Friday, July 3, 2015

DIY...jahit sarung kerusi easy breezy 2

Hari ni hari limabelas kita dibulan Ramadhan.
Selamat berpuasa semua yg dikasihi dan disayangi
Semoga kita sama sama beroleh keberkatan.

Dah lama nak mula kerja menjahit sarung kerusi dek yg dahulu rosak dan koyah rabak penangan si Pong.
Jadi pagi tadi lepas sahur cikson mulakan dgn mengeluarkan mesin jahit yg dah lama membisu.Try sekali.OK...
Keluarkan kain ,gunting dan jahit sepasang.
Cara caranya sama macam Tutorial dahulu.


Dan selepas beberapa jam antara jadi kerani cikli dan tukang basuh pinggan sahur,siaplah sepasang sarung kerusi yang pertama.
Inilah rupanya......perlu pembaikan dalam pembikinan yg seterusnya.

operasi menyemak rumah bermula

tempat duduk kita jahit dulu

tempat duduk...dari depan

di sarung tempat bersandar

attempt pertama...besar gedebeh

selepas dibetulkan

di kenakan pengikat....perlu 4.5 in lebar riben setelah berjahit .Yg ini kecil sedikit.

mencuba riben....

hasil prototype.

masih perlu dibetulkan
tapi mata dah nak pejam
ptg nanti kita sambungkan

Lauk pauk  cari PARAM
Tuan rumah RBL...berkenan dak?
Nak apa2 perubahan tolong Wassapp cepat!

Thursday, July 2, 2015

DIY....bila nak mula?


Bila nak mula
Bila nak mula
Projek menjahit
Untuk hari raya

Tengok mesin masih terbungkang
Tengok kain belum dibentang
mesin jahit masih menjadi kaunter dispensari
Nak ubat mari kemari


Bila nak mula
Bila nak mula

Mata mengantuk
Badan tersengguk
Bila nak raya baru kelam kabut..

di luar ayam pun bersarang
Bila nak cuci segala longkang
Bila nak tebas rumput yg panjang

Hai..entahlah cikson

Wednesday, July 1, 2015

Bila dia membisu...hari pun jadi haru

Semalam cikson membilang waktu.
Pertama terjaga at 2.00
Kali kedua pukul 3.00 .Mata dipejam balik.Masih awal.
Ambik kau !
The next time I opened my eyes was at 5.31!!
Kenapa iphone tak berbunyi...
Laaa makcik lupa kunci...eh onkan dia.

Tergesa gesa cikson kejutkan cikli
Ada 2 minit lagi
Tak sempat dah nak gosok gigi
Nasi sejuk,kuah asam pedas cikson pekena
Lepas tu sebiji korma dengan air sejuk 2 ,3 mug yg sederhana.

Nak jadi drama...bila cikson panic
Tertekan pula suis lampu yg rosak
Terus rumah gelap gulita
Awat tak teraba raba

Haha...begitulah drama sahur kami dihari yg ke 14.
Cikson boleh tahan kalau tak makan
Yg risau cikli sbb dia cucuk insulin
Mau dia jatuh tersepuk atau terguling
Semua rutin jadi tertungging.

Adoi....bila tua tua
Ada saja sakit nak menenggek dibadan
Lagi sakit bila jam gerak pun tak ditekan
Pada sign ...on... utk dia berfungsi.. yakni berjalan.

Itulah
Bila dia membisu, sahur pun jadi haru biru
Semoga pagi pagi yang mendatang tak jadi dah begitu..
Tapi kan ...Pong sangat cemas bila mendengar bunyi nya dipagi pagi hari
Macam tak cukup tanah dia nak lari
Kesian dia...

WW...kau yg berpengaruh

bila kau turun
riang wajah tersenyum
bila kau naik
semua jadi panik

Kau punya pengaruh
Boleh buat semua runtuh

Awat aaaaa....hang dok naik tak turun turun
Buat kami rakyat miskin jadi gerun
Lainlah mereka harta bertimbun