Tuesday, July 27, 2021

Semalam....

 Lagu kegemaran cikson ni selalu berkumandang bila tv channel Gegar Pantai Timur ku buka.Melodinya melekat ,begitu juga bait bait liriknya.

Semalam... kemarin kata orang utagha. 

Teringat satu peristiwa . Hadir cikson kat satu temuduga.

Penemuduga : Bila sampai KL. 

Cikson: Kelmarin

Penemuduga: ohh semalam..

Cikson: Dak saya sampai siang

Penemuduga: Semalam siang lah.

Cikson: Dak kelmarin siang. Malam saya dah ada kat sini...

Penemuduga: haha.. kelmarin pun kemarinlah..



Semalam aka kelmarin macam macam ya yg terjadi. Kita dah melepasi sejuta kes kovid . Kematian pula 207. Tertinggi hingga kini.

Semalam atau kelmarin, kita disajikan menerusi kaca tv aksi aksi ahli parlimen kita. Bersidang setelah sekian lama work from home katanya. Malaslah nak ulas.....

Semalam cikson masak kotiau thng ke ting entah. Kerana ketandusan bahan, rasanya terbabas kelautan. 

Aduhai... sebenarnya banyak yg dilalui kita semalam. 

Malamnya, berwasap dengan cucu. Lepas rindu.

No comments:

Post a Comment