Tuesday, April 8, 2014

penghuni gua

Bila jadi penghuni gua,selain cikli yang ada selepas maghrib,teman setia cikson ialah cikninasandaq dan mr.squirrel.So...imagine how much time I have all the world to myself.Nak tau bagi,ninasandaq dengan squirrel pun adakala berjam jam keluar tengok dunia.Tinggal cikson sorang sorang saja...Rasa macam bisu pun adakalanya.

Wel well....am not alone in real sense.
Ada seekor ekor panjang muncung pun panjang dok main hide and seek with me....Entah macamana dan darimana dia datang.Bila cikson didepan dan dengar kelentung kelentang dibelakang,taulah cikson kawan baru datang bertamu.

Semalam dua rumah kecil berpagar besi siap ada kenduri menunggu tamu.Tapi pengunjung tak teringin pun nak berjamu.Tak sedap agaknya ikan temenung goreng yang disaji.Entah entah teringin pizza ataupun makdee.

Nampak squirrel yang termangu didepan bilik,makcik mengherdik
Hai relaks nampak.Tak dengar kah ada pencuri. Kat dapur sikit punya berani .Pergilah tangkap kalau anak jantan mummy....

Nampak ninasadaq tengah bersandaq,makcik beri nasihat.
Nina..tolonglah mama .Pergilah halau tetamu tak diundang.Dari dok saja kat sini terkediang..
Haha...nina tengok makcik dengan ekor mata...Eh tak kuasa..mungkin katanya.

Tau apa primadona kesayangan cikli buat selepas itu.Habis sekotak tissue cikson atas meja dia kerjakan.


hasil kreativiti ninasandaq

Itulah sedikit sebanyak aktiviti cikson seakan penghuni gua.Tak ada anak cucu ,kucing dan tikus pun jadilah buat teman berbicara Tapi adakala bosan menguasai jiwa raga.Rasa rasa nak terbang jauh pi mengembara

Jom ciklin kita melancung mana mana.

( sorry folks...makcik menulis ikut jari.Bukan buat resume atau disertasi...so grammar atau bahasa tolak sat kat tepi)

ni lah antara aksi ninasandaq bila tak bersandaq...
hmm wongiiii.

sedaaaap

kenyaaang
Bye.....

2 comments:

  1. Jadi la nina ngan squirrel buat teman..
    kat rumah ni pun sama.. penat beli tempat garu depa tak pandang pun... dok ralit garu sofa sampai terburai..
    kalau lepa tisu.. habih satu rumah bercamuk.. jenuh dok kutip.. bila marah pakat merajuk tak balik saghi..
    balik2 bawak lipas ngan belalang bagi hadiah kat kita.. nak ambik hati la kot... dah la kami semua takut lipas...

    ReplyDelete
  2. makchaq,
    tergelak baca kisah anak anak kaki empat makchaq.Pandai merajuk tapi pandai juga memujuk.

    ReplyDelete