Sunday, August 17, 2014

Menjenguk dia

Rasa terubat bila dapat menjenguk dia.
Siapa ...ada yang bertanya.
No.7,Jln ke Padang Besar letaknya dia.
Rumah yang banyak meninggalkan nostalgia suka duka hdup kami berkeluarga.

Jam 10 ciklicikson keluar rumah.Singgah Juliana makan pagi juga tengah hari.Sekali harung kata orang...
Selepas tu seberang jalan...Guardian kami tuju cari barang jagaan diri yang dah habis...oh ada Merdeka Sale ..tapi harga tak bolehlah lompat bintang sambil jerit MERDEKA kerana suka.

merdeka sale

Menjenguk no.7 hati terasa rawan. 2 bulan dekat dekat dia cikson tinggalkan .Dah ditar jalan depan.Dah dipangkas pokok yang melambai lambai menyapu kenderaan.Tak nampak pun batang hidung jiran tetangga nak berbual.

Masih dekat dihati susun atur no.7 kebanyakan cikson buat sendiri.Sedih lihat perabot jadi kusam.Segenap ruang dah jadi macam medan pertempuran...sana selonggok sini bertaburan.Adoi...kesian.

yang ditinggalkan

Sedang asyik menyental petiais yang dah masam,cikson dengar suara nyaring yang tak berpenghujung.
SQUIRREL...... anak mama .Aku menyeru dia kegembiraan.

Kedepan kebelakang dia mengiau panjang.Aku yang sedang membasuh tak dapat melayan dia .
Maka bingitlah bunyi si squirrel dapat didengar satu taman.

Habis kerja cikson kedepan.
Badan squirrel cikson dukung macam bayi baru sebulan.
Serta merta dia diam sambil mengeliat sakan..Muka cikson dia pandang.

Rindu mama ya....cikson dodoi dia.Usap dia.Mengeliat manja dia dan terus menjilat badannya.Cikson nyanyi kat dia macam mendodoi anak lantasnya.Airmata bergenang dikelopak mata.Kurus dan ringan badan dia..

Puas di dodoi dia membolos diri.Masa ciklicikson nak balik nama dia kami seru berkali kali.
Squirrel....squirrel ....Tapi dia tak kelihatan lagi .Entah mana dia pergi.

You tahu selalunya bila I balik,dia mengiau dekat pagar rumah.Harini terus kedalam.Rindu mama lah agaknya.
Bukan agak agak lagi....dia rindu peluk mama,dodoi mama.sbb lepas dia dibelai,dia terus diam..

Aduh Squirrel.....mama pun rindu sama kamu.
Nanti bila senang,mama datang lagi...tunggu..

Belek kamera...satu gambar pun tak tangkap....aduhai Squirrel permata bonda.








4 comments:

  1. although I am scared of cats, but reading this made me cry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maz,
      Masih tertanya tanya kami ...kalau org lain dia keriau jauh jauh saja tapi bila dengan cikson dia mai dekat dekat sampai cikson dukung baru diam.Rindu kat mama dia.

      Delete
  2. Rindu cuma bila dah tiada di depan mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,
      setuju. kalau depan mata rasa jemuih pun ada kadangkala.

      Delete