Saturday, February 28, 2015

Bulan baru,template baru

Besok bulan baru.Dah masuk bulan Mac.Oh no.
Cepatnya masa berlalu.
Nothing significant.
Tapi kan dah lama tak godek godek blogger.Dan entah apa2,tiba tiba timbul rasa nak mencuba.
Ambik kau!
Tak sempat sempat lagi belum apa 2 pi tekan apply to blog to buat apa.Sepatutnya back up dulu.

Haha....terimalah Thru Ups n Downs bermake-up baru.

Bye.
Salam.
Mubarak ko...sambil tengok kajol dgn aji devgan.Teringat kajol kat KL..

Update....ni yg ke tiga tukar template hari ni.Asal ada hijau makcik suka.
Welcome March...

the do......tetamu yang sudi bertamu

Mesti ada yang dah termuak baca sajian cikson tentang kenduri tahun sudah itu hari.Tak habis lagi ke?
Oh well...last piece sehingga I change my mind.Hope not.
Whatever la makcikson oooi...

Belek belek gambar kahwin ,baru cikson realise ada tetamu yg cikson ingat tak hadir rupanya hadir.Xie xie ni,
Masa cikson dan suami menunggu didepan dewan ,dapatlah kami sambut sendiri tetamu yang hadir. Berjumpa dan bertegur sapa.It was one of the happiest day of my life.Jumpa kawan kawan lama dan saudara mara.
Seronok tengok kakak2 ,abang dan sanak saudara yang sama sama membantu menjayakan majlis itu...Ke tepi ke tengah mereka membantu.
It was the first majlis in ciklicikson's family.Tentu banyak salah dan silap dlm merai tetamu...maaf  dipinta ya.From the bottom of my heart.


haha...ini lah antara saudara mara & tetamu yg sudi bersama kami...
Antara gambar gambar yang Amini Wedding Photographer beri..bukan cikson tangkap sendiri.

at 12.oo tetamu mula datang

makanan disaji

penyambut tetamu yg berseri seri

makan dan minum jgn malu

keluarga ciklicikson adanya

pengantin masuk dewan,flower girls cucu menakan

kawan kawan jauh dekat dtg meraikan

sanak saudara belah tokton

juga belah tokma toksaad 

belah pengantin lelaki

pasangan bollywood nampak happy.Dah dapat pindah ye...

keluarga Prof Hamzah dan Dr.Habibah....pandai mereka atur tinggi rendah.

keluarga Pakteh makteh dari Kedah...orgnya ramah tamah.

sepupu 2 ....juga abang dan kakak....


Diakhir kata....bye itu saja.
Bln 10 nanti ada cerita...haha.







Friday, February 27, 2015

These days..

I was rudely awakened by the loudest bang ever...Gedebuuuum,,pang pong pang pong.Tersentak bangun dari tidur.And until 2 all the booms and the bangs could be heard clearly even though the sources might be a km away.
Tentu lebih teruk di KL sana.Masa anak bermastautin di Seri Kembangan dan Kepong ...hewww..keadaan seakan medan perang .Bukan orang saja yang terkejut ,anak anak bulus pun sama.Menyelinap bawah meja dan kerusi setiap kali mercun berbunyi.

meriah ke disini

di sini tentu semalam orang tak lena 

Malam sebelumnya around 4 aku tiba tiba terjaga.Macam tersentap lagaknya.Bila mataku buka, gelap gulita.Panas pula membahang rasa.
Wei...lampu tak dak.Karan tak dak..
takuuuuut
Dan aku perlu ke bilik air.Apalagi teraba rabalah aku dalam kepekatan malam.Lampu jalan pun tiada.The blackness of the night was stifling.Dont know when I managed to close my eyes.



Membaca dan mendengar cerita suka saudara mara,kawan rakan bereksplorasi hingga ke benua China buat aku rasa sayu pun ada.
Hai entah bilalah boleh enjoy sini sana.
Keadaan kesihatan cikli these days buat aku melupakan angan angan nak berjalan .Kalau tak penting,aku tak akan pergi.
Tadi cikli keluar pekan dan sejam dua lepas itu dia pulang.Letih lesu nampak dia berjalan.
Di tangan dia tak ada gantungan plastik seperti selalu.Hari ni cikson dah bekalkan duit utk beli makan tgh hari sbb dalam petiais bahan masakan belum dibeli.

Tak apalah...nanti sihat I keluarlah beli.

Cikson ke dapur.Telor 3 biji di goreng serentak.Masak ,angkat dan taruh dalam pinggan.Bawang putih dan merah diracik bersama cili digoreng hingga wangi.Masuk sos tiram,garam dan air asam.Dah pekat curah atas telor goreng.Siap satu menu.
Sayur sawi,udang,carrot disayurkan...
Tumbuk sambal belacan cili api.Makan sekali tambah lagi.

It reminded me of those days ,growing up in JPL.Tt bela ayam dan telornya jadi main dish,sayur dipetik dari pagar ,letak betik dah jadi hidangan sehari.Besar panjang pun anak anak tt.
Orang utara secara biasa kena ada empat lauk baru sempurna katanya
Ada gulai
Ada sayur
Ada ikan goreng
Ada sambal belacan....

tu menu kira simple sangat dah.Kalau jamu tetamu, tentu ada yang juih lidah
gulai ayam mama
Mana kerabu,mana daging,mana ayam...ni belum penuh meja !



RM 100 hanya bertahan berapa hari beli barang basah.Susah .susah.
Today I gave 100 to a person in need and lo ho behold my phone message read:
.....has transferred rm 100 to your account.
Terimakasih anak.Tak sangka dapat duit hari ni.Syukur.

And when the other day cikten and hubby bought things ,I saw the picture of myself doing the same thing for tt...years back.

These days...panas,sakit,demam jalan sehaluan.Jagalah kesihatan.





Jumaat harini.

Add caption
Sebelum merumus.....,cari fakta
Usah terjun telaga buta
Sebelum menghakimi,.....fahami kenapa
Usah jadi hakim bisu ,buta dan alpa
Sebelum menyakiti.....rasa
Sakitnya kalau orang buat kat kita
Sebelum bercakap....fikir
Jangan terus keluar apa nak kata

Semoga kita tidak menjadi insan yang menyakiti,memusuhi,mencemburui sesama sendiri.Terutama kaum keluarga sendiri.Yang tua dihormati,yang kecil disayangi,yang susah ditolongi.

mama