Wednesday, December 17, 2014

Disini...hujan dan hujan lagi

Semalam ke UTC ? hantar cikli balik negeri.Cikson masih disini buat beberapa hari lagi.Kesian pula tgk cikabang sayang naik bas sorang sorang.Jauh perjalanannya rentas dua lebuhraya.Tentu sakit pinggang dok dalam Maraliner lama lama.

Tiga hari disini,tak ada apa2 aktiviti.Ciklin kerja dari pagi sampai ptg.Kesian tgk dia terkejar kejar.So dalam rumah sajalah cikson berlegar.Lagi pun cuaca disini tak mengizinkan keluar.

Tgk awan kelabu teringat cikson akan short stint cikson di Edinburgh.Beginilah suasana disana bila tiba musim luruh.

Talipon berdering....cikli speaking.Dah sampai peghelih .Disana pun hujan mencurah.Takut banjir pula datang menyergah.Bln 12 katanya nak bah.
Eh ni kan bulan 12....cikson menambah.Minta minta tu janganlah sampai cikson balik rumah.Tak menang tangan nak memunggah dan memindah.

Hujan tak berhenti.Tapi cikson kena berhenti menaip disini.Dah kena masak tghhari.
Next time we see....

Nak masak apa ya hujan hujan ni
Gulai ikan kering dgn nenas
Gulai ikan dgn terung
Gulai udang dgn labu.

Apa mau mu?
A question to ciklin.Kalau baca post ini sila tepon sblm 11 pagi.Hihihi.Bye.

2 comments:

  1. Bestnyer ciklin ada mak nak masak dan siap tanya menu...
    Saya masa sekolah ada telepati dgn arwah mak. Balik umah tgk lauk yg mmg saya mahu......

    ReplyDelete
  2. Betul la akak.Mak saya pun mcm tahu apa anak dia suka.Tak ada masakann yang lebih enak selain masakan ibu kan....kdg2 mak tu bukan sedap pun masakan dia.Ada yg lebih gempak lagi tapi ibu juga no.1
    Terbayang kuih baulu dia yang gebu..tak dapat cari dah mcm tu.

    ReplyDelete