Wednesday, January 6, 2016

Jom Jalan Jalan Mai Peghelih...ETS ada komuter pun ada.Pilih saja.

Berita baik buat penggemar keretapi.
Komuter dah sampai Pegehlih ni.
Nak tau...baca lagi

dok dengaq saja komuter komuter...la ni dah sampai Kangar kita.

Awal tahun yakni 1.1.2016 satu lagi kemajuan pengangkutan buat Pegehlih oooops Perlis.
KOMUTER dah sampai sini!
Tapi bukanlah dari KL Central sana diibukota raya Malaysia tercinta.Cuma bermula dan akhirnya di Butterworth sana...
Hooray....so kalau nak ke SP nanti cikson tak perlu lagi naik ETS yang tiketnya macam berlian nak dapatkan. Tapi.....stops atau tempat berhentinya banyaklah kalau dibandingkan.Janji sampai.
Ni cikson sharekan ....

jadual dia......
tambang dia....Arau ke SP 7.40 saja..

Nak storylah sikit pengalaman cikson menghantar anak ke stesen bas intercity di Sungai Petani satu hari.Kesian tengok .
Bas yang akan dinaiki adalah bas Transnational pukul 9.30 pagi. So selepas bersarapan di kedai terminal disitu kami pun menuju ke tempat perlepasan. Tu dia aih....berjujun orang yakni ramaaaainya manusia terutama umat Melayu kita.Yang menghantar dan penmpang penuh memenuhi ruang hadapan bas berhenti.Dan cikson pun merehatkan badan diatas bangku sambil memerhati gelagat manusia...
Mak...bas ada kat dalam tu. Ciklin yang sedar akan kehadiran bas yg sedia menunggu dicelah celah bas yang berbaris disitu.Betullah. Mujur dia sedar.Kalau tidak terlepaslah bas dua beradik itu.
Sapa sapa yang naik bas Bulan dan Matahari pukul 10 ,bas ada kat sana...laung suara wanita .Kata pun wanita maka tenggelamlah suaranya dalam hiruk pikuk manusia dan enjin bas. Tiga empat kali juga wanita itu berlegar dan menanya penumpang penumpangnya.
What a fail system...I observed.
Mana PA? Sure orang tak tahu mana berlabuh bas yg nak dinaiki kalau tak ditinjau sendiri.
Itulah...kalau untuk rakyat macam kita,buat apa apa pun cincai cincai saja.Asal ada.
And that day,sure many people could have missed their buses because of the system. Dahlah tempat sempit. Yang banyak gerai meniaga yang tak semenggah mana.

Terminal Bas Kangar yang dibrandedkan sebagai Terminal Bas Bukit Lagi sedang dalam penambahbaikan.Dah lama ciksoncikli tak ke sana semenjak ada ETS.Kalau tidak dalam sebulan mau 2,3 kali. Harap tu biarlah rakyat biasa biasa yg naik bas diberi keselesaan.

Dan dengan bermulanya Komuter ni...bolehlah rakyat Perlis balik hari ulang alik pergi kerja sampai Butterworth sana.Seawal 5.45 dah tren bermula....

Selamat naik komuter semua....Bye.




Tuesday, January 5, 2016

Kucing pun ada perasaan tau....hiks.


Hullo, Gud morning Luvs.

Hai...harini giliran Nina pula utk menulis kerana come Tuesday its Cats' Day as mamason implied.
So here we go....

Cikson selalu ketawakan Nina bila lihat Nina termenung sendirian atas pillar pagar besi.
Ha...tunggu pakwe la tu...dia selalu berperangsangka oooops perasangka.Well people or human beings are always up in assumptions and allegations.Letih mak..
sinilah tempat kesukaan Nina 

Semasa atas tunggul kayu mau pun atas pagar ini ,Nina selalu berfikir. Aduih...macam2 yang menerjah fikiran.
Melihat keluh kesah mem besar aka cikson ,pening kepala Nina.Akibat tekanan hidup sekarang yang menimpa cikson,hidup nina pun terkesan sama. Mana tidak...Kalau dulu mamason tak berkira utk membeli berkilo ikan temenung utk kami anak2 bulus dia,sekarang tidak lagi.Harga ikan temenung la ni adalah harga mampu milik puak puak menteri saja.
Dulu kami selalu dijamu ikan sardin dalam tin....la ni jangan harap. Ikan sardin yang dulu makanan kaum marhaen juga dah kelangit harganya.
Dulu ciklicikson rajin berbelanja di Giant dan Tesco.Tapi sekarang jarang jarang. Mereka lebih banyak bertunggu tangga di hospital . Sakit demam macam tak habis habis.

Nina juga selalu terfikir dan bermenung nasib tentang anak anak.Ketawa? Eh jangan. Jangan fikir manusia saja fikir dan worry tentang anak anak.Nina pun sama.
Tu si Pong....entahlah. Worry juga nina bila dia lebih banyak berkawan dengan rabbit dan ayam ayam tok wan.Dengan kaum sendiri dia buat tak reti. Hari tu ada sekor pak we mengendap dia ,namun dia buat bo layan...Takkan nak kawin dengan ayam n rabbit kan.

Lihatlah santainya dia


Si Tam pula masih menyusu walau dah besaq panjang.Sekarang dia dah pandai membolos diri masuk rumah. Maka riuhlah cikson mengejar dia suruh keluar. Sunggoh tak adil cikson ni. Kalau Pong boleh pula bersenang senang dalam rumah. Siap dengan bakul utk tidur.
Kenapa ya manusia ni suka pilih memilih bila berkasih.Dengan anak anak pun nak beza membeza.Eoooow.


huaaaaaa....ngantuklah pula....

tidoq sat noooo


mamanina.....

Pong marah nii.....mamanina mengata Pong ya....grrrrrrrrrrrrrr.

Itu saja lah cerita dan omelan Nina kali ni..Bye...

Ninasandaq

Monday, January 4, 2016

New beginning....selamat kembali ke sekolah anak anak.

Hari ini , di Perlis adalah hari pertama alam persekolahan utk tahun 2016.
Selamat mula sekolah anak anak saudara dan cucu cucu saudara semua.
Ada yang baru memasuki tahun satu dan ada yang memasuki tingkatan satu.Dan sudah pastilah debaran buat mereka lagi hebat dari yg lain.Suasana baru,cita2 baru,inspirasi baru di sekolah baru.

Budak kuat ragam di SP jadi murid baru tahun satu. Belajar rajin rajin ya cu.Tokngah mendokan Adriana berjaya dan menjadi anak yang solehah. Melihat cucu saudara ini mengimbas kembali masa masa lampau cikson berkungfu dan berkuntau menyekolahkan anak2 sendiri.Tahun2 disekolah rendahlah cikson paling busy.Dengan tuition ,aktiviti tak henti henti serta berhempas pulas mencari rezeki.

Eh biarlah anak anak . Buat apa pressure mereka...
Tapi ciklicikson berpendirian anak2 disekolah rendah masih boleh dibentuk. Masih boleh ditunjukajar.Maunya sudah ke sekolah menengah baru nak letak syarat2,rasanya agak terlambat.Dan kalau boleh,usahakanlah anak2 mempunyai target utk pencapaian mereka.Target utk memasuki sekolah pilihan.Juga target utk mempunyai sekurang2 Diploma atau Ijazah pertama.

Selamat kembali sibuk ibu ibu ayah ayah.
Sudah habis tempoh bersantai sepanjang cuti persekolahan yang lalu.
Begitu juga guru guru...Selamat kembali mengajar semua. Khasnya buat 2 sekolah yang terakhir cikson.SK Sena dan juga SK Raja Perempuan Budriah.Semoga tahun 2016 ini membawa kejayaan.




Sunday, January 3, 2016

Tahun Baru ...cerita baru

Friday ...1.1.2016
Tahun baru mengikut kalendar masehi.

Tidak kemana mana malah tidak memasak untuk juadah tgh hari itu.
Nasi yang berlebihan cikson buat nasi goreng ala kampung.Tabur udang goreng diatasnya SIAP. Tgh hari nanti itulah juadah kami.

Melabuhkan punggung ke sofa sekejap sambil belek wassup...gigih nak tahu apa perkembangan cucu. Telinga menangkap bunyi kereta memasuki RBL dan kelibat kereta hitam di parkir ditgh laman.

Eh...cikli la tu.Awat letak kereta tang situ...

La baru ku tahu ,rupanya itu kereta adikku serta anak cucu dan menantu.
Tergocoh gocoh aku bersiap kerana rupa paras ku masa tu hanya sipi2 mcm hantu...bila segenap ruang rumah ku kemas aku dah berlemoih .

Kami nak makan kenduri.Singgah sini dulu.Jangan susah2 sedia apa2.Kata mereka.
Ya tak ya ....dah nak makan kenduri,kita pekena air dulu ya.

nasi goreng kampung tabur udang,gu dgn sambal cabai melaka pedaih bedahang...ang ang bak hang.
Kaum lelaki ke masjid berdekatan utk jumaat dan sementara menunggu cucu2 tentu lapar.Maka rezeki nasi goreng ku sajikan buat mereka..sambil telinga disajikan dengan bunyi ...no ney no ney menderum dijalan raya.
Eh ada apa ya...teka kami terpinga pinga bila dua tiga kereta bomba melintas dgn tergesa gesa.

cucu cucu saudara yang berkunjung 
Dan petang itu kabar sedih cikson baca...beberapa buah rumah musnah dalam kebakaran tak jauh saja.

Itu cerita api tengah hari itu.Malamnya ada lagi cerita baru.....
Hari dah kelam bila cikli balik dari jalanan.
Son...u bakar sampah kah?
Sudah tentu tidak jawab ku kerana angin sangat kuat sekarang ini.
Berteka teki kami .Mungkin jiran sebelah.
Melihat bunga bunga api yang makin berterbangan ,aku jadi gusar.
Tu api dalam kebun tok wan.!
Sepantas kilat aku kebelakang rumah ,capai air dan cuba menyimbah . Sia sia sbb kudrat ku tak kuat dan api yg makin membesar jauh dari pagar rumah.
Lari ke rumah mertua ,meminjam lampu suloh utk aku memasuki kawasan itu .Sedang cikli terhincut hincut mencari paip getah ,aku capai sebaldi air dan bergegas ke banir pokok kelapa.Dah hilang atau aku tak sedar tangan aku sakit sebenarnya.Juga takut ku meredah semak dalam gelap.
Bila paip disambung barulah lega kerana batang pokok kelapa yang terbakar serta api yang memercik mercik terpadam semuanya.
Malam itu,walau aku perempuan separuh baya...aku jadi ahli BOMBA. Kalau tidak NAYA.

Itu cerita hari pertama tahun baru 2016 aku. Anda bagaimana?