Friday, August 13, 2021

Dari sini nak ke sana....

 Kalut handphone dicapai bila terlihat kelibat dia.

Nun, sedang meniti wire letrik diseberang jalan.Kelam kabut tangan memetik camera . 

Nah... ini bukti sahihnya. Yang haiwan berkaki empat itu dah melintasi kawasan rumah.Laaa...dah nak balik kawasan dia. Agaknya setelah direkee belukar depan rumah cikson tak sesuai untuk penempatan baru mereka.

nampak tak?



Ehh...mana tau mereka ni spy. Entah entah sehari dua sekoloni pula berhijrah ke sini. Kita lihat dan nanti.
nampak tak ?



Ayam jantan RBL dah pandai kidnap ibu ibu ayam rumah sebelah datang ke wilayah RBL. Amboi seronok bukan main dia dapat berkawan dengan ibu ibu ayam montok jiran sebelah.

Tapi hasilnya adalah taik ayam bertompok tompok. Alahai.

Ehh ..bapa ayam ni hantar balik girlfriends kau . Pandai datang pandai balik ya. 

Belakang rumah setiap kali bekerja didapur mata ciskon ralit memerhati kawanan burung burung yang datang hinggap didahan harum manis dikebun tokwan.

Macam macam bentuk dan warna.

Entah dari mana datang mereka. Sekarang pun berkicau saja suara mereka.

Monkey bukan monyet pun punya hobi baru. Tangkas dia menangkap jari jari sesiapa yang lalu ditepinya. 

Jadilah .... terhibur juga hati yang sangat  rindu cucu cucu di KL sana lihat haiwan haiwan yang sudi singgah . Walau hati ada sedikit marah bila kena basuh enapcemar mereka... haha.

Life in the sleepy hollow of Perlis is awakened by the sheer number of positive covid cases of late.

Yesterday, I counted 4 ambulances . Speeding towards Kuala. Hati hati semua ya.

Thats all folks. Hujan dah turun. Salam Jumaat.

Thursday, August 12, 2021

Dari mana nak ke mana tu ?

 Pagi ni tertengok posting kenalan fb.

Terpampang gambar ini.

Haha..mcam sama apa yang kami suami isteri nampak petang semalam. Tapi tak sempat cikson grab gambar. Maka berlalulah saja episod yang tak pernah cikson tonton sebelum ni.

Selama duduk di RBL ni, inilah kali pertama melihat makhluk Allah ini berhigh wire depan rumah.
Ehh..depa mai dari mana ni?
Yang cikson tahu ramai mereka menghuni kawasan Bukit Lagi yang tidak berapa jauh dari sini. Tapi kalau datang dari situ,jauh jugalah nak menapak. Lagi lagi dok tergawang gawang atas wire letrik.

Cikli memerhati mereka berdua hingga lepas pandangan mata.
Rupanya mereka memasuki hutan kecil seberang jalan . Nampaknya mereka macam kaum peneroka nak teroka penempatan baru.
Pagi ni tertengok tengok cikson akan kelibat mereka. Tak ada.
Yang ada si Monkey bukan monyet yang sedang enak berehat atas kerusi.

Monkey,where's the monkeys that we saw yesterday?
Monkey bukan monkey pandang cikson. Dia buat muka donno.
Eh..wa tak ambil tau lah hal orang.
Wa kucing bukan monet ya cikson.
Kucing tak jaga tepi kain orang!

Betul tu Monkey. Jangan ambil kisah sangatlah hal orang. Buat hal sendiri. Silap ambil berat mau kena pelangkong nanti. Hihi.



Tuesday, August 10, 2021

Hujan pun turun....

 Semalam,rasanya tiada yang tak rasa sayu. Merembes air mata walau pun bukan saudara mara kita.

Gitulah juga,seharian, selepas terbaca whatsapp anak2 tentang pemergian nya, rasa terhenti degup jantung. 

Siti Sarah Raisuddin telah kembali ke rahmatullah jam 5.15 pagi. Begitu ayat yang dibaca. Tak terkata apa apa .Allah lebih menyayangi , dari kita makhluk bumi, walau suami.

Buka tv jam 11 ,ada siaran langsung di perkuburan. And by 1 ,selamat arwah disemadikan.Alfatehah.

Orang yang baik akan meninggalkan kesan yang baik bila dia telah tiada. Ramai menangisi dan mendoakan. 

Antara mereka yang pergi, teringat pemergian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee lewat tahun 70 an dulu. Juga Allahyarham Sudir. Abam juga. Termasuk Pak Yus.

These were a few artists that when they were gone, were missed by us. Terkesan dan selalu dingati.

Wajarkan mereka diingati kerana sumbangan mereka menceriakan rakyat Msia . Dalam karya mereka ada pengajaran dan tauladan. Kisah kebaikan mereka juga jadi bualan dan sebutan.

Artist saja pun. Nak agung agungkan buat apa? Maka pasti ada yang berkicau. 

Artist or not, politician or tuan guru , the good deeds would be remembered. Yang tidak jadi sempadan.

Malamnya tertonton video Shuib  dan anak anaknya.

Hujan pun turun. Namun bumi tak basah. 



Thats all folks. 



Monday, August 9, 2021

Its ok not to be ok....

 Tiada kata menggambarkan rasa selayaknya.

Tergamam aku ketika data kematian covid negara terpapar. 360!

Highest ever.

Its sucked out the energy in me. Reading the latest data in our fight against this dreaded virus. 

Terhambur kata kata kurang manis netizen terhadap DG KKM juga buat meruntun jiwa.

All fingers pointing on him. Accusing him of being a lapdog for the present govt. That data are manipulated. And seriously all those clambering for power during a time when human lives are being lost are heartless,to say the least.

Its ok DG...just carry on. 

Masa PM mengumumkan kelonggaran utk mereka yang sudah melengkapi dua dos vaksin, rasa teruja macam tiada.

Tidak mengharapkan utk berjumpa mereka yang sangat dirindukan kerana bimbang lebih akan kesannya. Bukan saja pada kami tetapi lebih lagi pada mereka. Merentas negeri berjam jam lamanya bukan utk masa ini. 

Its ok not to meet my loves. Its ok not to be ok.

Risau pula tengok mereka yang senang senang melintas sempadan . Dok ulang alik macam kita sudah merdeka. Macam tak boleh ditunda apa apa.

Am not ok to meet up with people from out of the state. Knowing the dire consequences.

Today, I woke up to the news that our beloved songstress has met her Creator. Her demise came as a jolt. Alfatehah . Hope her loving hubby and children strength to go through this.

So feeling not ok with all the happenings around us.

The astro news has been cancelled. Missing much news around the world as CNN,Al Jazeera is unsubscribed. Its ok as it means less news of the world struggles entering my home. 

I came upon a beautiful song of its ok not to be ok by aN American Got Talent contender. A cancer patient who got the golden buzzer from simon.



Its ok not to be ok.