Wednesday, February 3, 2021

Cooking Time....the cikson's clan.

 Selalu jugalah antara cikson anak beranak share gambar masakan kat whatsapp. Nampak gaya anak anak perempuan ada minat dalam masak memasak rupanya. Ingat masing masing sibuk dengan kerjaya. Makan ditapau saja. Food Panda kan ada.

My mistake juga dulu dulu. Anak tidak dikerah masuk dapur. Se takat minta tolong kopek bawang dan potong sayur adalah. Tapi cikson kerah depa belajar. No hanky panky in this matter.

Mama ni, asyik2 hiris bawang. Hiris sayur.

Potong bawang pu kena SOP. Tak boleh somberono. Daging lagilah. Silap ira mau ttanggal gigi,tinggal gusi.Aku beri warning awal2. 

Maka membesarlah anak anak tanpa masuk dapur all by themselves. Setakat perangat lauk tu bolehlah. Buat maggi, goreng nuggets . Buat burger pun bolehlah sekali sekala. Lagi lagi musim mereka periksa. Nasi pun cikson jamu sampai meja study mereka. Kemudian siap kopi berhantar sama.

Lagi satu cikson kalau sekalu dua suruh ,tak larat bising bising. Lebih baik buat sendiri.

Sad to say my girls semua tak belajar memasak dari saya. Macam tu juga cikson tak belajar sangat memasak dari arwah mak. Rugi betul. Sekarang tak tau nak masak macam arwah Hjh Zaitun masak . Teringat wajik, baulu, kuih bakar, kek marble tokton. Tak dapat ku cari ganti. 

Then, they grew up, went far away from home. Set up their own homes. Maka adalah terlihat yang terpaksa memasak utk famili dan juga diri sendiri. Lebih lebih masa PKP ni.

Ada bakat rupanya anak anak mama ni.

Si A sedap lontongnya. Jadi permintaan kalau raya

Si B.nasi goreng Cina dia...waahh... boleh buka kedai kata neneknya dan abahnya.

Si C.... ada bakat juga. Sedap masakan kami dijamunya. Ingat tak kenal periuk belanga...haha

Ni antara masakan yang kami share gambarnya....

mee dan bihun kuah cikson...

masakan sapa ya... tak ingat pula

ni mesti masakan ciklin..

mee goreng cikna

cucur jagung ciklin juga....

Nak tahu masakan paling atas tu mee dan beehun kuah cikson. Ikut sempat saja,apa yang ada. Yang penting rasanya. 

Actually memasak didapur macam belajar Science zaman dulu dulu kala. Dalam Chemistry kita belajar tentang chemicals, formulae dan reactions nya.

Begitu juga memasak. Mesti tau sikit sebanyak cause and effect.

A few tips that I would like to share...

* Nak cucuq gorengan lembut sampai ke petang, tambah sesudu mkn minyak masak dalam ramuan.

*Nak cili kering cepat halus semasa di blend, letak juga sedikit minyak masak.

*Nak rasa kuah mee kuah berasa daging, blend sedikit daging sampai hancur. Campur dalam kuah.

These few tips were given to me by my mom. 

Thats all folks. Bye. 

Nak masak apa tak tau lagi... ketam masak kuning dgn nenas pun bolehlah. Tapi cikli lupa beli santan...

Have a nice day.Bye.


Tuesday, February 2, 2021

Abel? ....who are youuuuu?

Entah bila dia mula kenal Abel? Tersinggah soalan .
Dari abangnya kah, dari tvkah atau dari kawan?

Rupa rupanya si Abel yang diguna utk mengusik dan menakutkan orang adalah dari cerita Annabelle. Siri seram /film tu .

So Annabelle tu dah jadi Abel buat adik.

Abel oooooo Abel.

Si kecil tiga tahun ni baru nak belajar cakap. Jenuh perembang telinga nak tangkap biji buah yang dia sebut. Tapi bagi ibu dan ayah cekap saja mereka decipher butir butir cakapnya.

Teringat kerenah anak anak dulu dulu. Kadang kadang kalau tak mau duduk diam ada jugalah nama entah berantah yang dilaung.
Jalehaaaaa....
Tok A***

Dan dudlu dulu dulu lagi masa cikson membesar, ibu bapa suka menakutkan kami dengan polissss, pak c*** gila....keling botoi dsbnya.

Yang menakutkan cikson dulu dulu dah tak relevan zaman ni. 

Thats all folks.
Nah... lihat budak kecik tu punya respon bila orang lain pula yang mengusiknya



Abel ooooooo Abel......


Monday, February 1, 2021

Abel ooooo Abel.....

 Hari telah kelam.Kami baru sampai muka pintu condo auntina nya.

Kunci pintu dibuka, kami menapak masuk ke dalam rumah yang suram.

Tiba tiba satu suara berbunyi....Abel oooo abel...berulangkali.

Tersirap darah cikson. Rasa meremang pun ada

Ehhh... apa dia nampak ya.? Janganlah...

Bila ibunya menerangkan kegemaran dia mengusik orang begitu ,baru lega hati.

Mana tahukan...rembang senja baru sampai rumah. Rumah pula baru diduduki. Mau tak seram...

Cerita usikan dia bersambung di Putrajaya.

It was an early at dinner. Redup saja pencahayaan di sekitar tasik di situ. Sedang kami menikmati makanan, dia bersuara..

Wuuuuu wuuuu wwuuuuuu.... seakan muzik seram dalam cerita hantu . 

Cikson terhenti menyuap makanan seketika. Ehhh...kenapa ni? Ada apa apa yang dia nampak ke? 

Teringat tentang kisah masa anak anak masih kecil. Seorang dari mereka macam dianugerahkan pengilhatan tembus ke alam lain.

Satu hari kami melawat saudara yang baru berpindah rumah. Rumah quarters disebuah daerah. Menjelang senja si kecil merengek sambil tangan menunjuk2 sesuatu di bilik air yang ternganga pintunya. Gelap saja yang kami nampak. Namun si kecil masih menangis macam ketakutan.

Malam itu kami tidak jadi bermalam di situ, perjalanan diteruskan ke tempat lain. Ditempat lain tu lagi teruk gangguannya. Malam itu, seorang demi seorang mengingau, bunyi suara menakutkan macam kena tindih. Jangkit berjangkit.

Akhir sekali, cikli bangun bertempik dan buka pintu.

Pi balik, jangan ganggu kami!!! 

Lepas itu kami semua tak tidur lagi tetapi bangun untuk subuh. Esok siangnya kami balik. Cancel semua rancangan nak berkumpul ramai ramai.

Episod episd seram datang dan pergi. Ada berbekas sampai hari ini. Takut nak lalu lagi jalan yang ditempuhi. 

Cerita satu senja bila tengkok meremang masa balik kerja pun susah nak lupa. Lagi lagi episod gempar disekolah. Masih terngiang jeritan . Masih terdiri bula roma mengingatkan bayang2...

Abel ooooo Abel rupanya gurauan dia utk menakutkan abangnya. Si adik memang suka melawak. He's cheeky sometimes.

Satu hari abangnya lari deras meninggalkannya.

Abel ooooo Abel... dia bersuara. Terhenti abngnya ditengah jalan. Cepat2 undur belakang. Luculah dik. Suka menyakat orang. 

Itulah gelagat cucu yg berumur 3 tahun. Fateh namanya....








Agak agak siapa yang nak diusiknya dengan lumur bedak begini ya?
Ibunya
Neneknya
Abangnya?


Gelagat cucu cucu memang mencuit hati.
Macam macam dia ni... walau umur baru 3 tahun jagung.. hehe. Sayang kamu. Abang juga.

Bye. Have a pleasant workday. Stay safe always.
Kita jaga kita.













Sunday, January 31, 2021

Eioww..eiowww...pagi pagi lagi.

 Suara mengiow yang nyaring mengejutkan aku dari tidur.

Dah 6.20..time utk sembahyang subuh. Azan di masjid berdekatan berkumandang.

Lepas subuh, bunyi mengiouw anak kucing itu masih kedengaran.

mungkin beginikah dia...


Lampu porch dan pintu hadapan aku buka.

Tak nampak apa apa lantas aku biarkan. Takut pula nak keluar rumah pagi pagi. Macam2 berlegar dalam fikiran. Tak lama dulu, sekerat  nafasku terhenti bila se kaki lagi aku dengan si panjang dalam longkang. Aku terkejut. Dia pun sama. Bila aku beranikan diri keluar, dia dah lesap entah ke mana.

Orang pun aku cuak juga...sekarang ni macam2 hal yang ada. Ada saja jerat yang nak mengena. Buka paip airlah dan sbgnya utk tuan rumah keluar. Ehhh... gerun .

Hmm...anak kucing siapa agaknya yang sesat ke laman kami? Kucing2 RBL tak ada yang beranak pinak kebelakangan ini. Biarlah... nanti hari cerah nanti,aku akan keluar buat CI . 

Sudah 2 hari statistik harian kita mencapai hampir 6k. Angka 5700++ tu kalau dibundarkan jadi 6000kan.Katanya sebab backlog dan kelewatan merepotkan kes klinik dan makmal swasta. Dan yang paling banyak dari Selangor dengan 3k. 

Selangor ramai pendatang. Begitu juga KL. Dulu kalau berjalan kita rasa aman. Sekarang cubalah ke Jalan TAR atau Pudu... bergenuak. Hingga kita cemas. Sayalah...

Kilang kilang dulu menggajikan rakyat tempatan. Meriah kain rentang yang menawarkan pekerjaan buat rakyat tempatan. Sekarang itu semua dah tak kelihatan. Kerana anak2 tempatan sudah tak diterima berkerja kilang...katanya. Taukeh2 kedai dan kilang lebih senang menggajikan pendatang dari rakyat tempatan. Dengan macam2 alasan. Actually ....semua orang tahu, siapa punya buatan. Orang politik ,taikun besar yang untung billions atas dasar yang entah apa apa ini.Entahlah.. 

Lihat saja satu kilang yang famos amos mengeluarkan PPE. Bila ada sekatan dari US barulah nak ada pembaharuan. Baru kerajaan keluar kenyataan dan nak ambil tindakan.

The other day as I was at the check out counter of HTF. Satu notis dipapan kenyataan disebelah ku menarik perhatian. Aku belek charge hospital yang dikenakan. Cikli yang dapat kemudahan wad kelas pertama mujurlah ada GL sianak. Juga mujur juga rakyat tempatan. Kalau warga asing 7k tau...


Sekarang... dah di mandatorikan pekerja asing kena buat saringan. Pengumuman yang dibuat MB Selangor menarik perhatian. Baru kilang kilang tahu akan tgjawab bila hire warga asing. Seronok menyumbat berpuluh orang dalam satu rumah mungkin sudah berakhir. 

But all these will come with a price. Jangan terkejut bila dulu kita tolak troli. Lepas ni hanya perlu bawa raga bila ke pasaraya membeli.

Thats all folks. Bye

Nak pi cari anak kucing yang bersuara nyaring dipagi hari...

Eiowwww....