak yang mendapat kenaikan dalam pekerjayaan.
Tahniah buat anak saudara yang memasuki gerbang perkahwinan
dan TAHNIAH buat mereka yang berjaya mengatasi CABARAN.

Have a pleasant day and days ahead ,loves..
Bye.
Salam.