Tuesday, August 19, 2014

WW...apasal ?

apasal = apa pasal?

mengendap sapa?

Ikut suka aku la....

Purrrrrrrrrrrrrgh.....penat penat.
Hi folks.Either 2 legged or 4 legged.Hari ni nina bersiaran.Aha....mesti ada yang keliru ,yang kelabu.Awat tiba tiba hari Selasa rentak dan irama penulisan cikson berubah..
Selasa, hari nina as in ninasandaq  takes to the keyboard.In other words ,its me writing...Ninasandaq.So on Tuesday you will read Thru Ups N Downs thru my eyes....get it? Purrrrrr.

Today...apa ya nak tulis.
Ok...I'll show you how I rest and sleep. As you all know we sleep 3/4 of our day...And in RBL these are my favourite spots.
kat sini teman mamason buat kerja.....tup tap tup tap dia ketuk laptop dia

kat sini belum sempat lelap cikson dah jerkah.....down!


sini.....malam malam

one for me and two for them...

bawah ni pun boleh tahan....tapi cikson kata tidor kena sopan

dalam ni tak muat badan

tidur macam ni buat cikson ketawa sakan....mcm itik panggang




Itulah antara tempat tempat yang nina suka merehatkan badan.Tak kira lah tempat  mana pun asal suka.Tapi cikson penuh pantang larang.Sini boleh,sana tak boleh.Paling dia marah bila nina panjat meja makan.Juga dalam tandas bila hari panas.Siap dia percik air ....grrrrrrr.Tak langsung dia bagi chance...

Adakala nina pun naik radang....
grrrrrrrr.....ikut suka hati aku lah ....apa pandang pandang
Grrrrrrrrrrrrrrr.

Ninasandaq

Monday, August 18, 2014

orang lidi pun boleh

Hi people...Time flies too fast.Its a working Monday once again...
Years and years of teaching saw me through many phases.And talking about teaching you cant run away from TA....Teaching aids.Kalau nak masak perlu periok,sudip,pisau gitu juga utk mengajar.
Serius...cikson rasa bogey....kalau masuk lenggang kangkung utk ajar pelajar.Esp pelajaran baru.Tak taulah orang lain....
buku nota jadi bahan conteng


So ....in my early years masa belum ada TA canggih manggih ,guru guru dulu kena buat sendiri.Kertas manila dibawa ke sana kemari.Bila mengajar alat ini dirujuk supaya murid senang memahami.
Masa dudlu dulu mana ada computer muter ni semua.Tak terfikir pun masa tu yang hidup ini semua dihujung jari.Duduk ,godek godek,bahan mengajar mai sendiri.
Teringat cikson ,lukisan paling senang adalah orang lidi.Lidi? Whats that.
Inilah contohnya....
orang lidi

Senang saja...garis garis dah jadi.Pakaikan seluar jadi lelaki .Pakai gaun mem lah itu..

kucing gemok
Alhamdullilah,jari jari cikson boleh lah sikit sikit melukis.Orang,binatang dan awan....hehe pemandangan .Tapi bila warna entah kenapa jadi tak ketahuan..
Jadi dalam masa mengajar,gambar gambar begini jadi alatnya.Bila cikson tunjuk gambar anak murid dah tahu siapa mereka...
cuba cuba lukis balik....



Dan semasa berkursus...kadang kadang muka muka begini memenuhi nota bila penceramah asyik dok sebut.......ya ya ya....

Sunday, August 17, 2014

Menjenguk dia

Rasa terubat bila dapat menjenguk dia.
Siapa ...ada yang bertanya.
No.7,Jln ke Padang Besar letaknya dia.
Rumah yang banyak meninggalkan nostalgia suka duka hdup kami berkeluarga.

Jam 10 ciklicikson keluar rumah.Singgah Juliana makan pagi juga tengah hari.Sekali harung kata orang...
Selepas tu seberang jalan...Guardian kami tuju cari barang jagaan diri yang dah habis...oh ada Merdeka Sale ..tapi harga tak bolehlah lompat bintang sambil jerit MERDEKA kerana suka.

merdeka sale

Menjenguk no.7 hati terasa rawan. 2 bulan dekat dekat dia cikson tinggalkan .Dah ditar jalan depan.Dah dipangkas pokok yang melambai lambai menyapu kenderaan.Tak nampak pun batang hidung jiran tetangga nak berbual.

Masih dekat dihati susun atur no.7 kebanyakan cikson buat sendiri.Sedih lihat perabot jadi kusam.Segenap ruang dah jadi macam medan pertempuran...sana selonggok sini bertaburan.Adoi...kesian.

yang ditinggalkan

Sedang asyik menyental petiais yang dah masam,cikson dengar suara nyaring yang tak berpenghujung.
SQUIRREL...... anak mama .Aku menyeru dia kegembiraan.

Kedepan kebelakang dia mengiau panjang.Aku yang sedang membasuh tak dapat melayan dia .
Maka bingitlah bunyi si squirrel dapat didengar satu taman.

Habis kerja cikson kedepan.
Badan squirrel cikson dukung macam bayi baru sebulan.
Serta merta dia diam sambil mengeliat sakan..Muka cikson dia pandang.

Rindu mama ya....cikson dodoi dia.Usap dia.Mengeliat manja dia dan terus menjilat badannya.Cikson nyanyi kat dia macam mendodoi anak lantasnya.Airmata bergenang dikelopak mata.Kurus dan ringan badan dia..

Puas di dodoi dia membolos diri.Masa ciklicikson nak balik nama dia kami seru berkali kali.
Squirrel....squirrel ....Tapi dia tak kelihatan lagi .Entah mana dia pergi.

You tahu selalunya bila I balik,dia mengiau dekat pagar rumah.Harini terus kedalam.Rindu mama lah agaknya.
Bukan agak agak lagi....dia rindu peluk mama,dodoi mama.sbb lepas dia dibelai,dia terus diam..

Aduh Squirrel.....mama pun rindu sama kamu.
Nanti bila senang,mama datang lagi...tunggu..

Belek kamera...satu gambar pun tak tangkap....aduhai Squirrel permata bonda.