Thursday, May 21, 2015

DIY....jom masak bihun sup ilham Azie Kitchen....updated

Minggu lepas cikson masak ikut resepi dari blog Azie Kitchen
Bihun sup yang pada tekak cikson sedaaaap.Bahan2 nya selalu ada dikitchen kita dan kalau nak beli pun taklah mahal ke debooom.Masaknya pun senang.Tau tau SIAP!

Bahan2...ikut cikson

Kuahnya:


kuah bihun sup berbelacannnn.

A :setengah ekor ayam dipotong kecil kecil.Basuh dan tos.

B: 2 labu bawang besar kuning diracik 4 segi halus.
     1 sudu besar jintan manis biji
     I sudu besar serbuk lada hitam.....guna tablespoon.

     belacan sebesar ibu jari}
     segelas air asam jawa  ( nak lebih masam pun boleh)}  sebatikan
air belacan

air asam jawa sebelum ditapis
C: 5 ulas bawang putih}
     halia satu inci}                 tumbuk hancur

tumbuk lumat

D: Air


Caranya:
Tumis bahan C sampai naik wangi.
Masuk bahan B .Masak hingga layu dan naik bau.
Masukkan ayam. Masak api sederhana hingga air ayam keluar.
Masukkan campuran air asam jawa dan belacan.
Masukkan D..ie air sebanyak 2 blender.

*Season  dgn 2 ketul kiub ayam Knorr kalau mahu.
Masak hingga didih.Rasa garam.asamnya.SIAP!


Cili Kicap.
4 ulas bawang putih}
segenggam cili padi }   sangai tanpa minyak kemudian tumbuk

sangai atas api



cili merah,cili hujau diracik
air limau kasturi
kicap pekat manis
cuka
garam,
gula.

cili kicap


Campur semua bahan.Rasa asam,garam...SIAP!
bihun faiza

Jangan lupa bihun di celor hingga lembut
Sayur sawi dicelur.
Daun bawang diracik utk tabur
Bawang goreng.

Nak makan.....masukkan bihun,sayur dalam mangkuk,Siram kuah.Tabur daun bawang dan bawang goreng.ENAK. I tell you. Sedikit macam bihun sup siam...

Thank you Azie...
Dan kalau nak ikut Azie punya resepi yg asli ....sila ke sini.

 http://aziejaya.blogspot.com/2014/02/mee-sup-istimewa-yang-sangat-sedap.html

bihun sup kuah azie

sedaaap
*Update....
Semalam cikson makan dgn mee pula....
Kuah yg berbaki di deep freeze ...SEDAAP lagi...
Kuahnya terasa seakan bihun sup Siam.Bila terkunyah jintan manis...rasa keunikan nya.Nak pedas tambah cili kicap...cili api potong.Makmentua lalu belakang gerenti tak perasan...

Wednesday, May 20, 2015

WW...ilham dari langit


Semalam ,pulang dari airport cikson sibuk melihat.Panorama awan awan yang membentuk tinggi dilangit..Dari celah celah bangunan,ku lihat satu gumpalan awan....menarik perhatian...



dicelah rumah


di sebalik pokok

di hujung sawah menghijau



seakan haiwan

ia membentuk. 

 Jalan Alor Setar Kangar selalu saja aku terakam bentuk bentuk awan unik .Seperti ini:



gambar terakam di Spg Empat  satu ketika

Tuesday, May 19, 2015

Alahai Tampong....bermanja pada yang sudi

Hari ni nina nak cerita tentang anak manja nina nan se ekor.
Siapa lagi....si Pong yang dah jadi anak dara sunti tu.

Budak bertuah ni dah dua kali kemalangan
Dua kali terlanggar kereta cikli.
Loghat betul.Mujurlah dia tak apa apa.Kaki dia pulih sepenuhnya.Kalau tidak tentu cikson dah beri
nama lain dekat dia.Hari tu cikson panggil dia Pong the Pang...Tampung yang Tempang.Sampai hati.

Tampong sekor ni ada kegemaran nya sendiri.Reban ayam Wan Saad memang tempat kegemaran dia.Nasi ayam pun dia makan sama.Bila cikson cari dia,berlari lari dia keluar dari pagar kebun tokwan.Susup sasap dia celah celah jaring besi.
Tiap tiap pagi riuh RBL dgn suara cikson memanggil
Pong,Pong Pong...where are you.
Yang nak tergelak ada sesekor burung apa tah pun nyaring berbunyi
Ho ho ho....hoho.
Dan ayam berketuk...tok tok tok toktok.

Satu lagi... bila cikson menaip di meja,si Pong bukan main lagi suka ganggu.
Mula mula dia menggesel kaki cikson.Lepas tu dia hempaskan badan dia dilantai pula.
Bila cikson buat tak tahu,dia panjat peha.
Lepas tu atas meja dia pula.
Baringkan badan dia supaya cikson boleh belai dia.
Yang cikson pula boleh layan dia.

marah ni.....


mamason asyik dok mengadap benda ni...ketuk ketak pagi pagi


cubalah beri perhatian pada kami


Pong dah makan? Cikson tanya .
Sambil pejam mata ,Pong pun berkata
Hek. ek ek dengan  manja serta mengada
Eeeeow.

biaq kami pula buat kerja kat sini


Mengada ya ... TURUN! cikson shouted.
You know what she did next?


Atas komputer dia menempek!
Hasilnya ....nukilan cikson terdelete dan dia menaip ini instead!



awat jadi laguuu niii!


ampunkan kami mamason....

 Sekianlah dulu cerita ttg kami.Anak2 Bulus ciksoncikli.Lain kali jumpa lagi.
Bye.

Ninasandaq








Monday, May 18, 2015

Bila rumah kembali sunyi..mesin jahit pun kembali menyanyi..

As early as 5 am I was already awake. Bathed.Prayed.Dressed .
And by 6 the three stooges of RBL were out of the house.Kepala Batas bound.

Awat sunyi hari ni.Tak dak kereta kat jalan.
Oh ! Perlis is having a public holiday.Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis.
So the deserted roads.

After the many traffic lights stops ,by and by we reached the airport.A line has already meandered at the check in counter of MAS.While its easy going for AA and Firefly.

Bade goodbye ti ciklin at 8.15 and left the airport for home.Stopping for breakfast of roti arab and sardine at a food court.
Waduh...banyaknya cik lat. I observed with reservations.

So end of story of the children trailing back home and forth.And also the end of the odyssey of cooking their fav food. Wal asal balik asal...Masak...bungkus.Masak bungkus.

Along the way...
Jom singgah kedai satu Malaysia.Nak cari kain murah murah.
Nak tukar chair cover yg koyak rabak.

Thus instead of going home,ciklicikson drove on to Behor Pulai.
And searching for the material to make the cover was a futile effort.Instead cikson bought 7 metres of materials and intended to turn it into something fit for the bed.

Now the material in question is being washed in the wm.A lesson cikson learnt the hard way when the first set of chair cover was made by omitting the washing process.
Awat tak ambek.....sekali basuh saja kain dah mengecut...

Hm... masih dok bercongak congak..
Nak buat cadar atau sarung kerusi.
Aleh aleh...akhirnya.APTJ
Apa pun tak jadi...hehe.

Besok bolehlah mesin jahit tu kembali menyanyi...samada jadi cadar atau sarung kerusi we have yet to see.
Bye.

Tgh hari dah makan in advance at Anjung Keli.Ingat kami saja yang awal.Ada lagi lebih awal...

Happy holiday Perlisians..Unique tgk basikal2 kat roundabout Sena siap dgn pokok bunga.
Nanti cikson update dgn gambar....