Thursday, December 18, 2014

DIY...what we did for 30/11

bunga dari crepe paper...
Dalam debar dok kalut nak banjir sebelum tarikh 30/11,makcik sempat mengDIYkan beberapa benda utk majlis itu.
Majlis kahwin anakanda makcik sedaya upaya DIYkan supaya boleh potong belanja.
Antaranya.....
Sarung kerusi plastik utk akad nikah tak makcik tempah.Google pattern dan akhirnya tersiaplah 8 sahaja buat meja utama.Tapi bila majlis tak pun guna.Sbb at the last moment khemah,meja,kerusi makcik sewa.Tapi tak apa.Masa majlis raya kita boleh guna.



dalam proses mencari ilham....... 

Itulah hasilan semasa sdg berkarya.Jenuh kelim sini sana.Sat lagi tetas sat lagi jahit.Silap silap mata boleh naik ketumbit.


Hantaran......makcik dan anak anak jenuh pikiaq warna,tema apa semua.Last last kakakolin hasilkan hantaran buat adiknya ...sweet and simple saja.
antara bunga yang diguna.Gambar hantaran tak ada dalam camera.


Bilik pengantin......kalau kosong tak nama bilik pengantinlah namanya.So makcik keluarkan kain berela ela dalam simpanan.Hantar tailor bayar 600 jadilah dia.Yang mahal tu kayu nya.Tapikan kalau ada masa dan mesin baik budi bahasa,mau cikson jaga malam buat sendiri saja.

Goodie bags pun sentuhan kreatif anak beranak.Siap gantung coklat .Tapi bahagian ini rasanya boleh di pertingkatkan lagi .


Candy corner .....ini makcik punya rasa.Biar anak anak kecil rasa seronok dapat jajan dan gula gula.Pagi pagi safie cikson dan kakak kedewan setupkan meja.Tergopoh gapahlah kami dalam masa yang terhad.Mujur semua bahan dan cara set up dah difikirkan. Sweet and simple saja.

Aduyai....kata Johan.Cerita saja tanpa gambar.Tentu hambar.
Next time maybe....gambar gambar cikson cari buat penyeri.
Apalah yang cikson fikir.....gambar tidak pula diabadikan utk kenangan sendiri.

KMPh... cerita sukaduka

Hujan seharian.Matahari langsung sembunyi diri.Sana sini berita ttg banjir dan kawasan ditenggelami aku dengar.Dan kalau dari berita dan newsfeed serta fb kolej ini macam terkepung.Harap harap itu hanya gangguan sementara .Air melintas jalan sahaja.

Tapi berita yang ku dengar petang tadi buat nafasku terhenti seketika.Seorang dari rakan sekerja anak telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.Masa balik kerja.
Inna Lillah hi wainna Ilaihi rojiun.Semoga keluarga tabah menghadapi ujian ini.Alfatihah.

Semalam semasa keluar ke UTC,aku rasa cemas bila berseliseh dgn lori lori .Minta anak memandu dgn berhati hati.Jgn dilayan gadget yang bergendang.And you know what? Anakmuda bukan macam kita.Buat kerja satu satu dlm semasa.Dan semua tu buat aku cemas sentiasa.

Suara anak anak muda riuh rendah bermain dibawah...hujan dah berhenti mencurah.

KMPh aku disini.Berkongsi suka duka cerita kamu.

Posting ini ku garap semalam ketika hujan sekejap berhenti sekejap mencurah .Pagi ini kami bagai kawah.Di kejauhan nampak cerah.Tapi disini awan pekat hitam bagai nak luruh....

Wednesday, December 17, 2014

Disini...hujan dan hujan lagi

Semalam ke UTC ? hantar cikli balik negeri.Cikson masih disini buat beberapa hari lagi.Kesian pula tgk cikabang sayang naik bas sorang sorang.Jauh perjalanannya rentas dua lebuhraya.Tentu sakit pinggang dok dalam Maraliner lama lama.

Tiga hari disini,tak ada apa2 aktiviti.Ciklin kerja dari pagi sampai ptg.Kesian tgk dia terkejar kejar.So dalam rumah sajalah cikson berlegar.Lagi pun cuaca disini tak mengizinkan keluar.

Tgk awan kelabu teringat cikson akan short stint cikson di Edinburgh.Beginilah suasana disana bila tiba musim luruh.

Talipon berdering....cikli speaking.Dah sampai peghelih .Disana pun hujan mencurah.Takut banjir pula datang menyergah.Bln 12 katanya nak bah.
Eh ni kan bulan 12....cikson menambah.Minta minta tu janganlah sampai cikson balik rumah.Tak menang tangan nak memunggah dan memindah.

Hujan tak berhenti.Tapi cikson kena berhenti menaip disini.Dah kena masak tghhari.
Next time we see....

Nak masak apa ya hujan hujan ni
Gulai ikan kering dgn nenas
Gulai ikan dgn terung
Gulai udang dgn labu.

Apa mau mu?
A question to ciklin.Kalau baca post ini sila tepon sblm 11 pagi.Hihihi.Bye.

Tuesday, December 16, 2014

Gambang...hujan lebat hati pun bimbang.

Hari kedua ciklicikson berada di sini.Tingkat 4 kolej matrikulasi.Kemana pun tak boleh pergi dek hujan dari pagi.Bimbang terasa dihati takut banjir sampai kedaerah ini....Tu dia mana nak lari!

Bila baca ttg Trengganu yg dah bah,cikli pun rasa gundah.Tiket Maraliner dia dah tempah. Malam ni baliklah dia macam tak sempat sudah.Tunggu sehari pun dia tak sudi.Cikson janji nak balik sama pun dia tak peduli.

So I'll be staying put in Gambang till the day I feel like bading gudbye.
You tak bosan ke nanti tinggal sorang diri .Tanya cikli.
Well,I've Humphrey yang malu malu kucing...eleheh memang dia kucing.
Dan cikson akan sibukkan diri decorating....lap sana lap sini sampai malam hari.Jiwa jadi bosan kalau duduk diam.
 Harini dah 2 porch cikson beresi.Gubah bunga buat dekorasi.Kalau ada mesin jahit ,mau tudung tingkap cikson ganti...

Tapi bila lihat langit yang suram dan hujan tidak berhenti ,la ni juga rasa nak balik negeri.Ikut cikli.