Tentu lebih teruk di KL sana.Masa anak bermastautin di Seri Kembangan dan Kepong ...hewww..keadaan seakan medan perang .Bukan orang saja yang terkejut ,anak anak bulus pun sama.Menyelinap bawah meja dan kerusi setiap kali mercun berbunyi.
meriah ke disini |
di sini tentu semalam orang tak lena |
Wei...lampu tak dak.Karan tak dak..
takuuuuut |
Membaca dan mendengar cerita suka saudara mara,kawan rakan bereksplorasi hingga ke benua China buat aku rasa sayu pun ada.
Hai entah bilalah boleh enjoy sini sana.
Keadaan kesihatan cikli these days buat aku melupakan angan angan nak berjalan .Kalau tak penting,aku tak akan pergi.
Tadi cikli keluar pekan dan sejam dua lepas itu dia pulang.Letih lesu nampak dia berjalan.
Di tangan dia tak ada gantungan plastik seperti selalu.Hari ni cikson dah bekalkan duit utk beli makan tgh hari sbb dalam petiais bahan masakan belum dibeli.
Tak apalah...nanti sihat I keluarlah beli.
Cikson ke dapur.Telor 3 biji di goreng serentak.Masak ,angkat dan taruh dalam pinggan.Bawang putih dan merah diracik bersama cili digoreng hingga wangi.Masuk sos tiram,garam dan air asam.Dah pekat curah atas telor goreng.Siap satu menu.
Sayur sawi,udang,carrot disayurkan...
Tumbuk sambal belacan cili api.Makan sekali tambah lagi.
It reminded me of those days ,growing up in JPL.Tt bela ayam dan telornya jadi main dish,sayur dipetik dari pagar ,letak betik dah jadi hidangan sehari.Besar panjang pun anak anak tt.
Orang utara secara biasa kena ada empat lauk baru sempurna katanya
Ada gulai
Ada sayur
Ada ikan goreng
Ada sambal belacan....
tu menu kira simple sangat dah.Kalau jamu tetamu, tentu ada yang juih lidah
gulai ayam mama |
RM 100 hanya bertahan berapa hari beli barang basah.Susah .susah.
Today I gave 100 to a person in need and lo ho behold my phone message read:
.....has transferred rm 100 to your account.
Terimakasih anak.Tak sangka dapat duit hari ni.Syukur.
And when the other day cikten and hubby bought things ,I saw the picture of myself doing the same thing for tt...years back.
These days...panas,sakit,demam jalan sehaluan.Jagalah kesihatan.
Mungkin kerana cuaca, badan turut rasa tak selesa...
ReplyDeleteTapi mungkin juga kerana faktor usia, kita jadi lekas tidak bermaya...
kakcik,
Deletebila bertambah usia,gigih benar sakit dtg menyapa
semoga kita diberi kesihatan yg baik utk meneruskan tugas kita
kata org tugas ibu2 tiada sempadan masa
selagi tak dipanggil mengadap yang maha esa.