Monday, September 29, 2014

bila...the sky is falling down.Not

Dah Isnin harini....29 hb September.Sehari lagi masuk Oktober.Phew.How time flies.
Besok 30 haribulan.Anak anak sekolah thn 6 terpaksa melalui emotional turmoil sekali lagi.Why do I said so,so you ask.Manalah emotional tak tertungging kalau terpaksa menduduki dewan periksa sekali lagi.Terpaksa memerah otak mencari jawapan yang benar .Which we could relate very well....well almost all of us did .

Terimabau kenangan aku masa masih dalam perkhidmatan.Menjadi guru subjek teras ,menjadi guru thn peperiksaan memang satu satu jawatan yang jarang sekali tak dipegang.Selagi keputusan tak keluar selagi itulah jiwa raga kacau bilau.Dan ada juga tahun aku jaga dewan periksa.Jadi penolong selalunya.Satu tahun aku kena jadi ketua....KETUA. Lagilah parah degup jantung ku selagi belum selesai urusan peperiksaan sehingga noktah terakhir.Tak terbilang banyaknya soalan dalam kepala mengalahkan soalan soaln dalam kertas periksa.What if selalu berlingkar,berligar membelit belit.
What if the parcel of test papers didnt reach their destination?
What if ........jawapan murid semua sama dalam dewan itu...

We are answerable tau kalau apa apa discrepancies terjadi.

Dan aku tertanya tanya bagaimana mereka yang tertuduh dapat membuka,menangkap gambar soalan.So eager to know how they did that.Yang ku tahu prosedur or SOP periksa tu agak ketat.

Untuk anak anak yg akan menduduki UPSR kali kedua,just do your best.Tawakkal padaNya.
As the sky is not falling down as yet.

Berkarya dgn netbook comellote ni mmg mencabar jari jemariku.Apatahlagi nak ku sertakan gambar.

Friday, September 26, 2014

bila....siaran tergendala

Salam Jumaat anak anak.
Semoga diberi Allah dalam rahmatnya.

Bunyi ayam memenuhi segenap ruang RBL pagi pagi ini.Langit mendung macam nak hujan.But lagi mendung hati makcik ni bila dia yang ku cintai membatu,membisu seribu bahasa......Dell laptop cikson yang berjasa dah lelah berbakti.
 
Dan hari ini cikson bersiaran dari laptop cikli yang juga sakit sana sini.Sekali taip hurup p dia keluar bertali tali....

So until a solution is reached,blogging will take a curtain call.
Nak taip macam ni pun jenuh berhempas pulas ........

And I wonder why bila ada masaalah,it doesnt come singularly.....it comes in bunches siap dengan kala jengking lagi...mcm buah dokong hari tu. Adoi..

Maaf ya kalau membaca coretan cikson hari ni buat anda pening kepala.

Wednesday, September 24, 2014

WW....sgheyau

SGHEYAU...what's that?

sereyau tak?

Another of makcik's loghat.
Guess la if you may.

Sunday, September 21, 2014

Happy Sunday folks

Syukur.Masih dapat ku dengar kokokan ayam ayam FIL sahut menyahut.
Pintu ku buka.Masih pagi.Ayam ayam FIL siap sedia menunggu dpinggir pagar.Macam expecting makcikson nak sedekah leftover makan pada mereka.
Sorry anak anak.Hari ni nasi putih cikson habis semua.Tak ada balance.Elek pocik.
Kesian .Tuan mereka sedang berada di hospital .Menunggu utk di buat operation lututnya.Tersentuh aku lihat dia mengalirkan airmata semasa menaiki kereta semalam.Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.Anak anak doakan Wan ya.

Diruang tamu cikli macam biasa .Tengok tv.Dan masa ini tengah berita.Antara beritanya tak habis lagi fasal UPSR.Ramai lagi tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat katanya.Terkedu aku lihat mereka yang dituduh dilayan bagai penjenayah besar siap uniform jingga dan unggu,tangan ke belakang dan kepala tunduk melihat jalan.Doaku semoga mereka yang ku kenali,ku sayangi tidak terjebak dalam kancah ini.Aku pernah berurusan dgn SPRM.Jad saksi saja pun.Tapi resahnya macam aku yang bersalah...



Berita dari bumi ambiya juga buat aku terpegun.Belum habis Gaza,Syria,Iraq sekarang bumi Yemen pula.Puas aku berfikir.Tak faham adakalanya kenapa senang sangat bumi bertuah itu terjerumus dalam kancah perang.Berpuak puak.Masing masing dengan idologi masing masing.Hari tu aku tengok dokumentari.Kisah puak Tuareq....aduh.Tak terkata aku masa aku melihat anak kecil berbogel merangkak atas tanah.Tentu panas tak berperi kerana disitu Gurun Sahara...yang tak punya apa apa.


Keliling pinggang ada saja berita menyenakkan.Dari kutub ke kutub.Bila agaknya kita tak lagi menonton berita sebegini.

Dapat menghirup udara pagi yang hening ini pun dah ku anggap bertuah.Walau adakala bau busuk ada dimana mana.Taik kucinglah,bau longkanglah...
Dapat mendengar burung berkicau pun juga aku dah bertuah.Walau adakala ngauman lori dan bas meyentak nafasku.Bergegar gendang telingaku.


padi dah diambil,tanah telah dibajak


Choose to be happy .Walau sekecil nikmat .Kerana masih bertimbun masaalah yang belum tentu bila penamat.
Happy Sunday folks...