Friday, September 5, 2014

Just sharing...walk of life

pernah....sesal? entahlah..

harap harap tu yang baik sajalah jadi kenangan orang

betul sangat....life dont come easy on a silver spoon...nak harap gold lagilah.

realise that...

been a taker all these while...

memang tepat sekali....overcoming adversities either break or shape us.The choice is ours.

Thursday, September 4, 2014

Kecil kecil scorpion menyengat,ketulang hitam sakit nya

Mata memandang screen.Tangan kanan mencapai buah dokong yang dibawa balik sang suami.
Manis.Lepas satu satu dimakan.
Tiba tiba.....ouch!
Terasa jari manis tangan kanan tertusuk sesuatu.
Sakitnya macam kena injection .

Diatas lantai dia ternampak seekor binatang yang tak terduga olehnya.
Kala Jengking!
Mesti datangnya dari celah celah tangkai buah yang diambilnya.

Cepat cepat dia meluru ke sinki.Jari dibasuh dibawah air mengalir sambil menekan nekan isi.Sakit dah mula mencengkam jari.
Direndamnya jari dalam listerin.
Hah itulah apa yang terjadi pada cikson tengah hari tadi.
Tak pasal pasal sakit datang mencari.
Disengat kala jengking dalam rumah sendiri.
Sakit sampai la ni....

Minta minta tu janganlah ada side effect pula.
Sbb masih terbayang seekor penyengat pun boleh wreck havoc buat seorang yang bernama cikson..
Ini pula seekor kala jengking....walau tak lah besar mana
Sakitnya...

Pesan mama...
berhati hati ,bahaya ada dimana mana
tgh makan dokong dalam rumah pun boleh dapat sakit adanya...

DIY...pandai pandailah godek,bukan bodek ya

Macam macam benda nak buat.My to do list dah penjang lebar.Kalau dibentang mau sampai KL lalu highway....
Tapi rasanya satu pun tak menjadi or make headway.
Nak jahit cushion cover kerusi kerusi yang cikninasandaq suka dok cakaq pun belum mula lagi.Mesin dah dihantar ke kedai Singer dekat stesen bas sampai hari ni dok lagu tu.Kalau ikut hati nak beli saja mesin baru tapi bila buat kira kira ...adoi la pening kepalaku.

Nak buat bunga bunga kertas kertas pun belum dibeli....alasan tak tahu kedai mana yang nak di cari.Sejak tiada kenderaan sendiri nak pergi mana pun ayo ayo susah sekali.Driver pula tak always free and available.Asyik busy.

The big day punya to do list pun masih dok tenggelam timbul.Minggu lepas cikten balik and off to AS we went.To a workshop ...sbb nak kata kedai pun belum lagi dinaik taraf.Sebelum tu singgah kedai mamak pekena nasi kandar.Tgh makan cikson order gulai ayam.Habis makan gulai ayam tak nampak rupa.Cikson panggil waiter minta tarik balik order. Tapi bila semua nak beredar baru sipenyaji menatang pinggan gulai.

Si waiter bertempik....CANCEL! .Depa dah merajuk  .Dan boleh nampak muka tauke ayam tu memuncungkan mulut sambil dok merungut.Amboi..

Selepas makan ke destinasi tujuan kami bergerak.Naik tangga berderap derap.Eh ...ni kedai ke kilang.
Berjumpa dengan tuan empunya kedai cikson rasa lega.Masih muda belia.Tapi wawasan penuh didada.
Peramah dan sedia menjawab pertanyaan kita.Itu yang cikson suka.Bukan macam bridal shop yang gah kononnya tapi customer service hampas sahaja.Cikson kekedai dia haram dia tak keluar bertegur sapa.Mungkin dia hanya layan customer bertaraf vip vip saja..

Semoga  apa yang dirancang menjadi kenyataan.Haasz WP dan Aleya nama tuannya.Peramah orangnya.Cikson suka.....first impression yang baik punya.

Diantara DIY yang difikirkan adalah susun atur billik pengantin.Jenuh juga cikson jelajah internet cari idea.Nak buat simple simple saja..Teringat masa dulu dulu,adik adik kahwin kita buat sendiri .Save duit.Budget tak lari. .

Ni antara yang berkenan kat hati.

simple sangat kot
yang ini

atau yang ini


yang ini?......semua gambar dari blogger.


Semalam cikson godek godek blogger.Click sana,click sini .Import ,export widget kegemaran hati...Ha nilah hasilnya..





Wednesday, September 3, 2014

WW...selamat pagi Malaysia

satu masa dulu,perjalananan mencari rezeki seawal pagi begini


Sianak bertanya.....kenapa dengan sinina yang melopong mulut
Juga si squirrel yang macam terkejut


haha.....nanti ya .
akan jawapannya.