Thursday, August 14, 2014

DIY....makngah masak?

Hari raya ketiga...hari menjamu sanak saudara
Menunya...mee JPL gubahan dan olahan makngah.Cikson is makngah on my side and maklong on cikli's.
gambar entah bila...tapi bukan hari raya.

Dah jadi macam satu kemestian ciklicikson kena masak mee utk jamu sanak saudara.Dah berpuloh tahun itulah satu satunya menu yang di minta .Tak mau lain.Selain mee...So kalau datang rumah cikson tak jumpalah macam macam juadah..Tak macam rumah lain ada macam macam.Kita semacam saja...

Sehari dua sebelum harinya,cikli kena kerah pergi shopping.Listnya dah tersedia
Daging...seeloknya tulang kaki baru kuah mee menjadi.Kalau tulang selangka,banyak minyak  kolestrol pun tinggi.
Udang juga...rebus dan mesin
Kentang atau ubi keledek....pemekat kuah
Bunga pisang....rebus daan giling...
 Juga ada lagi beberapa bahan yang tak kurang pentingnya.Kalau tak ada bukan mee JPL namanya.

Cili utk kuah dimasak sehingga rasa asam garam.Ada kala cikson masukkan lenga dan kacang tanah..

Dan utk raya 2014 periuk yang paling besar cikson guna
Mee entah berapa kilo....sayur mayur dan lain lain bahan sampingan..Kalau ditanya berapa ongkosnya ...cikson jawab entah kerana niatnya sedekah..

Dan bila menjenguk kedapur,antara sanak saudara macam terkejut melihatnya..
Makngah masak?....hoo banyaknya bila tengok kuah seperiuk bak banyaknya.

Tapi ...jam empat, kuah dah tinggal periuk....Mee dah habis seluruh pekan..So sapa yang mai last cikson jamu bihun sorang sepinggan...Kuah pula makngah ulang masakkan...

Dan dalam membilang bilang ramainya yang datang....adalah lebih 70 orang handai taulan.
Dan yang kesian anak anak hanya makan sorang sepinggan.
Tak boleh ulang ulang sampai ke malam...
Raya haji kita buat lagi ya mama....kata anak meminta.
Ya ampun...cikson berseloroh minta nyawa.

Dan terimbau kenangan dulu dulu kala.Tatkala orang riang raya kunjung mengunjungi,seorang anak bertungkus lumus menolong bapa meniaga.Dengan linangan airmata....
Tapi seronok masa kira duit duit syiling besar pada malamnya...Kita kaya!Kata dia.

Apakata kita buka gerai ,warung...jual mee pula?Sepinggan berapa ha nak letak harga.Zaman dulu 20 sen mee biasa ,50 sen special punya...











DIY ....yang teringin


Sebelum balik ke tempat kerja hari tu,sianak mengunjukkan majalah ini...
Mama tengok tengok la no...
Kalau suruh tengok,bila pakai spek nampaklah...la ni kelabu asap semua..mama memang suka menyakat anak anak .Banyak kali mereka mengomel bahasa apa la selalu keluar dari mulut mama.Tak faham depa.
Haahaa...being raised in kedah,then migrated to Perlis,I carried my loghat Kedah Kulim area with me.

Maa...ma kata apa ...
Maa ...suka sangat buat ayat entah apa apa..Tak fahamlah kami...were their complains.

Coming back to the magazine that was thrust into my hands before she departed..
She had eyes on the little space adjacent to the sliding door.
Add caption

Add caption

Flipping through the pages ,I was keen on that patio.
Eh kalau adalah duit mau harini juga buat.Terbayang ciksoncikli minum teh disitu...

buat macamni

lagu ni ka

ni pun ok tak

boleh minum kopi ptg hari....

Hmmm nak berangan tak salahkan....kalau rezeki lebih boleh diusahakan.Kalau tidak tinggal angan angan.Nak buat pinjaman jangan....

Thats it.

Was going through my old post in my dear Thru Ups N Downs...patutlah .Macam rojak @ mcm  mcm ada.One day I was mamason,then cikson.Another day I wrote as if I was Jade,Dello,Mok and ninasandaq.Yet another day I was Jadeandell then Mokjadeandell....

haha...banyak juga nama nama yang diguna...
Apalah mama....kata anak anak semua..

I was thinking ...a wishful thinking.
Pi minta kerja jadi writer...buat buku  yang mana kena hati hati about grammar dan bahasa.Tatasusila pun kena juga...takboleh dok terpa ikut suka...haha.


Setakat blog ni biarlah cikson ikut apa yang terasa...jgn over the board sudahlah ya.
Hope uncle Al Manar dapat menerima.Bye....

Wednesday, August 13, 2014

Bila lagi

Seakan melambai lambai

untuk kesini
di waktu ini
order ini

dan ini
Dah lama anak anak .....bila lagi?

WW...apa tu?







satu masa satu ketika
secara tiba tiba
aku kenal ni apakebendenya
dari plaster of paris buatnya
bila pakai kejung semua anggota
nak buat kerja terasa macam mumia......

baru ku sedar rupanya
bila satu saja anggota badan tidak berupaya
anggota lain juga turut terasa
Terutama yang duduk atas kepala...

Bersyukur bila semua sudah sembuh sediakala
Tapi adakala datang juga sengalnya...
Dan yang duduk atas kepala masih tak nampak jalan untuk reda
Dari memikir segala hal dan angkara

Semoga ada jalan keluar dari semua yang datang mencuba
Semoga urusan urusan kita di permudahkanNya
Amin.