Thursday, July 10, 2014

kisah yang terakam....yang dilihat

Apa ya hendak dibuat bila tak ada apa nak dibuat selama 4 jam.
Makan tak boleh,baca tak masuk ,jalan tak larat..
Yang tinggal...duduk diam diam,tengok kaki orang lalu lalang.
Itulah cikson buat selama 3-4 jam terperap di Subang Skypark .

Yang cergas kaki melangkah,tup tap tup tap itu langkah anak anak kapal Malindo dan Firefly.Dengan kain terbelah hingga ke peha...juga skirt singkat berbelah lagi.Feast for the eyes..
Yang berat mengheret kaki tu kebanyakan tentu yang berpuasa,berumur,dan berbadan besar..
Dan dalam ramai ramai cikson terarah kepada pasangan muda yang nampak macam tak tahu kemana  nak tuju bila berurusan dengan pelepasan.Terdengar mereka menalipon seseorang bertanya prosedur.Dan selepas itu terlihat mereka mundar mandir macam mencari arah.Kesian...

Hullo...ha .Eh bagai bertempik seorang berbual ditalipon..percakapan dia tak cikson fahami sbb dia berbahasa lain dari bahasa cikson..

Paging for X,Y,Z...last call...please proceed....oh ya masih ada yang belum naik kapal terbang walau masa boarding dah hampir tamat.Dan sepasang traveller membolos diri melalui pintu boarding yang telah ditutup.kelam kabut ground crew menahan mereka...terlepaslah lah flight apa lagi.

Dicelah celah ratusan penumpang menunggu boarding,kelibat seseorang berhood menarik perhatian.
Gerunlah lihat kawan tu...macam sesuatu saja..getus hati.

Dan bila melangkah masuk flight,dia berada ditempat kami.
Macam mana ada 2 passenger ni.
Selepas di periksa,rupanya dia sepatutnya naik flight ke Penang.
Macam mana crew periksa masa beratur ya....
Eh kalau dia buat degil tak mau turun tentu naya..

Itulah antara aktviti kami dua laki bini naik malindo balik negeri...

Wednesday, July 9, 2014

kisah yang terakam.....tiga hari dua malam

Tiga hari dua malam juga cikson kena korbankan dek kerana hal orang.Tak adil sunggoh.Bukan saja badan penat,duit juga keluar macam ban pecah...aduhai.
Dan antara sok sek sok sek yang kedengaran adalah rungutan berbunyi..
Ishhh kalau nak buat benda haram ke tak baik ke...janganlah libatkan ramai orang jadi korban...
See...ramai yang kena berulang alik ke ibukota dua tiga kali dari segenap negeri.,tapi kes tak selesai.
Ada yang sakit ,yang dah lama pencen ,dan juga kena tinggal urusan mustahak.

Apa pun cikson bersyukur kerana sekali pergi saja dah selesai dan lebih lebih lagi cikson tak kena mengadap...hehe pi tunjuk muka saja.angguk,undur dan balik...habis cerita.

Tapi tiga hari jugalah jugalah masa terpaksa dikorbankan.dan juga ringgit ringgit yang galak keluar beg..huh beli baju raya pun ada juga faedahnya...

Biaq pi lah ...anggap itu satu dari cabaran dan pengalaman hidup..

Sunday, July 6, 2014

Surat dan suratan

Dah suratan dua tiga hari ni cikson kena hadap bermacam surat.
Dulu dulu makcik ni hanya kenal surat khabar,surat peribadi ,surat ofis dan surat cinta...hehe saman polis trafik le tu...
Baru semalam petang cikson tengok surat half an A4 page warna biru...
Handed in person from some one who has to travel all the way from the capital.
Wooo....

Dan semasa buat booking hotel,cikson belajar dua tiga perkara tentang surat menyurat zaman la ni.
Kalau alamat e mel salah alamat tak sampailah kepada penerima.Tu la pandai pandai letak .my tu buat apa.
Mujurlah tersedar awal.

Ma...kalau ada smartphone kan senang.Terus saja upload gadget .tak payah dok print voucher .

Oh ya...sejak dua menjak ni cikson dah kenal apa itu surat yang seakan nama Safina....dekat dekat nama Islam Felixia Yeap .hehe.

Bertuah Felixia Yeap...cantik,diberi hidayah,bakal kahwin dengan anak orang kaya lagi.. Dah suratan dia .
Teringat cikson pada anak anak berempat di KL....

Saturday, July 5, 2014

Done!

Done...having to book the flight tickets.
As someone born during the time when dinosaurs roamed the world,gadgets and IT were not my cup of tea.And making purchases or reservations on line were far in between activities.
A journey to KL is mandatory for cikson .Itula...orang lain tamak haloba,orang lain susah sama.Tak pasai pasai kena pi mengadap kat jalan Duta...sesuatu yang tak terfikir langsung lebih lebih lagi posa posa ni..
Kalau berfikiran postif boleh meringankan sedikit gusar dan marah dihati...positiflah yang cikson pilih.
Anggap saja ini satu dari speed bump yang cikson kena tempuhi dalam hidup ini...walau pun dah dekat hujung hujung begini.
Ni baru kena jadi saksi...
Anggap ini pengalaman baru,boleh menjana idea idea utk ditulis.Tak gitu?

Hmm dan bila dah ada di KL...penginapannya bagaimana?
Done...having to book a hotel room.
Walau pun review yang di baca tak lah bergermelapan dan berbintang bintang,cikson pilih hotel ini.Maka tercipta sejarah cikson melanggan Agoda...Viola...Siap!
Mau bermandikan peluh juga berurusan walau semua dilakukan dari rumah...

Dan bila ada yang anggap bila dah pencen semua akan tamat...baik tak usah.
Dok tak dok....puan kena jadi saksi sbb puan ada disitu,masa itu....

Teringat satu ketika,kami pentadbir hampir seluroh Perlis,dihimpun dan diminta tanda tangan ....dan satu suara nakal melawak...
Kalau kena semua kita masuk....

Tak terbayang seorang makcik tua,turun naik tangga jadi saksi sebab manusia lain yang rakus kumpul rezeki .Semoga dipermudahkan urusan makcik tua itu.kesian dia...Tak pasai pasai....

Haha...kronologi menghadapi perkara ini pun adakala menguis hati...cikson tersenyum sendiri...