Thursday, May 21, 2015

DIY....jom masak bihun sup ilham Azie Kitchen....updated

Minggu lepas cikson masak ikut resepi dari blog Azie Kitchen
Bihun sup yang pada tekak cikson sedaaaap.Bahan2 nya selalu ada dikitchen kita dan kalau nak beli pun taklah mahal ke debooom.Masaknya pun senang.Tau tau SIAP!

Bahan2...ikut cikson

Kuahnya:


kuah bihun sup berbelacannnn.

A :setengah ekor ayam dipotong kecil kecil.Basuh dan tos.

B: 2 labu bawang besar kuning diracik 4 segi halus.
     1 sudu besar jintan manis biji
     I sudu besar serbuk lada hitam.....guna tablespoon.

     belacan sebesar ibu jari}
     segelas air asam jawa  ( nak lebih masam pun boleh)}  sebatikan
air belacan

air asam jawa sebelum ditapis
C: 5 ulas bawang putih}
     halia satu inci}                 tumbuk hancur

tumbuk lumat

D: Air


Caranya:
Tumis bahan C sampai naik wangi.
Masuk bahan B .Masak hingga layu dan naik bau.
Masukkan ayam. Masak api sederhana hingga air ayam keluar.
Masukkan campuran air asam jawa dan belacan.
Masukkan D..ie air sebanyak 2 blender.

*Season  dgn 2 ketul kiub ayam Knorr kalau mahu.
Masak hingga didih.Rasa garam.asamnya.SIAP!


Cili Kicap.
4 ulas bawang putih}
segenggam cili padi }   sangai tanpa minyak kemudian tumbuk

sangai atas api



cili merah,cili hujau diracik
air limau kasturi
kicap pekat manis
cuka
garam,
gula.

cili kicap


Campur semua bahan.Rasa asam,garam...SIAP!
bihun faiza

Jangan lupa bihun di celor hingga lembut
Sayur sawi dicelur.
Daun bawang diracik utk tabur
Bawang goreng.

Nak makan.....masukkan bihun,sayur dalam mangkuk,Siram kuah.Tabur daun bawang dan bawang goreng.ENAK. I tell you. Sedikit macam bihun sup siam...

Thank you Azie...
Dan kalau nak ikut Azie punya resepi yg asli ....sila ke sini.

 http://aziejaya.blogspot.com/2014/02/mee-sup-istimewa-yang-sangat-sedap.html

bihun sup kuah azie

sedaaap
*Update....
Semalam cikson makan dgn mee pula....
Kuah yg berbaki di deep freeze ...SEDAAP lagi...
Kuahnya terasa seakan bihun sup Siam.Bila terkunyah jintan manis...rasa keunikan nya.Nak pedas tambah cili kicap...cili api potong.Makmentua lalu belakang gerenti tak perasan...

4 comments:

  1. Cikgu son..
    Baru nak minta
    Rejeki akak pagi ni laaaa maknanya...
    Terima kaseh cikgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama akak too.
      Ilmu kalau dishare dapat pahala...kena TQ kat Azie Kitchen juga .Masakan dia sedap sedap.Nak cuba yg lain pula.

      Delete
  2. Tengah dok hujan ni cikgu.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan masa hujan,boleh jalan berpingan pinggan...mentua lalu pun tak perasan..

      Delete