Friday, July 23, 2021

Monkey bukan monyet.....

 Pagi pagi kelam sudah riuh rendah suara dia.

Eooow, Eiauuuu,eauiiiii... bingit.

Cepat cepat aku bangun dan bergegas buka pinu gelongsor.

'Haaa, nak keluaq ya. Pi lekaih.' Aku menyuruh. Secepat kilat anak angkat berkaki empat ,berekor gebu meluru keluar. Nak memerut lah tu sampai tak sempat sempat. Gerutu ku.

Monkey ku lihat tersusup sasap di luar pagar RBL. Buat apa pulak si Monkey ni belah sana?

"Monkey, balik. Awat pi ghumah oghang pagi pagi ni? Balik aiiiih".  Seruku. Monkey memang anak mendengar kata. Sesaat kemudian dia mencelah diri antara pagar pagar besi dan melompat masuk ke rumah.

Gitulah selalu suasana pagi RBL. Bualan pagi hari antara makhluk berkaki dua dengan haiwan berkaki empat. Tapi mereka saling memahami.

Monkey bukan monyet ni satu satunya kucing yang ada dalam perimeter pagar RBL. Dia survivor macam bani yang survive the holocaust. Macam macam derita yang dia lalui. Miscarriage dan terpaksa diusung ke vet. Seterusnya diikat peranakan. Jatuh sakit selepas itu dan sesiapa pun tak sangka dia survive hingga kini.

Satu masa semua orang avoid dia. Sakitnya. But she survived and bloomed into a beautiful feline thanks to cikli yang banyak berusaha mengubatnya.

Sekarang dia jadi kucing rumah. Tidak lagi bermalam di luar. Namun bila masa memerlukan dia tahu meminta untuk keluar.

Makanan kegemaran dia ikan temenung. Friskies whiskies dan seangkatan dengannya tidak berapa dia suka. Tapi kalau terpaksa dia telan juga.

Eh. kenapa bagi nama Monkey. Kesian dia...

Well.. entahlah kenapa. Lupa kita. Mungkin kerana warna bulunya macam monyet. Lagi pun dia tangkas. Menangkap. Paling suka jari manusia. Entah kenapa sebabnya.




Thats all folks. have a nice Friday. Sama sama kita doakan agar apa yg kita hadapi kini berakhir segera. 

Bye. 

No comments:

Post a Comment