Thursday, July 10, 2014

kisah yang terakam....yang dilihat

Apa ya hendak dibuat bila tak ada apa nak dibuat selama 4 jam.
Makan tak boleh,baca tak masuk ,jalan tak larat..
Yang tinggal...duduk diam diam,tengok kaki orang lalu lalang.
Itulah cikson buat selama 3-4 jam terperap di Subang Skypark .

Yang cergas kaki melangkah,tup tap tup tap itu langkah anak anak kapal Malindo dan Firefly.Dengan kain terbelah hingga ke peha...juga skirt singkat berbelah lagi.Feast for the eyes..
Yang berat mengheret kaki tu kebanyakan tentu yang berpuasa,berumur,dan berbadan besar..
Dan dalam ramai ramai cikson terarah kepada pasangan muda yang nampak macam tak tahu kemana  nak tuju bila berurusan dengan pelepasan.Terdengar mereka menalipon seseorang bertanya prosedur.Dan selepas itu terlihat mereka mundar mandir macam mencari arah.Kesian...

Hullo...ha .Eh bagai bertempik seorang berbual ditalipon..percakapan dia tak cikson fahami sbb dia berbahasa lain dari bahasa cikson..

Paging for X,Y,Z...last call...please proceed....oh ya masih ada yang belum naik kapal terbang walau masa boarding dah hampir tamat.Dan sepasang traveller membolos diri melalui pintu boarding yang telah ditutup.kelam kabut ground crew menahan mereka...terlepaslah lah flight apa lagi.

Dicelah celah ratusan penumpang menunggu boarding,kelibat seseorang berhood menarik perhatian.
Gerunlah lihat kawan tu...macam sesuatu saja..getus hati.

Dan bila melangkah masuk flight,dia berada ditempat kami.
Macam mana ada 2 passenger ni.
Selepas di periksa,rupanya dia sepatutnya naik flight ke Penang.
Macam mana crew periksa masa beratur ya....
Eh kalau dia buat degil tak mau turun tentu naya..

Itulah antara aktviti kami dua laki bini naik malindo balik negeri...

2 comments:

  1. Saya tak pernah lagi naik Malindo....dengaq kata baguehh? Betoi ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle,
      betoi tu uncle,
      segak lawa pramugari dia
      Yang tak brapa suka
      kain terbelah nampak paha...haha.

      Delete