Saturday, February 13, 2016

Nak tegheyak ke nak gelak...ikut suka kaulah nok.

Entahlah nok...nak gelak gelaklah.Nak tegheyak,nak kegheyau , sapa pun tak tahan...hehe.Ikut suka kaulah nok.
Haha...mungkin melopong adik2 yang membaca  kehairanan. Awatlah pula kak tengah mereka kali ni..Emosi memanjang.

Pantri penuh. Semua ada. Bawang,cabai dll semua cukup.Tak luak pun. Tapi yang kekosongan adalah bahan basah.
Buka fridge...yang ada adalah kaki ayam 2 ketul. Huh...nak buat apa dgn dua ketul kaki ayam tu. Isinya dah jadi bahan masakan masa anak anak balik haritu.
Kita call sajalah food delivery.
Isssh tak maulah ,cikson bantah.Nasi sejuk,lauk pun so so saja.
Call pizza hut,kfc,marry brown....eh depa tak mai kawasan ni.Tak masuk dalam delivery mereka.Pulak.
Nanti malam I keluar pi restoran biasalah. Nasi paprik pun ok.Kata cikson.
Petang datang....
Son laparlah.Ada tak apa apa nak makan.
6 biji cucuq badaq frozen cikson goreng,jadi tea treat suami isteri.

Menjelang larut petang,kepala cikson garu. Apa pula sajian malam ni.
Nak keluar malas.
Mujuq ada ikan bilis sepeket dan sayur sawi cina sebatang.
Maka ikan bilis disambal tumiskan.Sawi sebatang cikson sayurkan.
Lepas maghrib cikli makan malam dan makan ubat.Lega.

Makan minum cikson cikli agak berkecamuk sejak dua menjak ni.Dulu cikli selalu jadi pembeli makanan utk dua mulut tua kami.Datang petang,kalau cikson tak masak,dah tentu dia tanya:
Kita nak makan apa malam ini ?
Dan cikson selalu kata....Apa2 sajalah.Tapi kalau nasi mesti ada sambal belacan .

Nak tegheyak pun ada,nak gelak pun ada. Hari2 cikli dok dispital,makan minum cikson ala kadar saja.Selalunya bilis goreng asam dah cukup utk menolak nasi ke perut.

Semalam agak menarik juga satu artikal yg cikson baca difb.
Punyalah banyak masa digunakan utk menyedia makanan 4 kali sehari.Dari pagi sampai malam.Orang utara kalau tak penuh meja tak meriah.Kalau satu saja masakan disaji buat keluarga mau dicop pemalas. Mau muncung mulut suami.

Haha... tentang makan pun jadi entry.




Nak tegheyak ke nak gelak....mcm2 ada.

Well...this last few weeks since cikli been sick,lots of thimgs happened.
The always takut tu and takut ni wifey of his had to take matters into her own hands.
How those things she left to cikli to settle had to be settled by her,herself.
Some left her near to tears,others had her howling with anger,tears and laughters.
So rojak was her life.

Well...kalau dulu cikson tak pi market,pasar malam or pasar tani.She is always a stay at home person. Nak jumpa dia mana mana pun mesti ada cikli sama.Sampai satu hari neighbour kata..
Amboi...depa happy loving coupke sunggoh.Tak mana ada cikson mesti ada cikli.
Betoi juga...cikson tak tau nak berkawan mawan.Kalau tak keluar anak beranak,terperaplah dia kat rumah.

So sekarang ,she had to move on her own until cikli is able to be with her.Pi kedai ,pi supermarket,pi bubuh minyak kereta...semua dia.
And yesterday she made a big move.
Signal di dusty blue baby yang cikten bagi tu dah timbul macam macam.Ada spanner.Ada pelita aladdin.
Ni...keta ni kena servis dah ni...dah berdesup lebih 1000 km.
Nanti anak anak balik suruhlah depa pi bawa servis...kata sorang bila cikson menetengahkan kegusarannya.
Dan bila anak anak balik,masa hanya utk cikli yang masih dirawat diwad.
Last last Chinese New Year...
Memandangkan nobody to tackle that problem,cikson turned to google.Dapatlah nombor talipon service center kat Kangaq ni...huihuihui.Nak tau apa berita dia dapat?
Mesin kami tak boleh servis iriz,kak...kata suara ditalian.
Kak boleh pi kat Aloq staq...
Oooi kangag pun aku teraba2 nak bawa kereta,nak suruh aku pi aloq setaq? Langsung cikson ketaq.
Kak,bila timbul spanner kalau tak servis,lama2 keta boleh breakdown. Enjin mati tgh jalan.Kata depa kat Kangaq.
Hmmm...pikiaq pi pikiaq mai,cikson kena ambil action.Tak boleh dah dok buat suggestion,explanation and whatever ion lagi.
So pagi2 sebelum matahari terbit cikson pecut sorang2 pi sana.Whatever happens will happen.
Kalau aku mati,tanam. Kalau aku sakit,hantaq aku pi rumah sakit,kalau aku hilang repot polis!
Aku berhujah bila mereka menegah aku pi sorang sorang...hehe.
Driving the 100 km more or less,aku tergelak sendiri.
Haha...agaknya berbakul orang marah kat makcik bawa iriz yg dok terhenjut henjut.
Akhirnya sampai juga aku kat Proton Edar Jalan Gangsa.Dan kerana cikson buat booking utk pukul 8.00,jam 10 dah selesai urusan cikson.
Tanpa singgah mana2 walau Aeon Big dok seberang jalan,makcik perderas balik Kangaq. Cikli perlu rawatan diklinik.Mujuq adik dia tolong bawa.
Itulah....necessity is the mom of determination.Cikson ber falasafah.Do it whatever it takes. Jangan dok mengharap sangat belas ihsan...
I didnt cry .But when I read a blog of a girl who was deeply depressed I cried buckets..
Cam tu pula.....
Macam2 ada la cikson.


Tuesday, February 9, 2016

Kisah yang terakam 2

Sudah tinggi rumput di laman RBL kini. Sejak cikli jatuh sakit dan dalam rawatan,kerja kerja pembersihan kawasan dia tak dapat uruskan. Maka makin galaklah rumput 2 itu meninggi.

Satu petang cikson isteri cikli dah tak boleh lihat lagi. Halaman rumah dah macam hutan sekunder.Jadi,tanpa perancangan,tanpa cadangan,tanpa ulasan dia bertindak sendirian.
Longgok sampah ditengah laman rumah is a no no to her. Berkat didikan tokton,halaman rumah bukan utk sampah.Dikutipnya semua sampah sarap,tin kosong dan daun2 kedalam kereta sorong. Dia cabut rumput rampai yang menjalar ditanah.Dimasukkan semua itu dalam wheelbarrow.Senang utk diangkut ke belakang utk dibakar nanti.
sibuk mereka tanpa disuruh
Dia berhenti sejenak.Menarik nafas yang tersekat.
Nina,Tam dan Ning yang memerhati saja kerja kerja cikson datang menerpa. Ke atas wheelbarrow mereka berpesta.
Cikson...kenapa cabut ini semua?
Tau dak ini ubat herba buat kami semua.
daun daun ini ubat buat kita....kata nina
Cikson garu kepala.
Nina panjat wheelbarrow dan meragut daun daun dalamnya.
Ning dan Tam tengok saja.
Mereka masih muda remaja. Mana tau apa apa.
Hey mana Pong?
Hey...mana Pong?
Tak nampak pun muka dia.

Hmmmm...disini rupanya dia..
Amboi Pong...relaks nampak.
Amboi...tidoq tak ingat dunia

Macam macam gaya dia.....

 Gitulah adanya


kisah yang terakam...

satu dari yang ramai
 Si hitam tompok tompok ni memang handal. Dari sebelah pagar dia menyusup masuk ke laman RBL. Mengambil posisi dibawah redup daum mangga dia merenung tajam.Hei...sapa yang dingoratnya?
Anak anak bulus RBL memang menarik perhatian kucing kucing jiran sebelah.Riuh rendah malam malam mereka bercakaran.Tidur isi rumah RBL pun selalu terkesan.
Hoooi....pi la gaduh jauh jauh.Suara cikli bertempik.
Orang nak tidur tau.
Tapi apa mereka peduli.Lagi tinggi suara didengari.
Isteri cikli capai baldi.Air diisi.Mereka disirami.
Habis tamat sebuah peperangan.
ciktam berstokin putih
 Ini ciktam.Cikson panggil dia Tam saja.Badanya hitam berkilat.Bulunya lembut selembut badannya bila dipeluk.Manja.Itulah dia.
TAM !!
Berdesup dia datang.

Dahaga
Nina sandaq sudah tidak bersandar lagi.
Mana ada tempat sesuai utk dia bersandar.
Gemarnya dia bertelegu diatas konkrit pagar.
Merenung diri.....

Melihat gelagat kucing kucing buat hati sejuk sejenak.Banyak nya rasa tak terluah disini.
Bila diluahkan ,lagi banyak persoalan. Lebih baik diam.......
Kena banyak bersabar.