Thursday, April 24, 2014

Apa kabarin Perlis...cuaca la ni

Pagi tadi subuh subuh safie,cikson terjenguk ke luar.Nampak macam pelek saja.Apa yang merah menyala,tanya cikson terpinga pinga.Oh rupanya sang matahari punya cerita......


googled

Tak terfikir pula cikson nak snap gambar pagi pagi buta
Kalau tidak boleh tunjuk bukti kalau kata cikson auta....haha


Oh ya....memang merah menyala warna cahaya yang cikson tengok.Tentu hari ini panas lagi teruk dari semalam dan kelmarin...serta kelmarin dulu dan dulu.

ni gambar tangkap sendiri masa pergi kerja pagi pagi

Tidur ciklicikson bagai berada dalam rumah salai getah keping....Bahang membakar tapi tak terbakar.Tilam rasa panas,lantai pun panas.Air con yang dah di musnahkan oleh kakti  tak pula dapat diganti.Aircon didepan dari dibeli tak pernah dapat dihidupkan....itulah barang recon katakan.Kipas pun tak berapa berkesan kerana dinding batu dah menampan haba.So apa nak kata...

Bukan saja dua insan berkaki dua yang rimas lemas dalam bahang ini tetapi 2 ekor berkaki empat pun terbongkang sama.Ninasandaq dengan 4 kaki ke atas siap menunggu tangga.Si tupai saja yang tak pandai pandai bawa diri.Asyik mengiau minta perhatian dari kami.Last last cikson naik angin.Sekali tempik ,menonong dia lari..Just imagine pukul 3 pagi dia dok bising.

So anak anak yang nak balik minggu ini...brace yourself for a furnace like no.7...
Petang nanti nak keluar pi Cmart..cari pulut hitam buat pengat....sedap pula dimakan masa cuaca tengah hangat.
Sejuk.....manis....oh heaven.
Kena dengan susu cair carnation...tambah gula melaka...apa nak kata ya...




4 comments:

  1. Olalala..
    Tengah membayangkan pengat pulut hitam yg telah disejukkan.
    Boh susu cair extra sikit.. aduhaiiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Sham,
      pulut kena beli dekat Pdg Besar .Cuba buat pakai pulut hitam Giant kuantan tak berapa nak uumph.Baru tadi terbaca makan dengan jagung cream..sedap oooi panaih lit lit ni.

      Delete
  2. Cikson, merah menyala matahari? Tak pernah nampak lagi. Sama lebih kurang macam waktu senja tu tak? Kalau kuning mak memang tak bagi Budak Gundut tu keluar. Tak elok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tata,
      pagi ni makcik ingat ada lagi warna merah tu..tapi bila bangun dah siang.Haha warna kuning tu mambang kuning...takut saya.

      Delete