Pagi tadi sesuatu yang tidak pernah dialami menyentap hati kecil cikson.
Adakah ini cinta mereka pada ibu ayah mereka walau tidak satu DNA pun ada persamaanya.Mereka kaki empat dan berbulu,walhal ibu dan ayah manusia. Tapi cinta tak kenal batas sempadan...
Hari ini pagi pagi lagi ciksoncikli menempah teksi ke Hosp. Sultanah Bahiyah sekali lagi. Walau telah ada kereta sendiri,cikson masih ragu2 nak drive sampai Alor Setar dan cikli pula tentu teraba2 selesai dilaser nanti. So pakcik teksi dipanggil saja.
Kereta aka teksi menunggu didepan pagar rumah tepat jam 8.00.Maka bergegaslah kami hendak menaiki teksi.Dan bila cikson toleh ke belakang,semua anak bulus menerpa mengikuti kami hingga ke pintu pagar.Cikli cepat2 tutup pintu pagar sambil memberi amaran kepada mereka..
Nina,Pong,Tam ,Ning ...balik!
Nina jangan ikut...loud and clear cikson beri amaran. Namun amaran itu tak mereka hiraukan.
Tak dapat membolosi pintu pagar mereka mencari celah celah pagar yang mereka boleh lalui.
Nina meluru keluar dan bertenggek diatas tebing titi. Matanya merenung cikson yang telah berada dalam teksi.
Nina...mama pi hospital.Tgh hari mama balik.
Nampak wajah Nina yang seperti tidak dapat menerima.Bila cikli buka pintu nak masuk teksi,nampak dia macam nak masuk sama.
Ning,Pong dan Tam masih di dalam pagar. Dan sebentar kemudian sekor demi sekor sudah berada diluar .Entahlah..kenapa mereka sepakat hendak mengikut kami . Mungkin agaknya hari ni kereta warna merah yg mereka nampak.Kalau selalu warna hitam tak pula mereka begini.
Bila kereta berlalu,kami melambai mereka. Masuk balik..cikson beri order pada mereka.Nampak setiap mata tertumpu ke arah kami sehingga kami berlalu pergi.
Balik dari hospital tgh hari tu,hanya Pong saja yang menyambut kami. Puas cari yg lain. Merajuk agaknya kerana di tinggal lagi. Dua tiga minggu ni ciklicikson asyik tak ada di rumah.
Sayang sekali,cikson tak teringat nak snap pictures of the 4 bulus pagi tadi....Atau buat video .Kalau tidak tentu jadi kenangan.
No comments:
Post a Comment