Tuesday, April 8, 2014

penghuni gua

Bila jadi penghuni gua,selain cikli yang ada selepas maghrib,teman setia cikson ialah cikninasandaq dan mr.squirrel.So...imagine how much time I have all the world to myself.Nak tau bagi,ninasandaq dengan squirrel pun adakala berjam jam keluar tengok dunia.Tinggal cikson sorang sorang saja...Rasa macam bisu pun adakalanya.

Wel well....am not alone in real sense.
Ada seekor ekor panjang muncung pun panjang dok main hide and seek with me....Entah macamana dan darimana dia datang.Bila cikson didepan dan dengar kelentung kelentang dibelakang,taulah cikson kawan baru datang bertamu.

Semalam dua rumah kecil berpagar besi siap ada kenduri menunggu tamu.Tapi pengunjung tak teringin pun nak berjamu.Tak sedap agaknya ikan temenung goreng yang disaji.Entah entah teringin pizza ataupun makdee.

Nampak squirrel yang termangu didepan bilik,makcik mengherdik
Hai relaks nampak.Tak dengar kah ada pencuri. Kat dapur sikit punya berani .Pergilah tangkap kalau anak jantan mummy....

Nampak ninasadaq tengah bersandaq,makcik beri nasihat.
Nina..tolonglah mama .Pergilah halau tetamu tak diundang.Dari dok saja kat sini terkediang..
Haha...nina tengok makcik dengan ekor mata...Eh tak kuasa..mungkin katanya.

Tau apa primadona kesayangan cikli buat selepas itu.Habis sekotak tissue cikson atas meja dia kerjakan.


hasil kreativiti ninasandaq

Itulah sedikit sebanyak aktiviti cikson seakan penghuni gua.Tak ada anak cucu ,kucing dan tikus pun jadilah buat teman berbicara Tapi adakala bosan menguasai jiwa raga.Rasa rasa nak terbang jauh pi mengembara

Jom ciklin kita melancung mana mana.

( sorry folks...makcik menulis ikut jari.Bukan buat resume atau disertasi...so grammar atau bahasa tolak sat kat tepi)

ni lah antara aksi ninasandaq bila tak bersandaq...
hmm wongiiii.

sedaaaap

kenyaaang
Bye.....

Monday, April 7, 2014

Musim Bunga khabarnya di Perlis la ni...



Selepas balik dari Port Dickson,mamason duduk rumah sahaja.Hibernate.Tak keluar langsung hatta ke depan pagar.Dah rasa macam nenek kebayan dalam gua...hehe.

Tapi informasi dihujung jari.
So tak adalah makcikson ni terputus hubungan dengan dunia luar.Pagi pagi lepas Subuh dah kalut baca facebook nak tau info terkini.Astro la ni asyik dok 500 ++.Surat khabar pun sekurang kurangnya 2 naskah..NST dan Utusan dan kadangkala BH.

Oh ya..la ni heboh orang dok cerita pokok pokok tecoma sedang hebat berbunga.Dah jadi macam Jepun dengan sakuranya.Teringinnya nak pergi tengok dengan matakepala sendiri.Tapi apakan daya...kereta satu cikli guna.Nak ajak dia keluar petang dok hujan la pula..

So izinkan cikson pinjam gambar gambar dari google sajalah untuk mengabadikan kenangan musim bunga di Perlis.Entah bila nak jumpa no....


Add caption

Add caption



 gambar gambar pinjaman.....nanti bila masa mengizinkan mau pergi tangkap sendiri..baru seronok .Hope the flowers are still in bloom..bye.


30 days and still waiting

Its day 30.Waiting.Hope against hope.
MH370....adakah nasib mu dah ditentu
Untuk kau berakhir begitu

Been closely watching all the news channels lately.With fervour and nervousness.But couldnt not notice the tune of some of the news on some channels.Quite irritating to say.
Yesterday's night was no exception.Breaking news were full of the Chinese boat picking up the ping from what seems like a balck box of an aircraft...

Sudah sudahlah CNN  oooi....

Selain mengutuk Malaysia yang dipandang tak itu dan tak ini,China juga jadi mainannya.Ada ke kondem cina guna alat macam gelas minuman...Kondem China nak tunjuk lagak.Konden China nak jadi hero...

Its day 30 and we are still waiting.
Hope a closure will soon be here.

Lepas itu apa pula ya...
Ha....kiralah bagaimana nak ikat perut..Tak murah bayaran yang perlu dibayar oleh kita dalam episod ini.

tapi ...

Berat lagi mereka yang kehilangan.Kita hanya memandang.mereka yang menanggung.
And my deepest hope is that the captain is clean from any wild accusations.Tak dapat bayangkan repercussions kalau tragedi ini dari dia...tentu parah buat MAS.

Apa pun...

Sama sama kita berdoa diberi kemudahan dalam kemelut ini.Pray for MH370.

Saturday, April 5, 2014

Bila rasa buntu...

I chanced upon this book while decluttering..Bought in 2003.Hmmm it must be during those hard time when I was the Penolong Kanan Pentadbiran of a school .
Being a PKI for short,there were tremendous responsibilities than being a PKKO.I was never a PK HEM as I jumped the post...so I dont know la sangat heavy ke dak jawatan ni...hehe.
Masa PK Kokurilkulum banyak tugas berkaitan sukan permainan sahaja.I managed to go through smoothly with the help of my affable teachers..Tak terbalas jasa mereka..Tidak lari malam cikson.

termenung panjang cari ilham
hahaa....bila masuk bilik baru sebelah bilik GB baru tau langit tinggi ke rendah.



Jangan ingat lah tempat tu senang saja nak arah arah orang.Petik jari semua jadi.Sekali dua kali juga makcik berdepan suasana tegang.Boleh naik berang.
PK1 lah orang yang menjaga prestasi guru dan staf.Dia pentaksir pertama bab ni.Kalau dia buat kerja hentam kromo,mau terbalik sekolah jadinya.Motivasi jadi basi,kecemerlangan apalah lagi..
PK1 juga in charge of dishing out teaching periods..Buat jadual waktu.Kalau dia hentam kromo baru ada cikgu yang senang lenang datang sekolah dan ada cikgu yang tengok bumbung sekolah pun sakit jiwa.Asyik asyik dia yang kena.Tengok kawan lain kerja macam nak mati dia mai sekolah goyang kaki..

Dan tugas paling digeruni adalah membuat jadual ganti....Tak pernah sehari pun tak ada guru yang tak ada dalam sekolah.Dan mendapat slip guru ganti adalah satu perkara yang paling tak disukai...Dan satu hari cikson kena dengan seorang guru kerana hal ini.Mau terbalik meja kat kantin hari tu...

haha....tajuk book review...jauh tersasar nampak.

Ok ..back on thread...so bila bertimpa timpa masaalah dok mai,makcikson jadi stress.Adakala rasa macam nak meraung mcm budak tahun satu pi sekolah.
Dan antara strategi mamason buat adalah cari idea macamana nak settle problem dan urus kerja .So Stress management by Gerard Hargreaves came into possession..

Anakanda2 tersayang.
Bila rasa buntu cari buku
tentu ada ilmu yang dapat membantu....


nanti lain posting mamason buat review ya....bye.