Sunday, December 21, 2014

Gulai tulang ikan kurau seperiuk.Goreng buncis sebelanga.Jom pekena.

Hari minggu.Sunyi sepi kampus ini.
Dua beranak yang tertinggal disini.....dok terpikir dari pagi.Apa ya nak makan tghhari.

So just before 12.00,cikson settlekan apa yang nak dimasak.
Tulang ikan kurau dan nenas siap jadi gulai.
Udang 6 ekor digoreng kunyit bersama buncis.

Maa....nak masak ikan steam la....cikli bersuara.So ke Gambang dia berbelanja.Bawa balik udang dan ikan yang makcikson tak tahu apa dia.

Ketung kentang bunyi kuali dan belanga bila ciklin ambil tugas didapur pula.
Sat lagi siap boleh makan tgh hari sama sama.
Eh jangan lupa sambal belacan pelancar selera....

Cikli di Perlis apalah dia makan ya...
Juga abang dan kakak di ibukota
Faten tentulah makan masakan mak mertua...

Happy lunching.....semua.

lagi tak cecah hujung...

Lagi tak cecah hujung,jangan terlalu yakin dengan penamatnya.Yang menang sorak mungkin tengok saja bila orang mengarak piala.Yang jatuh terlentang,mungkin bangun,mengaum.Lawan habis habisan dan menang jadi pertaruhan.

Semalam habis anak tekak dua beranak menyorak kemenganan Malaysia.Mula mula la.Tapi penyudahnya kecewa.

Well...this made me reflect on what transpired during dotter's wedding.Semua siap diatur.Mekap artist dah lama selesai memekapkan pengantin.Susun atur kerusi meja sedap mata memandang.Makanan nampak enak telah dihidang.Dan rombongan pihak lelaki datang pada masa ditetapkan.

Tok kadi kat mana? Kadi kat mana.Semua orang tertanya tanya.
On the way katanya 5 minit berlalu.
10 minit tok kadi belum juga nampak muka.Hilang dimana? Perlis mana ada jam jam segala.Rumah dia pun hanya sedepa dari rumah kita..
Talipon tak diangkat.....kedua pihak resah bagai dikata.
Setengah jam.Sejam berlalu.
Setiap yang ada resah menunggu.Dua dua pihak dan lebih lebih aku.

Ada yang mencari ustaz dekat rumah,dekat masjid.Tapi ustaz tak ada.
Hampir senja baru tok kadi tunjuk muka.
Selamba aja.Tanpa maaf majlis akad nikah diadakan tergesa gesa.Cut short acara .Buat yang mana penting saja.
Saya tersilap sampai Bohor Cicak.
Well tak payah lah nak cekadak.Borang nikah kan bersama tok.Alamat kan ada.Nombor talipon kan ada utk bertanya..

Ustaz ni memang dah sejak azali ,suka buat pengantin yang nak kahwin begini.Cerita seorang kenalan.Dia terkena .Tunggu dari Senja sampai lepas Isya.

Well....ustaz belum kena buatlah selagi suka.Datang majlis tak ikut masa.Katalah satu hari rombongan pengantin merajuk.Cabut lari kerana menunggu mereka tak sanggup.How ?

Kak...berkoyan cik baca doa. Minta Tuhan jauhkan bala...
Itulah...lagi tak cecah hujung..Jawab ku.Dan ingatan 6 tahun lampau datang mengunjung.....

Pada ustaz H aku berseru....lain kali janganlah amalkan sifat begitu..Ustaz bukan rock star.Rasanya rock star pun tahu jaga masa.


Saturday, December 20, 2014

Humphrey...

Tirai ku tarik.Tangkas dia menerpa ke depan.Menyelinap dicelah celah kain.Persis seorang komando mengendap musuh,siekor gebu badan bulat mata sayu berbaring disitu.Matanya tajam memerhati keluar beranda.
Hai...ngendap sapa ya?Aku menyapa cuba cuba ambil hati.
Secepat kilat dia angkat kaki.Masuk bilik bawah katil dia sembunyi.

Itulah si Humphrey.Adik angkat kesayangan kaklin sejak azali.
Tapi sombong bukan main......or itukah dinamakan malu malu kucing.

Dahulu dia ramah tamah.Tapi sekarang dia lebih suka dibiar sendiri.
Berkurung bawah katil setiap hari.Hanya bila ada tuannya baru nampak batang hidungnya.

Semalam aku tengok dia termengah mengah kejar rama rama yang salah masuk rumah.

Humphrey,humphrey
Macamana nak berlari.Badan tu berat dekat seguni.....

Nak tengok Humphrey? Sorry berlorry.Tenet mcm siput barbie.....
Bye...

Oh well...found one .Sipi2 serupa Phrey...nidia..

macam dia tapi bukan dia

Friday, December 19, 2014

Life's not a bed of roses my dear.

Terbaca cerita tok arab memperhambakan kanak2 seawal usia 3 aku terkedu.Masih ada di milinium ini anak anak kecil dijual,dicolek utk kepuasan dan kerakusan mereka yg berada.A pictures speaks a thousand words.Tak tergamak aku nak tonton sampai habis....Well...if you want to know more boleh google saja .Cluenya..jockey unta UAE.

Teringat aku masa mereka seusia anak anak yang dijadikan hamba itu,seekor nyamuk pun tidak ku benar singgah dibadan mereka.Seekor kutu pun akan ku buru sampai lumat ku tinas satu satu.Seekor cacing pun ku cari walau ditempat paling hancing.Walau pun ada kala aku garang macam singa bunting.

Mereka boleh berlaku tidak adil padaku again and again.Tapi bila terkena anak anak,singa dalam diriku akan keluar taring.Tapi taklah aku menyerang secara enteng......

Bila membesar dan dewasa mereka lepas dan bebas menentu hidup mereka.Tapi singa tua masih mengawasi mereka.Aku mengaum juga kalau mereka ada yang tak kena.

One out three more to go....

Doaku tak pernah padam
Semoga pintaku diperkenan Tuhan
Mendapat jodoh mereka yang sepadan,beriman
Dirahmati Allah Tuhan sekelian alam.

Life as it is aint beds of roses.Dan bagi anak anak yang diculik dari Pakistan,Bangladesh tentulah perit lagi.Hidup mereka tentulah jauh dari haruman roses.Yang mereka dapat hanyalah duri dan onaknya saja.

For that,aku berdoa agar tuhan menurunkan hidayah pada tok arab tok arab yang kejam itu.Anak anak kecil itu tentu punya ibu.Dan semestilah,seharuslah ibu ibu mereka mempunya perasaan seperti aku.Juga kamu.