Saturday, July 4, 2015

Rutin yang tersadung

Dah dua hari berturut2 hujan turun dgn lebatnya.
Semalam tapak pasar ramadan berdekatan mini Putrajaya kucar kacir ditiup angin.Kesian mereka yang berniaga disitu.Tentu tak balik modal untuk hari itu.

Semalam cikson buat ketetapan nak bercuti dari memasak.
Kita beli nasi minyak dengan lauk pauk sekali.Penatlah dok jahit sepanjang hari.
Cikli setuju. Tapi hujan yang turun buat rancangan terbantut di situ.
So... keputusan dibuat utk berbuka di luar.
Tapi cikson sedikit gusar.Mata cikli bila malam ber pinar2.
Bolehkah bawa kereta makan kat luar.

Bila tak ada option,kami terpaksa juga keluar.
Jam 6.30 ciklicikson beredar.
Menuju restoran yang jual tom yam tak jauh dari bandar

Ikan siakap tiga rasa
Sotong pedas,kerabu perut,telor dadar dipesan utk berbuka puasa.
Makanlah kami dalam dingin malam bila sampai masa berbuka
Rasanya.....mana nak sama masak kat rumah.
Masin,manis,asam ikut selera tukang masak...Harga pula 4 keping not merah.Amboi...kapak.


jahit lagi..

perubahan warna pengikat



Menjahit sarung kerusi easy breezy dah masuk peringkat ke 3.
Mengenakan tali pengikat kerusi saja.
Tapi renyah nya ...adoi..mengambil masa
Jadi hari ini yg selesai terkontang kontang sebiji saja.


Harini hujun turun sejak pagi.Lebat pula tu..
Hei...mana nak sidai baju baju yg dibasuh sejak tadi.
Akhirnya jadilah rumah macam ini...


jgn marah ya  tuan rumah RBL


Kisah sarung kerusi lagi....
Harap2 tu besok boleh settle semuanya.
Tulisan Destiny Foam tu buat sakit mata
Masa beli kain tak perasaan pun adanya dia
Apalah maana dia agaknya..
Destiny Foan apa kebende.

Friday, July 3, 2015

DIY...jahit sarung kerusi easy breezy 2

Hari ni hari limabelas kita dibulan Ramadhan.
Selamat berpuasa semua yg dikasihi dan disayangi
Semoga kita sama sama beroleh keberkatan.

Dah lama nak mula kerja menjahit sarung kerusi dek yg dahulu rosak dan koyah rabak penangan si Pong.
Jadi pagi tadi lepas sahur cikson mulakan dgn mengeluarkan mesin jahit yg dah lama membisu.Try sekali.OK...
Keluarkan kain ,gunting dan jahit sepasang.
Cara caranya sama macam Tutorial dahulu.


Dan selepas beberapa jam antara jadi kerani cikli dan tukang basuh pinggan sahur,siaplah sepasang sarung kerusi yang pertama.
Inilah rupanya......perlu pembaikan dalam pembikinan yg seterusnya.

operasi menyemak rumah bermula

tempat duduk kita jahit dulu

tempat duduk...dari depan

di sarung tempat bersandar

attempt pertama...besar gedebeh

selepas dibetulkan

di kenakan pengikat....perlu 4.5 in lebar riben setelah berjahit .Yg ini kecil sedikit.

mencuba riben....

hasil prototype.

masih perlu dibetulkan
tapi mata dah nak pejam
ptg nanti kita sambungkan

Lauk pauk  cari PARAM
Tuan rumah RBL...berkenan dak?
Nak apa2 perubahan tolong Wassapp cepat!

Thursday, July 2, 2015

DIY....bila nak mula?


Bila nak mula
Bila nak mula
Projek menjahit
Untuk hari raya

Tengok mesin masih terbungkang
Tengok kain belum dibentang
mesin jahit masih menjadi kaunter dispensari
Nak ubat mari kemari


Bila nak mula
Bila nak mula

Mata mengantuk
Badan tersengguk
Bila nak raya baru kelam kabut..

di luar ayam pun bersarang
Bila nak cuci segala longkang
Bila nak tebas rumput yg panjang

Hai..entahlah cikson

Wednesday, July 1, 2015

Bila dia membisu...hari pun jadi haru

Semalam cikson membilang waktu.
Pertama terjaga at 2.00
Kali kedua pukul 3.00 .Mata dipejam balik.Masih awal.
Ambik kau !
The next time I opened my eyes was at 5.31!!
Kenapa iphone tak berbunyi...
Laaa makcik lupa kunci...eh onkan dia.

Tergesa gesa cikson kejutkan cikli
Ada 2 minit lagi
Tak sempat dah nak gosok gigi
Nasi sejuk,kuah asam pedas cikson pekena
Lepas tu sebiji korma dengan air sejuk 2 ,3 mug yg sederhana.

Nak jadi drama...bila cikson panic
Tertekan pula suis lampu yg rosak
Terus rumah gelap gulita
Awat tak teraba raba

Haha...begitulah drama sahur kami dihari yg ke 14.
Cikson boleh tahan kalau tak makan
Yg risau cikli sbb dia cucuk insulin
Mau dia jatuh tersepuk atau terguling
Semua rutin jadi tertungging.

Adoi....bila tua tua
Ada saja sakit nak menenggek dibadan
Lagi sakit bila jam gerak pun tak ditekan
Pada sign ...on... utk dia berfungsi.. yakni berjalan.

Itulah
Bila dia membisu, sahur pun jadi haru biru
Semoga pagi pagi yang mendatang tak jadi dah begitu..
Tapi kan ...Pong sangat cemas bila mendengar bunyi nya dipagi pagi hari
Macam tak cukup tanah dia nak lari
Kesian dia...