Sunday, August 1, 2021

Dan Ogos pun bertandang....

 Hey..dah masuk bulan baru hari ni.

August is here...kata hati. Oh yes, I normally do monologue in English. Berlagak...haha

Please bring all the good vibes to us dear August. Bersihkan hati hati kami dari kecelaruan yang tak bertepi. Mau rakyat marhaen, MB di parlimen juga bapa bapa menteri. 

I watched, commented to myself and sometimes exchange thoughts about the state of affair of dear motherland with cikli. The parliment for that matter,my dear. Gossip dan membawang is not my alma mater. 

These few days, Perlis had quite a shower. The sky looks bleak as I look up to the sky. Rain is sure this afternoon. Hope there would be no flooding.here and in No 7. Risau.

Somebody sent grotesque pictures of people gaping for their lives on pavements the other day. Its apparently clear that those haunting sights that we saw happening in countries like Iran, China ,Mexico,Brazil has reached our shores. Mortuary overflowing with lifeless bodies and rows after rows of coffins being laid down to rest is no secret . Really its so disheartening.

Terbaca tadi pak menteri kata kita akan berada dalam peak of the season before coming down. Hari hari bila petang saja jantung berdebar menunggu statistik dari KKM. Sejauh mana kita boleh pergi dengan keadaan ini entahlah. Perlis pun dah zon merah kembali. Dengan 16 positif . Kebanyakan dari kuala. 

Beberapa hari lalu, terima berita ahli keluarga adik meninggal kerana kes ini. Juga bekas warden sekolah asrama diibu kota. Mereka aku kenali. Allahuakbar. 

Parlimen tak jadi disambung Isnin ini. ...... pulakkk.

Whats else is in store for us August? Do be good. 

googled pic.


Thats all folks. Bye.Take good care .



Tuesday, July 27, 2021

Semalam....

 Lagu kegemaran cikson ni selalu berkumandang bila tv channel Gegar Pantai Timur ku buka.Melodinya melekat ,begitu juga bait bait liriknya.

Semalam... kemarin kata orang utagha. 

Teringat satu peristiwa . Hadir cikson kat satu temuduga.

Penemuduga : Bila sampai KL. 

Cikson: Kelmarin

Penemuduga: ohh semalam..

Cikson: Dak saya sampai siang

Penemuduga: Semalam siang lah.

Cikson: Dak kelmarin siang. Malam saya dah ada kat sini...

Penemuduga: haha.. kelmarin pun kemarinlah..



Semalam aka kelmarin macam macam ya yg terjadi. Kita dah melepasi sejuta kes kovid . Kematian pula 207. Tertinggi hingga kini.

Semalam atau kelmarin, kita disajikan menerusi kaca tv aksi aksi ahli parlimen kita. Bersidang setelah sekian lama work from home katanya. Malaslah nak ulas.....

Semalam cikson masak kotiau thng ke ting entah. Kerana ketandusan bahan, rasanya terbabas kelautan. 

Aduhai... sebenarnya banyak yg dilalui kita semalam. 

Malamnya, berwasap dengan cucu. Lepas rindu.

Sunday, July 25, 2021

Mendekati sejuta.......

 Sekarang ,mai waktu petang ,perasaan bergoyang goyang. Bimbang.

Berapa pula hari ni? Positif dan mortality.

Soalan begini selalu ditanya oleh cikli suami saya. 

Sekian ni positif, sekian ini mati...jawab saya .


Petang ini, angka sejuta dah pasti kalau statistik begini hari hari.

1,000,000.!

Allahuakbar...

Friday, July 23, 2021

Monkey bukan monyet.....

 Pagi pagi kelam sudah riuh rendah suara dia.

Eooow, Eiauuuu,eauiiiii... bingit.

Cepat cepat aku bangun dan bergegas buka pinu gelongsor.

'Haaa, nak keluaq ya. Pi lekaih.' Aku menyuruh. Secepat kilat anak angkat berkaki empat ,berekor gebu meluru keluar. Nak memerut lah tu sampai tak sempat sempat. Gerutu ku.

Monkey ku lihat tersusup sasap di luar pagar RBL. Buat apa pulak si Monkey ni belah sana?

"Monkey, balik. Awat pi ghumah oghang pagi pagi ni? Balik aiiiih".  Seruku. Monkey memang anak mendengar kata. Sesaat kemudian dia mencelah diri antara pagar pagar besi dan melompat masuk ke rumah.

Gitulah selalu suasana pagi RBL. Bualan pagi hari antara makhluk berkaki dua dengan haiwan berkaki empat. Tapi mereka saling memahami.

Monkey bukan monyet ni satu satunya kucing yang ada dalam perimeter pagar RBL. Dia survivor macam bani yang survive the holocaust. Macam macam derita yang dia lalui. Miscarriage dan terpaksa diusung ke vet. Seterusnya diikat peranakan. Jatuh sakit selepas itu dan sesiapa pun tak sangka dia survive hingga kini.

Satu masa semua orang avoid dia. Sakitnya. But she survived and bloomed into a beautiful feline thanks to cikli yang banyak berusaha mengubatnya.

Sekarang dia jadi kucing rumah. Tidak lagi bermalam di luar. Namun bila masa memerlukan dia tahu meminta untuk keluar.

Makanan kegemaran dia ikan temenung. Friskies whiskies dan seangkatan dengannya tidak berapa dia suka. Tapi kalau terpaksa dia telan juga.

Eh. kenapa bagi nama Monkey. Kesian dia...

Well.. entahlah kenapa. Lupa kita. Mungkin kerana warna bulunya macam monyet. Lagi pun dia tangkas. Menangkap. Paling suka jari manusia. Entah kenapa sebabnya.




Thats all folks. have a nice Friday. Sama sama kita doakan agar apa yg kita hadapi kini berakhir segera. 

Bye.