Thursday, April 24, 2014

Apa kabarin Perlis...cuaca la ni

Pagi tadi subuh subuh safie,cikson terjenguk ke luar.Nampak macam pelek saja.Apa yang merah menyala,tanya cikson terpinga pinga.Oh rupanya sang matahari punya cerita......


googled

Tak terfikir pula cikson nak snap gambar pagi pagi buta
Kalau tidak boleh tunjuk bukti kalau kata cikson auta....haha


Oh ya....memang merah menyala warna cahaya yang cikson tengok.Tentu hari ini panas lagi teruk dari semalam dan kelmarin...serta kelmarin dulu dan dulu.

ni gambar tangkap sendiri masa pergi kerja pagi pagi

Tidur ciklicikson bagai berada dalam rumah salai getah keping....Bahang membakar tapi tak terbakar.Tilam rasa panas,lantai pun panas.Air con yang dah di musnahkan oleh kakti  tak pula dapat diganti.Aircon didepan dari dibeli tak pernah dapat dihidupkan....itulah barang recon katakan.Kipas pun tak berapa berkesan kerana dinding batu dah menampan haba.So apa nak kata...

Bukan saja dua insan berkaki dua yang rimas lemas dalam bahang ini tetapi 2 ekor berkaki empat pun terbongkang sama.Ninasandaq dengan 4 kaki ke atas siap menunggu tangga.Si tupai saja yang tak pandai pandai bawa diri.Asyik mengiau minta perhatian dari kami.Last last cikson naik angin.Sekali tempik ,menonong dia lari..Just imagine pukul 3 pagi dia dok bising.

So anak anak yang nak balik minggu ini...brace yourself for a furnace like no.7...
Petang nanti nak keluar pi Cmart..cari pulut hitam buat pengat....sedap pula dimakan masa cuaca tengah hangat.
Sejuk.....manis....oh heaven.
Kena dengan susu cair carnation...tambah gula melaka...apa nak kata ya...




Wednesday, April 23, 2014

The world divided

Having subscribed to the News channels, I had the luxury of getting live coverage of news around the world.And TV Al Jazeerah is my favourite channel for now.Tengok CNN rasa kemenyampahan tu ada.Macam bongkak pun ada.Macamlah mereka nombor satu dalam dunia.

Dalam banyak banyak berita,scope dan laporan cikson tertonton tentang Afrika pagi tadi.Macam langit dengan bumi pun bukan kalau nak compare kehidupan di West Nile dengan New Yorkers atau Manhattan,Insaf cikson tentang kesusahan ,kesempitan diri tak 1/99 dari yang dialami hidup mereka .Dengan perang saudara,perang agama juga perang penyakit.

Rasa kasihan melimpah pada suku kaum yang hidup terpencil,tiada pendidikan,tiada khidmat kesihatan,Dengan penyakit river blindness ,malaria,ebola dan segala macam wabak yang terpaksa mereka hadapi.Macam mereka bukan hidup dalam era ini.Macam mereka dari planet yang lain...

Dan bila lihat rancangan rancangan tentang majunya orang orang Jepun dan PRC terasa kita jauh ketinggalan.Kenapa kita kurang daya bersaing,berinovasi,berekonomi macam mereka.Di PRC,Taiwan ,Jepun dan Korea mereka guna akal fikiran ,masa dan ruang untuk maju kehadapan...ada ada saja yang mereka hasilkan.

Lihat pula dunia dihuni umat Islam...penuh kemusnahan.Sana sini permusuhan.Pembaziran pula membuak buak seperti di setengah bumi arab yang kaya raya dilempahi kemewahan.Burj yang tertinggi,pulau yang terindah...sedangkan semua wang itu boleh memafaatkan umat se agama.Lihat bila kita ditimpa musibah apa kah sumbangan mereka...OIC...dok la oh I see...

Jenguk pula dalam negara....apa dah jadi.Kemana hala tuju kita kini....



Tuesday, April 22, 2014

Apa kabar in Perlis


googled..

Perlis la ni @ sekarang ni tgh musim mempelam
Harumanis namanya sahibulkalam
Sana sini orang dok mengidam nak makan

Berapa sekilo bang ?
30 ringgit sayang
Adoi...boleh makan the best beefsteak tenderlion/tenderloin? cut kata seorang

Cikson tengok dengan mata buntang

Hai kalau 3 keping not merah nak melayang
Baik tak usahlah dok tebiang
30 hinggit boleh makan nasi 3 kali laulang ulang

googled...fieza.net


Balik rumah,pokok mempelam depan rumah dijenguk
Ada la 3,4 biji dok main sorok sorok
Cikli petik suruh cikson buat jeruk.....

Sampai harini ciklicikson tak rasa lagi mempelam Perlis Sunshine tu
Walau tempat jualnya taklah jauh berbatu batu.
Macam cerita Perlis in Spring haritu
Asyik dok berkurung bila keluar semua bunga dah luruh dan layu.....hooohooo.

ditempat kerja....di mana anda



Di mana anda?
Di atas
Di bawah
Di depan
Di belakang
Di tengah

Semua main peranan
Semua ada bahagian

Senanglah dengan bahagian anda
Di atas ....anda mungkin ketua
Di bawah ...anda kuli saja...

Jangan rasa hebat dengan kedudukan anda
Jangan rasa kecil dengan peranan anda
Masing masing punya bhagian untuk menjayakan sesuatu kerja

Andai ketua lagak kalah samseng
Andai kuli malas dan rajin berponteng
Apa akan jadi..pada tempat anda mencari rezeki
Sama sama tanggung rugi
Baru tahu harga diri....