Sunday, December 21, 2014

lagi tak cecah hujung...

Lagi tak cecah hujung,jangan terlalu yakin dengan penamatnya.Yang menang sorak mungkin tengok saja bila orang mengarak piala.Yang jatuh terlentang,mungkin bangun,mengaum.Lawan habis habisan dan menang jadi pertaruhan.

Semalam habis anak tekak dua beranak menyorak kemenganan Malaysia.Mula mula la.Tapi penyudahnya kecewa.

Well...this made me reflect on what transpired during dotter's wedding.Semua siap diatur.Mekap artist dah lama selesai memekapkan pengantin.Susun atur kerusi meja sedap mata memandang.Makanan nampak enak telah dihidang.Dan rombongan pihak lelaki datang pada masa ditetapkan.

Tok kadi kat mana? Kadi kat mana.Semua orang tertanya tanya.
On the way katanya 5 minit berlalu.
10 minit tok kadi belum juga nampak muka.Hilang dimana? Perlis mana ada jam jam segala.Rumah dia pun hanya sedepa dari rumah kita..
Talipon tak diangkat.....kedua pihak resah bagai dikata.
Setengah jam.Sejam berlalu.
Setiap yang ada resah menunggu.Dua dua pihak dan lebih lebih aku.

Ada yang mencari ustaz dekat rumah,dekat masjid.Tapi ustaz tak ada.
Hampir senja baru tok kadi tunjuk muka.
Selamba aja.Tanpa maaf majlis akad nikah diadakan tergesa gesa.Cut short acara .Buat yang mana penting saja.
Saya tersilap sampai Bohor Cicak.
Well tak payah lah nak cekadak.Borang nikah kan bersama tok.Alamat kan ada.Nombor talipon kan ada utk bertanya..

Ustaz ni memang dah sejak azali ,suka buat pengantin yang nak kahwin begini.Cerita seorang kenalan.Dia terkena .Tunggu dari Senja sampai lepas Isya.

Well....ustaz belum kena buatlah selagi suka.Datang majlis tak ikut masa.Katalah satu hari rombongan pengantin merajuk.Cabut lari kerana menunggu mereka tak sanggup.How ?

Kak...berkoyan cik baca doa. Minta Tuhan jauhkan bala...
Itulah...lagi tak cecah hujung..Jawab ku.Dan ingatan 6 tahun lampau datang mengunjung.....

Pada ustaz H aku berseru....lain kali janganlah amalkan sifat begitu..Ustaz bukan rock star.Rasanya rock star pun tahu jaga masa.


2 comments:

  1. kalau pengantin tiba2 fed up tk jadi nikah ? tanggung la dosa uztaz oi...

    ReplyDelete