Saturday, January 2, 2016

And 2016 pun menjelma.....

Lagak bagai kuda 2016 menjelma.
Tanpa boleh kata ...no no no
Dia tetap sampai juga
Dan menambah setahun tua.

Lagak bagai kuda
Tangkas gayanya
Hari ini dah 2 hari dia menjelma.

Setiap tahun mula
Rimbunlah resolusi resolusi diri
Nak buat itu ini
Nak ubah sana sini.

Hmmm...cikson ,apa agaknya janji diri kali ini.
Mohon yang baik baik sudah cukup buat diri ini
Diberi kesihatan,kewarasan untuk melayari hidup yang berbaki
Mohon ilahi memberi rahmat buat mereka yang disayangi.

Himpunan gambar2 yg punya impak buat diri tua ini.....

Kita warnakan corak hidup kita dgn warna yg kita pilih.

Didalam ini nanti tercatat arus tuju duit yang se ciput

Kenangan 2015 sebagai pedoman

catatan perjalanan kewangan  pun bermula ......

supaya tidak jadi botak macam tayar ini 

Dan hidup terus mewangi...

SELAMAT MENITI TAHUN 2016  

Jalan liku liku ...thru ups n downs 2015

Hari kedua 2016.
bye 2015
Tahun 2015 ku tinggalkan dengan berbakul kenangan.


Jalan yang dilalui tidak sentiasa tanpa bengkang bengkok.Malah adakala kena U-turn. Ada masa tersalah masuk lorong.Ada masa luas terbentang dengan panaroma mengasyikkan.Ada ketika jalan sempit tebing curam menakutkan.....oh well those were some of the roads I travelled .

Thn 2015 ....ibu tersayang,satu2 manusia yang bagi aku tiada dua.Pergi menemui penciptanya.Minggu2 selepas itu aku selalu teringat dan tersedar bahawa aku sudah tidak punya orang yang paling aku sayangi...aku percayai.

Pemergian kakak sulong juga membawa seribu satu kenangan.Perginya dia hanya seminggu dua sebelum tt. Tamat sudah kisah2 aku dan dia tapi kenangan pasti tak dapat di lupa.Suka duka.

Kehadiran cucu pertama juga berlaku dalam tahun ini. Penantian seorang aku .Muhammad Fahim Zaidan sudah pandai tertawa lebar bila diacah.


Sakit demam perkara lumrah bagi kami yg diberi lanjutan hayat.Sekelilingku ramai mereka yang sedang diuji sakit itu ini.Termasuk cikli dan aku sendiri.Bertunggu tangga dihospital bukan lagi aneh buat kami.Lebih lebih lagi cikli.

Dan kewangan,aku terkesan dengan keadaan ekonomi negara sekarang ini.Dengan cikli sudah tidak berdaya bekerja,hanya pencen bulanan yang menampung kos hidup kami berdua. So...tidak usah lagi impikan yg bukan2.Dapat makan tamban tegeliat bak kata tt pun dah syukur rahmat.Nak mendesak anak2 untuk membiaya keinginan dan kemahuan bukan pegangan hidup aku.Tapi kalau mereka menghulur aku terima dengan tangan terbuka.Syukur anak2 selalu saja mengingat ibu mereka.Hidup mereka di ibukota juga bukan senang....marah betul aku dgn kenaikan macam2 sekarang ni.

Tahun 2015 juga aku mengalu alukan kedatangan WC **** H dalam hidup aku. Terimakasih buat menantu dan cikten yang menolong merialisasikannya..Tanpa itu,cikson terperap di rumah saja.

Syukur Alhamdulilah,segala pujian bagi Allah.
Semoga tahun 2016 membawa sinar dalam hidup kami.
Sabar menghadapi cabaran adalah sandaran.
Apa apa pun sabar......




Wednesday, December 30, 2015

Cinta anak bulus... kita tak makan kawanlah...

Cinta tak mengenal bulu....itu agaknya kata kata paling sesuai utk apa yg cikson perhati pagi tadi.
Menerusi tingkap dapur,cikson ternampak miss pong terhendap hendap disebalik banir pokok kelapa.

Pong..what u're doing?
Cikson memanggil dia yang berada didalam pagar kebun tok wan. Si Ning juga ternampak terhendap hendap disebalik pagar RBL.

Sebentar kemudian,susuk haiwan putih melepak ternampak meloncat loncat. Dan Pong nampak tergedik gedik.

Ooo...itu rupanya yg menarik perhatian Pong.
Pong...jangan kacau Rabbit.,jerit cikson.

Cikson tengok Pong sunggoh teruja melihat Si Arnab melompat lompat dari satu sudut ke satu sudut ruang kebun tok wan.
Ah..sudah...mau nya Pong rasa mengidam daging arnab habislah. Tentu tok wan mengamuk.
Tapi sudah berbulan Pong dan siRabbit putih melepak itu berkawan. Kalau pagi pagi Pong tiada di RBL ,boleh gurantee dia berada direban si Arnab kesayangan wan.

Pong ,Balik...cikson melaungkan namanya dan kemudian beralih membuat kerja.

Seminit dua kemudian,Pong dah ada dalam rumah. Lega.

Pong,Pong makan rabbit dak?
Pong melihat cikson macam nak berkata..
Eh...kita kucing tak makan kawanlah makcikson.Bukan macam manusia!

Tuesday, December 29, 2015

Cinta anak bulus

Pagi tadi sesuatu yang tidak pernah dialami menyentap hati kecil cikson.

Adakah ini cinta mereka pada ibu ayah mereka walau tidak satu DNA pun ada persamaanya.Mereka kaki empat dan berbulu,walhal ibu dan ayah manusia. Tapi cinta tak kenal batas sempadan...

Hari ini pagi pagi lagi ciksoncikli menempah teksi ke Hosp. Sultanah Bahiyah sekali lagi. Walau telah ada kereta sendiri,cikson masih ragu2 nak drive sampai Alor Setar dan cikli pula tentu teraba2 selesai dilaser nanti. So pakcik teksi dipanggil saja.

Kereta aka teksi menunggu didepan pagar rumah tepat jam 8.00.Maka bergegaslah kami hendak menaiki teksi.Dan bila cikson toleh ke belakang,semua anak bulus menerpa mengikuti kami hingga ke pintu pagar.Cikli cepat2 tutup pintu pagar sambil memberi amaran kepada mereka..

Nina,Pong,Tam ,Ning ...balik!
Nina jangan ikut...loud and clear cikson beri amaran. Namun amaran itu tak mereka hiraukan.
Tak dapat membolosi pintu pagar mereka mencari celah celah pagar yang mereka boleh lalui.

Nina meluru keluar dan bertenggek diatas tebing titi. Matanya merenung cikson yang telah berada dalam teksi.
Nina...mama pi hospital.Tgh hari mama balik.
Nampak wajah Nina yang seperti tidak dapat menerima.Bila cikli buka pintu nak masuk teksi,nampak dia macam nak masuk sama.
Ning,Pong dan Tam masih di dalam pagar. Dan sebentar kemudian sekor demi sekor sudah berada diluar .Entahlah..kenapa mereka  sepakat hendak mengikut kami . Mungkin agaknya hari ni kereta warna merah yg mereka nampak.Kalau selalu warna hitam tak pula mereka begini.

Bila kereta berlalu,kami melambai mereka. Masuk balik..cikson beri order pada mereka.Nampak setiap mata tertumpu ke arah kami sehingga kami berlalu pergi.

Balik dari hospital tgh hari tu,hanya Pong saja yang menyambut kami. Puas cari yg lain. Merajuk agaknya kerana di tinggal lagi. Dua tiga minggu ni ciklicikson asyik tak ada di rumah.

Sayang sekali,cikson tak teringat nak snap pictures of the 4 bulus pagi tadi....Atau buat video .Kalau tidak tentu jadi kenangan.