Sunday, January 31, 2021

Eioww..eiowww...pagi pagi lagi.

 Suara mengiow yang nyaring mengejutkan aku dari tidur.

Dah 6.20..time utk sembahyang subuh. Azan di masjid berdekatan berkumandang.

Lepas subuh, bunyi mengiouw anak kucing itu masih kedengaran.

mungkin beginikah dia...


Lampu porch dan pintu hadapan aku buka.

Tak nampak apa apa lantas aku biarkan. Takut pula nak keluar rumah pagi pagi. Macam2 berlegar dalam fikiran. Tak lama dulu, sekerat  nafasku terhenti bila se kaki lagi aku dengan si panjang dalam longkang. Aku terkejut. Dia pun sama. Bila aku beranikan diri keluar, dia dah lesap entah ke mana.

Orang pun aku cuak juga...sekarang ni macam2 hal yang ada. Ada saja jerat yang nak mengena. Buka paip airlah dan sbgnya utk tuan rumah keluar. Ehhh... gerun .

Hmm...anak kucing siapa agaknya yang sesat ke laman kami? Kucing2 RBL tak ada yang beranak pinak kebelakangan ini. Biarlah... nanti hari cerah nanti,aku akan keluar buat CI . 

Sudah 2 hari statistik harian kita mencapai hampir 6k. Angka 5700++ tu kalau dibundarkan jadi 6000kan.Katanya sebab backlog dan kelewatan merepotkan kes klinik dan makmal swasta. Dan yang paling banyak dari Selangor dengan 3k. 

Selangor ramai pendatang. Begitu juga KL. Dulu kalau berjalan kita rasa aman. Sekarang cubalah ke Jalan TAR atau Pudu... bergenuak. Hingga kita cemas. Sayalah...

Kilang kilang dulu menggajikan rakyat tempatan. Meriah kain rentang yang menawarkan pekerjaan buat rakyat tempatan. Sekarang itu semua dah tak kelihatan. Kerana anak2 tempatan sudah tak diterima berkerja kilang...katanya. Taukeh2 kedai dan kilang lebih senang menggajikan pendatang dari rakyat tempatan. Dengan macam2 alasan. Actually ....semua orang tahu, siapa punya buatan. Orang politik ,taikun besar yang untung billions atas dasar yang entah apa apa ini.Entahlah.. 

Lihat saja satu kilang yang famos amos mengeluarkan PPE. Bila ada sekatan dari US barulah nak ada pembaharuan. Baru kerajaan keluar kenyataan dan nak ambil tindakan.

The other day as I was at the check out counter of HTF. Satu notis dipapan kenyataan disebelah ku menarik perhatian. Aku belek charge hospital yang dikenakan. Cikli yang dapat kemudahan wad kelas pertama mujurlah ada GL sianak. Juga mujur juga rakyat tempatan. Kalau warga asing 7k tau...


Sekarang... dah di mandatorikan pekerja asing kena buat saringan. Pengumuman yang dibuat MB Selangor menarik perhatian. Baru kilang kilang tahu akan tgjawab bila hire warga asing. Seronok menyumbat berpuluh orang dalam satu rumah mungkin sudah berakhir. 

But all these will come with a price. Jangan terkejut bila dulu kita tolak troli. Lepas ni hanya perlu bawa raga bila ke pasaraya membeli.

Thats all folks. Bye

Nak pi cari anak kucing yang bersuara nyaring dipagi hari...

Eiowwww....


No comments:

Post a Comment