satu dari yang ramai |
Anak anak bulus RBL memang menarik perhatian kucing kucing jiran sebelah.Riuh rendah malam malam mereka bercakaran.Tidur isi rumah RBL pun selalu terkesan.
Hoooi....pi la gaduh jauh jauh.Suara cikli bertempik.
Orang nak tidur tau.
Tapi apa mereka peduli.Lagi tinggi suara didengari.
Isteri cikli capai baldi.Air diisi.Mereka disirami.
Habis tamat sebuah peperangan.
ciktam berstokin putih |
TAM !!
Berdesup dia datang.
Dahaga |
Mana ada tempat sesuai utk dia bersandar.
Gemarnya dia bertelegu diatas konkrit pagar.
Merenung diri.....
Melihat gelagat kucing kucing buat hati sejuk sejenak.Banyak nya rasa tak terluah disini.
Bila diluahkan ,lagi banyak persoalan. Lebih baik diam.......
Kena banyak bersabar.
Kadang2 memang ada perkara yang kita rasa hendak diluahkan sangat2 kerana ia menekan2 dada dan minda, namun ianya tidak dapat dilepaskan kerana sebab2 yang kita sendiri tahu. Akibatnya, yang sesak akan terus menyesakkan...
ReplyDeleteKarenah kucing2 kita ni mmg menghiburkan.
ReplyDeleteAnak kucing baru kami jenis yg suka mandi. Bila dimandikan boleh diam sahaja. Tak berbunyi. Even tak lari kemana2.
Dah mandi, shampu dan keringkan badannya.. Dia pun tidur senyenyak-nyenyaknya.
Kucing pertama kami yg suka mandi.