Sunday, January 3, 2016

Tahun Baru ...cerita baru

Friday ...1.1.2016
Tahun baru mengikut kalendar masehi.

Tidak kemana mana malah tidak memasak untuk juadah tgh hari itu.
Nasi yang berlebihan cikson buat nasi goreng ala kampung.Tabur udang goreng diatasnya SIAP. Tgh hari nanti itulah juadah kami.

Melabuhkan punggung ke sofa sekejap sambil belek wassup...gigih nak tahu apa perkembangan cucu. Telinga menangkap bunyi kereta memasuki RBL dan kelibat kereta hitam di parkir ditgh laman.

Eh...cikli la tu.Awat letak kereta tang situ...

La baru ku tahu ,rupanya itu kereta adikku serta anak cucu dan menantu.
Tergocoh gocoh aku bersiap kerana rupa paras ku masa tu hanya sipi2 mcm hantu...bila segenap ruang rumah ku kemas aku dah berlemoih .

Kami nak makan kenduri.Singgah sini dulu.Jangan susah2 sedia apa2.Kata mereka.
Ya tak ya ....dah nak makan kenduri,kita pekena air dulu ya.

nasi goreng kampung tabur udang,gu dgn sambal cabai melaka pedaih bedahang...ang ang bak hang.
Kaum lelaki ke masjid berdekatan utk jumaat dan sementara menunggu cucu2 tentu lapar.Maka rezeki nasi goreng ku sajikan buat mereka..sambil telinga disajikan dengan bunyi ...no ney no ney menderum dijalan raya.
Eh ada apa ya...teka kami terpinga pinga bila dua tiga kereta bomba melintas dgn tergesa gesa.

cucu cucu saudara yang berkunjung 
Dan petang itu kabar sedih cikson baca...beberapa buah rumah musnah dalam kebakaran tak jauh saja.

Itu cerita api tengah hari itu.Malamnya ada lagi cerita baru.....
Hari dah kelam bila cikli balik dari jalanan.
Son...u bakar sampah kah?
Sudah tentu tidak jawab ku kerana angin sangat kuat sekarang ini.
Berteka teki kami .Mungkin jiran sebelah.
Melihat bunga bunga api yang makin berterbangan ,aku jadi gusar.
Tu api dalam kebun tok wan.!
Sepantas kilat aku kebelakang rumah ,capai air dan cuba menyimbah . Sia sia sbb kudrat ku tak kuat dan api yg makin membesar jauh dari pagar rumah.
Lari ke rumah mertua ,meminjam lampu suloh utk aku memasuki kawasan itu .Sedang cikli terhincut hincut mencari paip getah ,aku capai sebaldi air dan bergegas ke banir pokok kelapa.Dah hilang atau aku tak sedar tangan aku sakit sebenarnya.Juga takut ku meredah semak dalam gelap.
Bila paip disambung barulah lega kerana batang pokok kelapa yang terbakar serta api yang memercik mercik terpadam semuanya.
Malam itu,walau aku perempuan separuh baya...aku jadi ahli BOMBA. Kalau tidak NAYA.

Itu cerita hari pertama tahun baru 2016 aku. Anda bagaimana?




4 comments:

  1. Alhamdulillah, mokjadeandell dan keluarga selamat walaupun tangan berasa sakit. Mudah-mudahan tidak ada lagi musibah bertandang. Selamat Tahun Baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru mak long.
      Sama2 kita doakan kerahmatan utk kita semua.Semoga dunia tak lagi diuji pancaroba.

      Delete
  2. tahun baru... pada saya sama sahaja. yang beza ialah ada bunga api.

    tapi kerjaan negeri penang tak lagi adakah pesta tahun baru seperti sebelum ini. mereka tumpang swasta.

    selamat duit rakyat penang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,
      Tanpa bunga api,tahun baru mai juga kan..Sini pun serupa.

      Delete