Hmm...throwback kpd hidangan hidangan yg dijamu buat anak anak ibu.Masak sendiri you.
.....Mee kuah JPL.
Kali pertama dimasak stoknya bila cikaten balik .Ngidam katanya nak makan.So sekali harung cikson masak kuah biar berlebih.Simpan deep freeze.Dan bila anak anak lain balik,kerja menjamu jadi lebih senang dan cepat.Jadi dapatlah semua menjamu mee kuah yg selalunya hanya tersaji dipagi raya ke 2 atau ke tiga Aidilftri.
Menjengah blog blog cooking matsaleh..cikson tengok ada yg buat sebulan punya masakan yg di deep freezekan...sebulan .
Beri idea nak buat kuah gulai lebih dan deep freeze .Bila nak makan ,just masukkan ikan dan bendi/terung saja.
....Bihun goreng kakchon
Tiba2 sianak bersuara..nak makan bihun cara mama..This anak akan compare dan tau kalau mama buat cara lain.
The secret is ...telor dipukul hingga kembang.Selepas cili campuran wangi dan masak,dimasukkan telor dan dkacau sampai sebati.Baru masukkan bihun.So bila makan rasalah lemak telor tu melekat di bihun.Secret ni cikson belajar dari pembantu rumah cikson dulu dulu..
...Bubur pulut hitam.
Ini kesukaan anak sulung cikson.Simple mimple saja caranya.
Pulut hitam masak hingga jadi bubur.Season dgn gula dan garam.Simpan dalam fridge.Biar sejuk tapi jgn beku.
Nak makan sira dgn gula kabung dan susu cair Carnation.Makan masa hari dan badan panas.Prrrgh.
...Cucur Milo.
Mama nak reguest cucuq milo.Dua anak ask for that.
So bersilatlah cikson memasak cucuq milo utk pemintanya.Rangup diluar,lembut didalam.
..Gulai ikan/Asam pedas
Sorang suka asam pedas.Tertunai hajat bila cikson masak.Gulai ikan pula cikli suka,
Itulah secebis masakan air tangan mama.Lihat mereka makan dgn selera buat hati mama jadi suka.
Satu hari..
Jom makan Kuala
Jom makan pulut ayam Padang
nasi paprik utk mama |
pulut ayam utk anak dan abah |
air kelapa muda utk semua |
Nanti hari Khamis cikson share resepinya...
bihun sup dari resepi Azie |
sedap... boleh buat lagi. |
Hampa baliklah kerap kerap...kata abah kpd anaknya
Bukan apa...aku pun boleh tumpang makan sedap sedap...hehe.